Monday 21 February 2011

JOM Berubah!!~~

Assalamualaikum wbt


As one person I cannot change the world, but I can change the world of one person.

Paul Shane Spear

So jika sekarang kita masih beria-ria mencari alasan untuk cakap kita masih tak mampu berubah, wallahua'lam.. Moga ALLAH Berikan kita hidayah dan petunjuk itu kepada kita, tapi jangan menunggu hidayah itu datang bergolek ke arah kita kerana indeed it's impossible to happen. ALLAH hanya ubah suatu kaum setelah kaum itu mengubahnya terlebih dahulu. We have to initiate the change, or else no one in the world can help u. Kalau tak nak juga, tak apa lah, kami cuma menyampaikan kalimah ALLAH, yang decide itu bukan saya, dia, ataupun mereka tapi it's u urself. Kami boleh cuba yang terbaik tapi usahanya takkan berjaya tanpa usaha daripada diri sendiri. Kita lebih kenal diri kita tapi jangan lupa ALLAH lebih Maha Memahami serta Mengetahui apa yang tersembunyi, apakah masa hadapanmu. Mungkin suatu hari kelak ALLAH telah takdirkan kamu yang memegang tampuk pimpinan ummah tapi bagaimana ia boleh direalisasikan jika sehingga hari ini, kamu masih mahu mengatakan kamu tidak mampu untuk berubah. U seem to react as u do not have faith in ALLAH. Nauzubillah

P/s: ini bukan untuk kamu, kamu, dan kamu semata-mata tapi untuk muhasabah diri yang menulisnya serta yang meng-sharekan nya. Btw, bukankah sesuatu yang baik itu perlu sentiasa dikongsi supaya masing-masing akan dapat mencari saham untuk ke akhirat kelak. Kadangkala ada yang tak suka apabila ditegur dengan kalimah ALLAH, wallahua'alam tapi bagi diri sendiri, suatu nasihat sahaja, janganlah jadi seperti Bani Israel yang dihinakan ALLAH di merata-rata tempat di al-Quran. Ahli-ahli kitab mereka bukanlah terlalu jahil dan bodoh untuk faham agama ALLAH itu tapi mereka memilih untuk menyembunyikan kebenaran dan memilih yang batil itu. Akhirnya, mereka menegakkan kalimah kebatilan itu di seluruh dunia dan menjadi sekutu syaitan secara sengaja ataupun sebaliknya.

Janganlah nak tunggu azab ALLAH barulah nak berubah. Kami menasihati diri dan sahabat-sahabat bukanlah untuk tunjuk baik atau kami lebih alim, insyaALLAH, tapi sebab kami takut kalau kami tak bawak risalah ALLAH ini, bilamana ALLAH nak bagi bala kepada orang yang zalim, ALLAH takkanlah bagi azab itu kepada mereka sahaja, kita juga akan kena. So apa solution untuk tak nak turut diazab sekali? JOM lah kita berusaha bersungguh-sungguh, berjiad dengan sepenuhnya supaya ALLAH Mengizinkan kita berusaha untuk menegakkan kembali kalimah ALLAH di muka bumi ini. Supaya one day, makin ramai golongan Mukminin dan semakin kurang golongan yang jahil itu. Maka kurangnya kezaliman berlaku di muka bumi ALLAH ini sekaligus menghapuskan fitnah yang terjadi di kalangan umat ISLAM itu sendiri. Kami tidak mampu untuk berdakwah kepada seluruh lapisan masyarakat jika orang kafir masih melihat orang Islam yang hanya pada nama, yakni mereka yang masih mampu menebalkan muka berjalan berdua-duaan di shopping mall, berzina sana sini, mengumpat yang itu mengumpat yang ini..dan banyak lagi.

Mereka inilah yang menjadi fitnah kepada pergerakan dakwah hari ini. Jika golongan ini dapat dikurangkan kepada bilangan yang seminimum yang mungkin insyaALLAH fitnah atas agama Islam ini dapat dihapuskan sekaligus memudahkan kerja-kerja dakwah itu.

So, hari ini kita sudah tahu banyak benda, tak nak berubah lagi ke?

Cukuplah menjadi beban kepada para pendakwah kerana sepatutnya pada hari ini, mereka sudah mampu menyerahkan sebahagian tugas itu kepada kita semua, cuma kenapa kita masih mahu menjadi pendengar dan penonton sahaja. Entah umur kita sampai bila, entah esok lusa dah nak pergi kembali kepada ALLAH, takkanlah still nak jadi beban? Tak nak ke kita sama-sama menjadi pemikul beban dakwah itu.

DAKWAH bukanlah suatu optional, u have no choice, u have to do that.. as simple as that. Tak perlu pilih sebab itu memang sudah sedia termaktub sebagai tanggungjawab seorang manusia sesudahia selesai mengucapkan kalimah agung Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh ALLAH...

