Mujahidah di Dapur :)





GARLIC ROLL


Bahan-bahan:

* 3 cawan tepung gandum 
* 1 cawan air suam
* 1 sudu besar yeast
* 1 sudu teh garam
* 2 sudu besar gula
* 2-3 sudu besar olive oil 

Garlic Spread
* 50g butter
* 2 sudu daun ketumbar cincang halus-halus
(saya tak guna sebab takde huhu)
* 5 ulas bawang putih dicincang halus-halus 
(nak letak banyak pun BEST!)
*****
Campurkan dan kacau ketiga-tiga bahan ini :)



Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  • Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
  • Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  • Doh akan naik sekali ganda
  • Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
  • Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  • Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya

  • Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang

  • Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  • Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  • Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
  • Kita akan mendapat 8 potongan doh
  • Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
  • tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  • Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
  • Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  • Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

Panduan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna 
Chef Wan




AISKRIM OREO HOMEMADE SUPERyummy! :)


Bahan-bahan:


1/2 kotak susu putih full cream @ susu coklat :)
1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan if tak suka manis)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovallete (HALAL) 
1 bungkus OREO (Coklat flavor/ vanilla also can) 


Cara-cara Membuatnya:
  • Gunakan stand mixer untuk gaulkan kesemua bahan-bahan di atas (kecuali oreo). Gaulkan kesemua bahan tersebut selama 15-20minit sehingga adunan menjadi pekat dan likat ala-ala aiskrim :)
  • Hancur-hancurkan biskut oreo dan gaulkan ke dalam adunan tersebut
  • Masukkan ke dalam freezer sehingga semalaman.
  • Enjoy the icecream! :D






APAM POLKADOTS OVER-THE-SEA :)

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur sejuk-dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima
  2. Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  4. Masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag
  5. Sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang (supaya apam tak melepek nanti)
  6. Picitkan adunan ke dalam papercup (setengah ja)
  7. Letakkan filling di tengah2 (buh jem dalam plastik yg ditebuk, senang sikit ;D)
  8. Picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup
  9. Kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
  10. Lastly, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit



APAM BALIK PERANTAUAN


BAHAN-BAHAN (4-5 orang)

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning (optional)
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Sedikit mentega/ planta untuk mengoles
Bahan tabur: Kacang tanah yang sudah dikisar dan sweet corn

CARA-CARA:

1. Mesin gula bersama-sama telur sehingga kembang

2. Masukkan soda bicarbonate, air, dan pewarna kuning. Mesin lagi sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum ke dalam acuan dan mesin sehingga sebati.
** jika mahu senang, boleh campur semua adunan untuk kulit ini ke dalam blender dan adunkan sehingga sebati. Boleh guna penapis untuk tapis jika adunan masih belum sepenuhnya sebati. Adunan lebih elok jika disimpan sebentar di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dimasak.
4. Oleskan planta di permukaan kuali (yang tidak melekat) dan tuangkan 1 senduk adunan yang telah disediakan tadi, kemudian nipiskan.
5. Biarkan seketika dan taburkan bahan tabur di atas sementara tunggu masak sepenuhnya.
6. Apabila sudah masak (bila kulit tepi dah mula kering), angkat dan lipat dua sebelum potong. SELAMAT MENCUBA :)







UDANG GORENG KUNYIT SIMPLE :)

Bahan-bahan ( 4-5 org )
300gm udang kecil
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.
3. Goreng sehingga garing
4. Setelah garing, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris slice.
5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup!




SAMBAL TUMIS SOTONG ALA BONDA :)


Bahan-bahan ( 4 org )
5 ekor sotong
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai lada kering
1 st kicap pekat
1 senduk minyak masak
garam & gula secukup rasa


Cara-cara

1. Sotong dibersihkan & dipotong kecil-kecil.
2. Lada kering,bawang besar,bawang putih dan halia di kisar halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit.
4. Masuk sotong dan gaulkan rata.
5. Masuk pula kicap pekat (atau sos tiram) ,garam & gula secukup rasa.
6. Gaul sekata selama 5minit dan terus angkat alihkan dari kuali. Jgn masak lama2 kerana sotong akan keras dan kecut.





SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

4-5 ekor sotong - bersihkan dan dipotong
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukupnya
serbuk lada secukupnya
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat2
hirisan cili merah secukupnya
minyak utk menumis


Cara-cara

1. Sotong tadi digaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada. Kalau boleh jangan bagi sotong berair sangat. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Bila dah panas, tumis bawang putih sampai naik bau.
3. Masukkan sotong dan kacau sebentar. Kalau rasa nak tambah kuah, masukkan sedikit air. Tapi air dari sotong tu akan keluar jugak so agak2 byk mane nak tambah air.
4. Masukkan bawang besar and hirisan cili merah. Tambah kan garam jika perlu. Tak perlu masak lama sgt, nnt sotong jadi keras.
5. Siap dan hidangkan.






SAMBAL UDANG DAUN LIMAU NIPIS :)

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHAN:

300 gm udang - dibersihkan.
4 sudu besar cili kering kisar
1/3 cawan gula melaka yg dihancurkan
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut
sedikit air
1 labu bawang besar - dipotong bulat gegelang
minyak untuk menumis



Bahan dikisar:-
6 bij bawang merah
1 - 2 ulas bawang putih
2 cm balia
1 biji buah keras
1 inci belacan yang dibakar


Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama cili kering kisar dengan api sederhana dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air (jika terlalu kering), gula melaka dan air asam jawa. 3. Masak hingga kuah agak pekat.
4. Masukkan udang, daun limau purut dan garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan bawang besar dan renehkan sebentar hingga kuah nampak berminyak, tutup api dan hidangkan.