Wednesday 7 July 2010

“Tarbiyah anak itu sebenarnya, bermula dari pencarian pasangan kita”

assalamualaikum wbt...


Sultan Muhammad al-Fateh, The Conquerer




Sabda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera”

Ini sabda Rasulullah SAW, hampir 1000 tahun sebelum Konstantinopel ditawan.

Dan sabda Rasulullah SAW ini menjadi inspirasi kepada kaum Muslimin selepas zaman baginda untuk berusaha menakhluk Konstantinopel. 800 tahun kaum Muslimin berusaha, raja bertukar raja, jeneral bertukar jeneral, tetapi tetap tidak mampu menakhluk Konstantinopel yang ampuh itu.

Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera. Bukan mudah.


Ketika balita

Balita adalah anak-anak kecil. Balita adaalah perkataan indonesia.

Dr Anas, ketika menyebut perihal Muhammad Al-Fateh dalam khutbah beliau, beliau ada menyebutkan betapa pentingnya ibu bapa mentarbiyah anak-anak sedari umur kecil. Bukan tunggu akil baligh, bukan tunggu boleh bersuara. Dari kandungan lagi sebenarnya sudah mula tarbiyah anak.

Malah, seorang guru saya ada pernah berkata:
“Tarbiyah anak itu sebenarnya, bermula dari pencarian pasangan kita”

Dr Anas berkata:
“Lihatlah bagaimana ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakhluk Konstantinopel. Tahukah kamu apakah yang dia lakukan kepada Muhammad Al-Fateh?”

Diceritakan bahawa, semenjak Muhammad Al-Fateh lahir, ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh pergi keluar dari istana dan berdiri di sebuah tebing, di mana tebing itu menghadap ke arah Konstantinopel. Ibunya akan berkata:

“Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkau lah orangnya”

Setiap hari, tanpa bosan, ibunya buat begitu. Dari dalam gendongan, hinggalah Muhammad Al-Fateh boleh berjalan. Dia akan membawa Muhammad Al-Fateh ke tebing itu dan menunjuk ke arah Konstantinopel kemudian membacakan Hadith Rasulullah SAW tadi.

Tidaklah ibu ini tahu bahawa hadith itu untuk Muhammad Al-Fateh. Namun tindakannya itu sebenarnya untuk memotivasikan anaknya agar menjadi lelaki yang mulia itu.

Akhirnya kita dapat melihat, dari tangan ibu yang juga bercita-cita besar, yang sabar dan tabah mendidik anak untuk menadi seorang yang hebat, lahirlah seorang Sultan, yang pada umurnya sangat muda, yakni 23 tahun, dia berjaya menawan Konstantinopel dalam masa sebulan lebih, sedangkan kaum muslimin telah berusaha 800 tahun sebelumnya dan tidak berjaya.

Hari ini, siapakah antara kita yang bercita-cita besar untuk Islam, seterusnya mendidik anak-anak kita degan didikan yang mampu merealisasikan cita-cita itu?



Ingatlah pesanan yang asas yang telah dinyatakan di atas tadi yakni
“Tarbiyah anak itu sebenarnya, bermula dari pencarian pasangan kita”

Maka berhati-hatilah dalam mencari pasangan hidup; janganlah sekadar didorong oleh hawa nafsu yang sedang kelaparan. Mencari sesuatu yang hanya cantik dipandang mata, yang kata-katanya indah-indah belaka untuk diperdengar menjadi santapan halwa telinga, bukanlah kata-kata manis yang dicari; namun Islam dan iman itu yang perlu diutamakan. Carilah pasangan yang dapat menjanjikan kebahagiaan kepadamu di dunia dan di akhirat kelak. Jika kamu bergelar kaum hawa, carilah pasanganmu daripada kalangan kaum adam yang dapat membimbingmu ke jalanNya.
Jika kita memilih pasangan kerana rupanya; ingatlah keindahan itu takkan kekal lama
Jika pasangan itu dipilih angkara hartanya, harta itu pasti akan habis jua kelak
Jika kita memilih si dia gara-gara keturunannya, ingatlah ia tidak menjaminkan kejayaan yang sama kepada si dia, sedangkan iman yang begitu berharga itu juga tidak mampu diwarisi daripada seorang ayah yang bertaqwa
Pilihlah pasanganmu daripada kalangan orang yang bertaqwa kerana itulah antara pra-syarat yang dapat menjamin kebahagiaanmu di akhirat kelak amiiin


Maka, wahai muslimah, sekiranya antunna faham, permudahkanlah pernikahanmu agar lelaki tersebut dan kamu juga turut terselamat. Adanya perempuan yang terlalu mementingkan perkara remeh temeh yang telah menjadi adatnya yang sememangnya dapat mengundang kesukaran kepada lelaki itu yang mahu bernikah awal demi menyelamatkan imannya.

Janganlah terlalu mementingkan status "sama level pendidikan" dsbnya. Ingatlah sekiranya ada seorang lelaki yang elok budi pekertinya, luas pengetahuannya (dalam ilmu agama khususnya) serta bertaqwa di jalan Nya, maka pertimbangkanlah dengan cara memohon petunjuk dari Nya. Usahlah terus menolak membuta tuli tanpa memohon petunjuk dari ALLAH; yakinlah Dia adalah sebaik-baik perencana untuk seluruh makhluk Nya.
Mohonlah padaNya; " Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, berilah aku petunjuk, jika lelaki ini bagi dunia serta akhiratku, maka permudahkanlah urusan pernikahan ku dengannya, bukakanlah hati kami agar sentiasa berkasih sayang"


INGAT!!
Jangan terlalu meletakkan nilai yang tinggi pada wang hantaran. Jangan pula diikut harga semasa barang-barangan di pasaran tempatan. Jika harga gula naik, harga wang hantaran turut sama naik kerana ingatlah bahawa nilai bagi muslimah yang diijabkabulkan itu lebih tinggi daripada nilai yang diberikan melalui wang hantaran itu. Wang hantaran bukanlah jual beli anak perempuan anda, ia sekadar sebagai penghargaan lelaki kepada pengantin perempuan itu.


Walimatul urus ??
Mahu yang besar-besaran..Mahu di hotel 5,6 bintang..
Tapi, duitnya nggak cukup dong!
MashaALLAH ingatlah ukhti ku, walimatulurus itu memanglah harus, tetapi haruslah bersederhana dalam tiap tindak tanduk kita itu. Jangan pula nak dibebankan si suami dengan majlis yang besar-besaran, ia sekadar untuk memberitahu orang ramai anda sudah berpunya. Ingat!! Jangan pula diselitkan aktiviti-aktiviti lagha ataupun yang berbaur maksiat pula dalam merencanakan walimatul urus itu. Nanti bukan dapat pahala, tapi tempah dosa pula berbakul-bakul.. T_T





wallahua'lam

wassalam
;)