Dah dah dah...

waktu berselimutmu sudah berlalu, ayuh.. tolong jadi pemikul beban dakwah ini bersama-sama kami..

:)

“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

JOM ya ukhti :)

Jangan pernah rapuh sebab kita adalah penyambung mata rantai perjuangan Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini.

jalan dakwah itu sememangnya bukanlah sesuatu yang dijanjikan jalan yang mudah tapi semestinya ia menjanjikan ganjaran yang ultimate di akhirat kelak

Wallahua’lam

Wassalam

JOM Study!!~ :)

Assalamualaikum wbt

Sekadar sharing daripada mereka yang ingin bekerja untuk Islam, suatu renungan ringkas yang diharapkan dapat menyengat dan meresap hati jiwa-jiwa yang dipilih oleh Nya. Ini adalah usaha insan-insan yang apabila mereka sedar, mereka terus bergegas bergerak untuk ALLAH, tiada istilah BERTANGGUH dalam dakwah kerana ALLAH Menuntut kita untuk bersegera dalam melakukan kebaikan (Fastabiqul khairat) dan jangan lupa malang dan celakalah kita jika kita menjadi golongan yang degil, yang tak mahu menyampaikan kebenaran sesudah kita tahu kerana golongan ini semudah-mudahnya ALLAH mampu untuk hapuskan dan ganti dengan kaum lain yang lebih baik daripada kita. Nauzubillah

Jom sama-sama kita doa agar pintu hati kita dibuka untuk mencari ilmu ALLAH menerusi artikel ini. Pesanan ikhlas daripada yang menyampaikan, kita jika mahu mencari kesalahan, ALLAH akan izinkan kesalahan itu dijumpai jika ada, kerana ini adalah penulisan manusia yang bersandarkan pada limited nya pengetahuannya terhadap ilmu ALLAH yang meliputi seluruh langit dan bumi. Masih terlalu banyak untuk di-explore dan dipelajari, so agak mustahillah untuk tidak menjumpai apa-apa kelemahan dalam mana-mana artikel. Jika isinya sepenuhnya daripada al-Quran dan hadith, yang sudah 100% yakin betul, mungkin kesalahannya dapat kita temui menerusi cara pengolahan si penulis itu pula. Proses untuk faham sesuatu itu subjective so ayuhlah kita sama-sama doakan moga ALLAH izinkan kita mengambil ilmu-ilmu yang bermanfaat daripada artikel ini supaya ia dikira sebagai salah satu cara kita untuk mencari Mardhatillah Nya

InsyaALLAH :)

JOM!! :)

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ’Umamah al-Bahili r.a telah berkata: Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud;

“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Abu al-Aswad berkata:

“Tiada suatu pun yang lebih mulia daripada ilmu; raja-raja adalah pemimpin bagi rakyat sedangkan para ulama adalah pemimpin kepada raja”

Ibnu Abbas r.a pula berkata:

“Nabi Sulaiman a.s diberikan dua pilihan antara harta dan kekuasaan, Baginda memilih ilmu lalu Baginda pun dikurniakan juga dengan harta serta kekuasaan”

Kelebihan Mengajar Ilmu Yang Bermanfaat

Dalam Islam, mengajarkan ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu amalan yang dipandang tinggi, sangat mulia dan satu kerjaya yang suci di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta Rasul-Nya.

Firman Allah Ta‘ala dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya’ ayat 7:

Tafsirnya: “Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu'dz Dzikri jika kamu tidak mengetahui.”

(Surah An-Nahl: 43 dan Al-Anbiyaa’: 7)

Ahlu'dz Dzikri bermaksud orang-orang yang mengetahui tentang Kitab-Kitab Allah. Ayat ini menjadi dalil bahawa orang-orang yang tidak mengetahui sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang-orang yang mengetahuinya.

Imam Ath-Thabarani meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kabir bahwasanya Mu‘awiyyah Radhiallahu ‘anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya:

“Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan feqh itu dengan mempelajari ilmu feqh. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya, nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sesungguhnya di antara hamba Allah yang takutkan Allah hanyalah para ulama.”

(Hadits riwayat Ath-Thabarani)

Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya:

“Akan datang kepada kamu beberapa kaum untuk mencari ilmu, maka apabila kamu melihat mereka hendaklah kamu katakan kepada mereka: Selamat datang, selamat datang, mengikut wasiat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan hendaklah kamu mengajar mereka.”

