Wednesday 7 July 2010

Himpunan Anak Terengganu (HIMTER 2010)



assalamualaikum wbt...


Hari ini ana cuba untuk mencuri masa untuk menghebah-hebahkan perihal satu program anjuran Yayasan Terengganu; khas untuk bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke UK/Ireland pada tahun ini. Program perhimpunan serta ala-ala pre-departure ini bakal menyaksikan gathering untuk current students yang sedang melanjutkan pelajaran di UK/Ireland yang pulang bercuti di tanah air bakal menyajikan aktiviti-aktivi yang menarik lagi bermanfaat untuk manfaat bersama.
Program ini khas untuk ANAK GANU sahaja..dan ianya PERCUMA

bakal menyaksikan forum selama 1jam 30minit bersama-sama salah seorang tokoh yang pernah menuntut di luar negara ketika usia mudanya dahulu dan seorang current student yang sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti terkenal di UK. Nama penceramah undangan akan di-finalize dalam masa terdekat; namun inshaALLAH forum yang akan disajikan ini dapat menjawab persoalan serta mendedahkan gaya hidup seorang pelajar Malaysia di negara orang. :)

Program ini akan disusuli juga dengan aktiviti LDK bersama-sama fasilitator yang merupakan current students di UK/Ireland. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai persoalan yang masih belum berjawab dalam forum yang sebelumnya dapat mengemukakan persoalan-persoalan itu kepada encik/cik fasilitator yang bakal membantu. Jangan bimbang, ia seolah-olah perbualan biasa antara adik dan kakak/abang sahaja. Tak perlu formal-formal. Anda tanya, kami jawab :)

Last but not least, inshaALLAH akan ada aktiviti riadah di petang hari yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara peserta serta current students. Aktiviti ini adalah OPTIONAL namun kehadiran semua peserta adalah sangat-sangat digalakkan.
:)

P/S: Makanan tengah hari adalah disediakan..
PENDAFTARAN: PERCUMA!!

Click Borang Pendaftaran untuk isi dan register.. it will take u less than 1 minute to do dat :)

hopefully to see all of u at Terengganu Equestrian Resort (TER) 17July ini ye?
9am-5pm
any details?
click page di fb ini untuk keterangan details :)

apa-apa lagi?
boleh hubungi saya sendiri menerusi contact no yang telah disertakan di event FB tersebut :)
boleh jugak contact admin untuk event FB tersebut untuk maklumat tambahan
any updates will be updated soon!!
:D

SEE YA!!

Wassalam