Thursday 1 July 2010

THE FALLEN

assalamualaikum wbt...

THE FALLEN


who is the FALLEN?
adakah kita juga tergolong dalam golongan THE FALLEN ini?
bunyinya seolah-olah suatu yang amat negative jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, golongan yang jatuh.
Mahukah kita jika ana golongkan kita semua dalam golongan The Fallen ini?
Marahkah antum/antunna sekalian jika ana labelkan kita semua dengan perkataan itu?
OKAY... chill
sebelum apa-apa, eloklah jika ana olah terlebih dahulu definisi perkataan The Fallen itu sendiri.
Berbekalkan ilmu yang ana peroleh menerusi program DIA anjuran Atap Hijau pada hujung minggu lepas, ana dapat mendefinisikan The Fallen dari perspektif yang lebih positif mengikut perspektifd keadaan umat Islam.
Ana tidak mahu mengalihkan perhatian antum/antunna sekalian mengenai The Fallen sebagai satu golongan yang lemah yang jatuh dan sedang meratapi zaman Jahiliyah/zaman gelapnya.

Dari perspektif yang lebih proaktif, ana berbesar hati untuk berada di kalangan The Fallen yang sebenarnya adalah golongan pejuang Islam yang lahir setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah yang menjadi perintis kepada kebangkitan umat Islam kelak.

Meskipun Islam telah jatuh dengan teruknya sejak berlakunya pembelotan dalam pemerintahan Kamal Attartuk yang telah menggadai maruah Islam itu sendiri kepada kuasa Barat sehinggakan umat Islam terpecah kepada beberapa kelompok menerusi pembahagian geografi. Perpecahan umat Islam pada 1924 bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak kerana sehingga kini, impaknya masih banyak terkesan pada diri setiap individu muslim. Umat Islam dianggap umat yang lemah, umat yang dilabel sebagai extremist, umat yang ditaburkan fitnah di merata-rata tempat, namun, sejak jatuhnya khilafah, masih terdapat segelintir golongan yang berhempas pulas berusaha untuk memartabatkan Islam menerusi gerakan-gerakan pembaharuan (da'ie).
Selain itu, The Fallen juga merangkumi golongan Mad'u yang bakal menjadi sebahagian daripada golongan yang bakal memartabatkan Islam di mata dunia.

Janji ALLAH itu pasti, sudah hadir Hadith Umara' yang telah Rasulullah SAW sabdakan kira-kira berabad-abad tahun lamanya dahulu, sudah pasti zaman raja yang ditaktor (Malikun Jabriyyah) ini akan digantikan pula dengan suatu zaman yang digelar Khilafah di atas minhaj kenabian seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH menerusi hadith Rasulullah SAW itu.

Tiada lagi prasangka buruk yang perlu kita tanam dalam diri ini, kerana tiada apa-apa yang lebih meyakinkan berbanding janji ALLAH itu sendiri. Mahukah kita sama-sama tergolong dalam golongan The Fallen ini seperti mana yang telah dilakukan oleh Syed Qutb, Imam Hassan al-Bana, al-Maududdiyy, Prof Necmettin Erbakan dan ramai lagi yang telah gugur syahid dalam usaha menaikkan syiar Islam kembali di muka bumi ini..
Mahukah kita menjadi penerusnya? penyambung rantai-rantaian ini supaya ia tidak putus dan terus kukuh dalam usaha dakwahnya ini?

antara golongan The Fallen :)

al-Maududdiyy


Imam Hassan al-Bana


Syed Qutb

Prof Necmettin Erbakan


WAALLAHUA'LAM

wassalam