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu pula berkata:

“Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Ta‘ala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya”

Yahya bin Mu‘az berkata:

“Para ulama lebih menyayangi umat Muhammad SAW daripada ayah-ayah serta ibu-ibu mereka. Lalu ditanyakan kepadanya: Bagaimana pula begitu? Lalu Yahya menjawab: Ibu-bapa menjaga anak-anaknya daripada neraka (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama menjaga mereka daripada neraka akhirat’’

Sebahagian ulama berkata: “Para ulama umpama pelita zaman. Tiap seorang daripada mereka merupakan pelita yang menyinari ahli zamannya”

“ILMU itu terbahagi dua iaitu ilmu hati (yang sampai ke hati) dan ilmu lisan (hanya di lisan). Ilmu hati itulah ilmu yang bermanfaat, sedangkan ilmu lisan adalah tercela.”

Demikian ucapan Al Hasan Al Bashri hasil nukilan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam buku Al Iman.

Orang munafik terkadang membaca al-Quran, memahami dan membenarkan bahawa ia adalah Kalamullah. Mereka mengakui yang dibawa Nabi Muhammad SAW adalah kebenaran tetapi mereka tidak beriman dengannya.

Orang Yahudi dan Nasrani pula mengenal Nabi Muhammad SAW seperti mengenal anak mereka sendiri tetapi mereka bukan orang Mukmin.

Contoh lain adalah iblis dan Firaun laknatullah yang mengakui kewujudan Allah dan Nabi tetapi mereka belum boleh disebut Mukmin. Mereka semua tidak mencapai ilmu dan makrifat secara sempurna kerana belum mengamalkan pengetahuan atau ilmu yang diperoleh. Lihatlah betapa mahalnya nilai mukmin itu, sedangkan Bani Israel juga pernah ditegur secara langsung oleh ALLAH apabila mereka menyatakan keimanan mereka, sebaliknya ALLAH menyatakan bahawasanya mereka itu masih belum beriman tapi mereka telah tunduk pada Islam kerana iman itu masih belum meresap masuk ke dalam hati mereka.

Pada hari ini kita mungkin juga boleh buat muhasabah diri adakah benar kita claim diri kita sebagai seorang mukmin ataupun sebaliknya kita hanyalah seorang muslim. Nauzubillah la pula sekiranya kita bukanlah golongan muslim ataupun mukmin ini sebaliknya kita adalah golongan ketiga yang tidak mengamalkan ilmu yang dimilikinya yang disebut jahil.

Ibnu Qudamah menyebut, ilmu yang tidak bermanfaat sebagai sumber akhlak tercela. Beliau memberi contoh ilmu yang tidak bermanfaat adalah berdebat.

Pada umumnya tujuan berdebat adalah untuk menampilkan kepandaian berbicara, menjatuhkan kehormatan lawan debat atau pihak yang terbabit dalam perdebatan itu semata-mata untuk mendapat pujian.

Oleh itu, kita diperintahkan memohon kepada Allah untuk mendapat ilmu yang bermanfaat. Antara doanya:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima (di sisi-Mu).” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis lain, Nabi SAW mengucapkan doa yang bermaksud:

“Ya Allah, berilah manfaat dengan apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarkanlah apa yang bermanfaat untukku. Tambahkan aku ilmu. Segala puji bagi Allah pada semua keadaan. Aku berlindung kepada Allah dari azab neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasai).

Termasuk dalam ilmu yang bermanfaat ialah ilmu agama. Ilmu agama adalah lebih utama jika dibandingkan dengan ilmu keduniaan. Hal ini jelas daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Dunia akan pergi berlalu, dan akhirat dan datang menjelang, dan keduanya mempunyai anak. Maka jadilah kamu anak akhirat dan jangan menjadi anak dunia. Sesungguhnya pada hari ini hanya ada amal tanpa hisab (perhitungan), dan esok hanya ada hisab (perhitungan) tanpa amal.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Banyak keutamaan bagi mereka yang memiliki ilmu agama antaranya, ia adalah warisan para Nabi, ilmu itu tetap akan kekal sekalipun pemiliknya sudah mati dan sebanyak manapun disimpan ilmu tidak akan menyusahkan pemiliknya.

Ilmu akan menjaga pemiliknya sehingga memberi rasa nyaman dan aman. Lain halnya dengan harta yang semakin bertimbun, makin susah untuk mencari tempat menyimpannya. Ilmu boleh menghantar pemiliknya menjadi saksi atas kebenaran dan keesaan Allah tetapi tidak hartanya.

Rasulullah SAW menggambarkan pemilik ilmu dengan lembah yang menampung air bermanfaat terhadap alam sekitar.

Baginda bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan daripada petunjuk ilmu yang aku diutus dengannya bagaikan hujan yang menimpa tanah, sebahagian di antaranya ada yang baik (subur) yang mampu menampung air dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput yang banyak. Di antaranya lagi ada sebahagian tanah keras yang (mampu) menahan air yang dengannya Allah memberikan manfaat kepada manusia untuk minuman, mengairi tanaman dan bercucuk tanam. Dan sebahagian menimpa tanah tandus kering gersang, tidak dapat menahan air yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Maka demikianlah ibarat orang yang memahami (pandai) agama Allah dan memanfaatkan apa yang dengannya aku di utus Allah maka dia mempelajari dan mengajarkan. Sedangkan orang yang tidak memperhatikan ilmu itu (sangat berpaling dan bodoh), dia tidak menerima petunjuk Allah yang dengannya aku diutus.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ilmu juga pertanda kebaikan seorang hamba, ilmu cahaya menerangi kehidupan hamba sehingga dia tahu bagaimana beribadah kepada Allah dan bermuamalah dengan hamba Allah. Orang berilmu adalah cahaya bagi manusia lainnya.

Meneliti kisah seorang pembunuh yang membunuh 100 nyawa dapat memberi gambaran jelas mengenai hal ini. Dia membunuh seorang ahli ibadah sebagai korban ke 100 kerana jawapan bodoh ahli ibadah bahawa sudah tidak ada lagi pintu taubat bagi pembunuh nyawa manusia.

Akhirnya pembunuh itu datang kepada seorang alim dan di sana ia ditunjukkan jalan taubat. Maka dia pun mendapatkan penerangan bagi jalan hidupnya.

Sesungguhnya, ilmu menjadi simbol kemajuan dan kejayaan bagi sesuatu bangsa. Masyarakat dunia bersepakat mengatakan setiap bangsa yang ingin maju maka penduduknya hendaklah berilmu, pengetahuan dan harus berkiblat kepada negeri yang tinggi ilmunya.

Nabi Muhammad SAW mengecam orang yang mempelajari ilmu agama untuk berbangga-bangga. Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu agama untuk berbangga-bangga di hadapan ahli ilmu atau mengelabuhi orang bodoh atau untuk mendapatkan perhatian khalayak maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Nauzubillah, kadangkala kita baca al-Quran ataupun hadith itu mungkin terasa ayat-ayat tersebut impaknya kurang menyengat di hati kita. Ayuh sahabat-sahabatku bilamana ia berlaku, segeralah ubat hati kitai kita, muhasabah diri sejenak dengan menyemak kembali fi'li dan qauli kita, adakah kita telah benar-benar bersungguh-sungguh berjihad untuk melaksanakan kesemua rukun yang telah diamanahkan oleh ALLAH kepada kita ataupun sebaliknya kita telah mengambil Islam itu secara pick and choose semata-mata yakni tidaklah secara keseluruhan.

Sepertimana yang dilaksanakan oleh golongan ahli kitab yang dicela oleh ALLAH melalui al-Quran yang mana mereka tahu kebenaran itu tapi mereka menyorok-nyorokkannya, mengambil sebahagian yang menguntungkan mereka serta mencari-cari ruang untuk menyorokkan sesuatu yang sudah pasti membawa kerugian pada sisi pandangan mereka sedangkan kesemua hukum-hukum ALLAH itu adalah untuk kebaikan seluruh ummah dan alam ini. Seharusnyalah hati-hati orang mukmin apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun diceritakan perihal kekuasaan ALLAH, setakat untuk berfikir mengenainya sahaja sudah mampu untuk menggetarkan seluruh jiwanya sehingga menggerakkan jasad-jasad yang masih bernyawa itu untuk bekerja bersungguh-sungguh demi menegakkan satu-satunya kalimah ALLAH di muka bumi ini.

Hebat kan? Berfikir sahaja pun dapat meningkatkan amal mereka. Subhanallah. Tapi lihatlah hadith di atas, kecelaan yang besar ALLAH Kurniakan bagi mereka yang hanya melakukan kerja dakwah ini untuk mendapatkan pujian manusia. Mereka ini mungkin akan berjaya mendapatkan penghormatan di dunia ini tapi bersedialah jika engkau berani merencanakan kejahatan untuk melawan hukum-hukum ALLAH, itu samalah seperti kamu cuba untuk mengisytiharkan perang ke atas ALLAH, maka ingatlah bahawasanya ALLAH itu sebaik-baik Pembalas tipu daya dan Maha Keras dalam pembalasannya. Pilihlah wahai teman. Jalan dakwah ini susah tapi ia suatu kewajipan bukanlah suatu pilihan sebenarnya. Kita secara kata kasarnya tidaklah layak untuk mengakui diri sebagai seorang muslim sekiranya masih tidak mahu bersama-sama di jalan dakwah ini setelah kita sudah sedia maklum dan diberi kefahaman dalam ad-Deen tersebut. Sedangkan janji ALLAH sentiasa ada untuk sesiapa yang bekerja menolong agama ALLAH, sudah pasti ALLAH akan menolong meneguhkan lagi kedudukannya. Subhanallah

Dalam konteks tadi jom kita renungi satu case study yang agak simple tapi mungkin kita sendiri terlupa

Contohnya untuk menjadi Islam apa yang perlu Ah Chong laksanakan?

1. Perlu mengucap 2 kalimah syahadah kan?

2. what's next?

laksanakan rukun Islam dan Iman+ ihsan itu sudah cukup ke?

TIDAK!!

Sebab itulah kita perlukan ilmu, kerana tanpa ilmu, hidup ini takkan dipandu oleh kebenaran dan yang batil itu pula akan tertegak dengan sendirinya Nauzubillah

Kalimah syahadah itu datangnya beserta dengan amal dan tanggungjawabnya. Jika solat itu ada amalnya, puasa di bulan Ramadhan itu ada amal perbuatannya, bayar zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan itu sudah pasti ada amalnya juga.

Takkanlah tiba-tiba ALLAH nak create something yang tiada amal untuk syahadah?

Sebenarnya amal untuk kalimah syahadah adalah untuk menegakkan kalimah ALLAH itu sendiri di muka bumi ini dengan cara melaksanakan syahadatul haq itu sendiri, menjelaskan kebenaran itu supaya hujah ALLAH dapat mematahkan hujah-hujah manusia yang lain. Subhanallah.

Kerja ini tidak mudah, tapi untuk menjadi seorang muslim, we have to do it. Kalau tak, tak lengkaplah rukun Islam kita. Cth nya kata nak ikut qudwah terbaik drpd Rasulullah SAW tapi bila part dakwah, tolak kepada golongan-golongan ustaz, ustazah semata-mata, itu bukanlah Islam. ISLAM ITU SYUMUL. tiada istilah Islam untuk pick and choose apa yang kita suka sahaja seperti yang diamalkan oleh golongan Bani Israel dahulu.

Kita seharusnya yakin pada ALLAH sehingga menyukai dan menyanjungi semua suruhan ALLAH, bersungguh-sungguh memenuhi tuntutan Nya dengan sebaik yang mungkin. Selain itu, kita perlu menanam perasaan jijik dan benci yang teramat sangat apabila sesuatu itu secara terang-terangan dilarang oleh ALLAH dalam al Quran dan Hadith.

Bukanlah menjadi seperti lalang, " aku tak makan babi sebab ALLAH larang, ALLAH kata haram, tapi kalau ALLAH halalkannya untukku aku nak juga rasa"

Kita seharusnya once ALLAH dah larang, jangan sesekali berangan nak juga rasa apa "kelazatan"nya dan berangan-angan agar ia dihalalkan dalam Islam sebaliknya kita seharusnya membenci dan merasa jijik untuk melakukan perbuatan-perbuatan itu termasuklah perbuatan-perbuatan yang mendorong ke arah itu. Zina, bukanlah perlu dielakkan semata-mata daripada kita untuk masuk ke kancah maksiat itu tapi segala proses ke arah itu perlu dicegah dan dibenci terlebih dahulu untuk membuktikan betapa bencinya kita kepada sesuatu yang ALLAH tak suka..

Wallahua’lam

Pendakwah itu Ibarat Pokok Berbuah
"Pendakwah di jalan ALLAH itu ibarat sepohon pokok yang lebat dan ranum buahnya. Orang ramai melontarkannya dengan batu dan kayu (untuk mendapatkan buahnya), tetapi mereka melontarkan (memberikan) buah-buah yang ranum dan manis kepada mereka"
[ Al-Syahid Hassan al-Bana ]

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan.sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" [Surah As Syam: 8-10]

Hidup ini kalau buat salah, mmg Pencipta 'jalanraya' [ALLAH] ini telah Ciptakan banyak sangat ruangan untuk U-TURN, bertuahnya kita, tak perlu bazir minyak jauh2 baru boleh u-Turn. Tapi peliknya, bila nampak keindahan lain depan mata, ramai pulak yang tukar fikiran, jadi tak nak u-Turn, sebab dah set in mind, "kat depan sana, ada u-Turn lagi, nantilah"
TAPI, kita mungkin lupa, kalau tiba2 kenderaan yang kita gunakan itu (jasad ini) ditarik balik secara mendadak, u-Turn depan mata pun kita tak sempat nak u-Turn..
so..muhasabah diri balik..
lain kali kalau tersasar, sentiasalah mencari U-turn itu asap..


wallahua'lam

Friday 18 February 2011

"Are we Malay or Muslim?



Bismillahir-Rahmanir-Raheem


Bismillahir-Rahmanir-RaheemDuring conversation with a friend last week I was asked whether I saw myself as being British or Muslim?
Such a question itself is absurd, it’s like asking: are you a husband, or a father, or a son? Obviously, one can be all these, without any conflict.
The truth is that being Muslim is not a national identity, it’s a belief identity. A Muslim can be Turkish, Pakistani, Bangladeshi or Egyptian by birth, British by nationality and at the same time be an obedient son, a loving father, a devoted husband as well as a helpful neighbour and a loyal and upright citizen. One can be all this at the same time, with absolutely no contradictions.
Note the following:
“O mankind, I have created you from a single pair of a male and a female, and made you into nations and tribes, so that you may know and respect one another and not despise one another”
(Surah Hujuraat 49:13).

To know and to respect other people of different cultures, languages and ethnicity is a moral and spiritual imperative, decreed by Allah.
In these current times, people feel both uncertain and insecure about their own national identity. Muslims must understand this and must reassure friends and neighbours in the wider community that they have nothing to fear from our presence in their midst. We have to do this by earning their respect and trust by following the role-model of Prophet Muhammad (SAW).
We need to show others the beauty of Islam, through our practical living example, through big and small acts of kindness, generosity and mercy. We will have to join others in improving our neighbourhoods, reducing crime, drug abuse and social exclusion.
Every Muslim must be involved in at least one activity that promotes social cohesion, human welfare and good citizenship. It’s a long road ahead, but this is what Allah (SWT) has decreed for us, and at the end of this road, Insha'Allah, awaits the Ridwaan, the Good Pleasure of our Lord.

Contributed by: Yusuf Ahmet *edited (British-> Malay)

Wednesday 16 February 2011

S.O.S Aku Ingin Redha NYA

Assalamualaikum wbt

Jika ALLAH izinkan dirimu melihat diri ini terumbang-ambing sesudah ia memilih jalan yang lurus, maka tolonglah ia supaya ia tidak terus jatuh ke lembah kejahilan itu sekali lagi.. Untuk menghapuskan besi-besi jahiliyyah yang menarik kita kembali ke jalan kemungkaran itu bukanlah mudah, oleh itu sahabatmu ini memerlukan bantuanmu untuk menegurku taktala aku sedang hanyut, jangan biarkan diri ini jatuh rebah sekali lagi kerana khuatir jatuhnya itu takkan mampu bangkit kembali

Wallahua’lam

Wassalam J

Uhibbuki fillah J

Berubah itu Payah tapi Dia Bersama mu sentiasa :)

A : “AWAK.. saya nak berubah..awak tolong saya, boleh?”

B: “InsyaALLAH awak.. kalau boleh, boleh tak awak define-kan maksud nak berubah awak tu..sekadar nak tahu.”

A: “ Saya rasa hidup saya kosong sangat..sehinggalah suatu hari, bila hati saya dibuka untuk menerima panggilan Nya sesudah berpuluh-puluh tahun saya cuba untuk menutup pintu hati saya untuk menerimanya. Saya yakin ia terjadi sudah dirancang dan tertulis di Luth Mahfudz Nya, bukanlah suatu kebetulan kerana dalam hidup ini sudah pasti tiada suatu pun yang mampu terjadi dengan sendirinya. Untuk bernafas sebegini pun, kita perlukan ALLAH yang Maha Berkuasa untuk menjadikan ia possible”


B: “Subhanallah Maha Suci ALLAH yang Maha Menghidupkan dan Mematikan yang sudah pergi.. Hanya Dia yang Memiliki jiwa-jiwa kita ini, dan hanya melalui Kehendak dan Kekuasaan Nya, hidayah Nya mampu menceroboh masuk dan meresap ke dalam jiwa-jiwa kita yang hina ini. Namun, awak mesti ingat ALLAH sentiasa Menegaskan berulang-ulang kali menerusi Kalam Nya yang unggul, yakni Al-Quranul Kareem iaitu Dia takkan sesekali Mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubahnya terlebih dahulu. Betul apa yang awak nyatakan mengenai takdir yakni qada’ dan qadar ALLAH itu tapi jangan sesekali kerana itu, kita tidak mampu untuk berubah kerana percaya kita sudah ditakdirkan untuk menjadi seorang yang tidak baik. Sudah semestinya sekiranya kita masih kurang baik pada detik dan ketika ini, ia sudah menjadi suatu tanggungjawab untuk kita semua mengubah diri kita ke arah jalan penambahbaikan.”

“Alhamdulillah saya sangat gemar mendengarkan luahan hati seseorang sesudah ia faham, kerana ia sekaligus membuktikan kelogaman seseorang itu yang sentiasa akan begermelapan especially sesudah ia mengenali Hakikat kejadian Nya dan tujuan dia dihidupkan di muka bumi ini. Subhanallah. Mahukah kita mengikuti jejak langkah para sahabat dan sahabiyyah yang pada mulanya sebelum mengenal Islam, mereka merupakan logam yang sangat bernilai dalam masyarakat mereka,, sepertimana Umar yang mana kegarangan dan kebengisannya menjadi kekuatan musuh Islam sebelum ia memeluk Islam, namun begitu sesudah ia memeluk Islam, kelogamannya itu disalurkan menerusi cara yang lebih berhikmah tapi impaknya lebih hebat untuk pembangunan umat Islam ketika itu. Tidaklah perlu seseorang it uterus meninggalkan semua tingkahlakunya ketika jahil dahulu (yang tidak bertentangan dengan syarak) tapi boleh digilapkan menjadi permata berharga dalam pembangunan ummah, insyaALLAH. Sepertimana seorang akhwat ini, sebelum ini dia memang sangat hebat dalam berbicara, senang cerita, mulut murai juga lah, tapi sesudah ia mengenali erti Islam yang sebenar ia tidak terus berubah menjadi seorang pendiam tapi ia menggunakan anugerah ALLAH itu sebagai mediumnya untuk berhujjah dan berdakwah. Sungguh, kadangkala kita takkan menyangka sesuatu yang ada pada kita itu akan menjadi sesuatu yang bernilai di sisi ALLAH jika kita gunakan dengan cara yang betul demi mencapai mardhatillah Nya. Rasanya awak ni dianugerahkan kepintaran dalam computer programming kan?”


A: “A’ah, Alhamdulillah sejak kecil lagi saya berminat untuk belajar computer programming, tapi kenapa ya?”

B: “Awak..Itu anugerah ALLAH. Bukan semua orang diizikan Nya ada kelebihan itu, ada yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya tapi tanpa izinNya dia akhirnya menemui kegagalan. Kenapa awak tak gunakan kemahiran awak tu sebagai medium dakwah. Sebenarnya, bukanlah kehebatan penyampai dalam menyampaikan mesej-mesej Islam itu sahaja penting dalam menjayakan sesuatu program, walaupun tidak dinafikan ramai yang akan mudah tertarik jika cara penyampaiannya hebat dan lebih telus ke hati para pendengar. Tapi, jangan pula dilupa, untuk menjayakan suatu misi, sudah semestinya kita perlukan asas yang kuat untuk menjadi tulang belakang sesuatu organisasi supaya hasilnya lebih hebat dan berkesan. Kadangkala, jika kita ingin menyumbang kepada Islam, orang boleh claim kita tak buat apa-apa bila melihat secara luaran apa yang kita telah buat, tapi jika diselidik secara lebih mendalam, alangkah terkejutnya kamu jika kamu mengetahui betapa hebat kerja yang telah dilakukannya. Awak pandai programming, jomlah kita bersama-sama bergerak untuk sampaikan mesej Islam tu. Kadang-kala dalam kerja dakwah ni, masing-masing akan menjadi bidan terjun walaupun ia tidak mempunyai kelebihan dalam bidang tersebut. Jika seseorang itu walaupun ia tidak pandai memasak, tapi sesudah ia faham akan peranan masing-masing dalam gerak kerja dakwah ini, dia akan tetap akur apabila diberikan kerja di dapur walaupun mungkin pada ketika itu hatinya sedang bergelojak mahukan peranan lain yang lebih ia gemari. Sebab kadang-kala kami kekurangan orang, yang ,menjadi bidan terjun itu walaupun belum mahir dalam tugas yang dipertanggungjawabkan ia tetap melaksanakannya sebaik mungkin. Inilah proses untuk menambahbaikkan diri, dari tak tahu kepada serba tahu. So, rasanya kalau awak ni dah sedia hebat dalam bidang tertentu, volunteer lah diri untuk menolong Islam, supaya insyaALLAH hasil kerjanya lebih hebat sekaligus awak dapat tolong kami yang kurang berpengalaman dalam bidang tu. Selepas ini, mungkin awak akan ditugaskan untuk buat kerja-kerja lain pula yang awak tak mahir, bukanlah itu bermaksud kami sudah tidak memerlukan awak dalam melaksanakan tugas yang awak mahir itu, tapi sebaliknya untuk menjadikan awak seorang yang multi-task dan boleh polish kemahiran yang awak masih belum explore dalam diri awak.”


A: “Subhanallah saya tak pernah terfikir sehingga sejauh itu. Betullah kadang-kala penonton hanya melihat from the surface tapi tidak masuk deep into it. Saya pernah juga ditugaskan untuk bekerja dalam bidang yang saya tak suka, tapi bila saya lihat orang lain bersungguh-sungguh melaksanakan tugas tersebut walaupun mereka pun tidaklah mahir dalam bidang tersebut, saya rasa malu dengan diri sendiri. Kita kadangkala terlalai dan terlupa bahawasanya setiap tugas yang kita dipertanggungjawabkan di dunia ini akan disoal kembali oleh ALLAH di akhirat kelak. Barulah saya faham. ALLAH Memilih kita untuk berdepan dengan segala macam kemungkinan dan dugaan tapi semuanya adalah dalam kemampuan kita lagi cuma kita yang mengatakan kita tak mampu untuk melakukannya. Mungkin juga ini peranan syaitan yang sentiasa mencucuk-cucuk kita, sentiasa menghasut kita mengatakan sesuatu itu bukanlah sepatutnya menjadi tanggungjawab kita. Hakikatnya jadilah kita seperti orang yang menyalahkan takdir sedangkan ALLAH lebih Mengetahui kehebatan dan kemampuan diri kita ini. Senang cakap ALLAH Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. Kita pula belum tahu kesudahannya tapi sudah mampu ASSUME yang kita tak mampu untuk melaksanakannya. WAAHHH bukankah itu kelihatannya seperti kita berlagak lebih hebat dari ALLAH? Nauzubillah..”

B: “Alhamdulillah banyak juga yang dapat saya belajar dari awak..Betul kata-kata awak tu, janganlah kita nanti hadir di depan ALLAH bilamana kita mengatakan kita sudah beriman, tapi dibalasNya pula dengan kata-kata sinis yang berbunyi sebaliknya, “KAMU BELUM BERIMAN TAPI KAMU TELAH ISLAM 49:14”. Malunya kita sekiranya kita dipermalukan sedemikian oleh ALLAH kelak, menerima rekod-rekod perbuatan kita pun menerusi cara yang hina. Bukankah susah jika menerima sesuatu dari arah belakang? Bukankah sedih apabila melihat orang lain senang-senang sahaja dapat catatan perbuatan mereka itu dengan tangan kanan sedangkan kita menerimanya dengan tangan kiri? Lagi sedih jika ALLAH itu tidak mahu langsung untuk menatap wajah kita di akhirat kelak. Nauzubillah. Apakah yang lagi memalukan dan tragis daripada kembali ke tempat Pemilik nya tapi akhirnya dihalau ke tempat yang sehina-hinanya buat selama-lamanya (NERAKA) di mana sedikitpun ALLAH takkan menatap wajahmu dan takkan mungkin lagi ada ar-Rahman dan ar-Rahim Nya untukmu pada ketika itu bilamana sahabat-sahabatmu dan ahli keluargamu yang lain sedang enak menikmati usia muda mereka yang berpanjangan di syurga Nya. Mereka diberi minum dari khamar murni yang tidak memabukkan. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti di jalan Nya benar-benar berada dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan sedangkan orang-orang yang derhaka benar-benar berada dalam neraka . Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan dan mereka tidak mungkin akan keluar dari neraka itu selama-lamanya. Itulah “tempat rehat” bagi mereka buat selama-lamanya, selanjutnya mereka di sana takkan mati dan tidak pula hidup. Maka sungguh beruntunglah orang yang menyucikan dirinya dengan beriman dan mengingati nama Tuhan Nya lalu dia solat dan beribadat kepada Nya.”



A: Subhanallah, inilah yang ALLAH Maksudkan dengan ALLAH itu sebaik-baik Pembalas tipu daya apabila orang-orang kafir itu mencipta suatu tipu daya, maka ingatlah bahawa Dia yang di atas itu lebih hebat Membalas segala tipu daya itu jika Dia Mahu. Tapi, manusia tidaklah layak untuk mengatakan bahawa diri mereka dizalimi kerana di dunia, berulang-ulang kali peluang taubat itu terbuka luas untuk mereka tapi salah siapa jika mereka sendiri yang menutup mata dan menyumbat telinga dengan kedua-dua belah tangan ketika peluang itu masih ada. Dan ingatlah bahawasanya ALLAH Maha Penerima Taubat hamba-hamba Nya sehinggalah sebelum saat tibanya sakaratul maut dan sebelum matahari itu terbitnya dari barat. Boleh jadi ia lambat lagi, tapi boleh jadi juga ia akan berlaku beberapa saat sahaja daripada sekarang. Teringat pula saya mengenai suatu hadis, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesalahan di siang hari. Dan Allah membentangkan Tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesalahan pada malam hari”

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, Allah akan menerima taubatnya” (HR. Muslim).

Subhanallah Maha Suci ALLAH yang Mentadbirkan seluruh alam, izinkanlah iman itu meresap masuk ke dalam hati kami semua dan matikanlah kami semua dalam iman..




B: Amin.. InsyaALLAH mudah-mudahan. Oleh sebab itulah, kita sentiasa diingatkan untuk sentiasa perbaharui taubat kita kerana kita mungkin tidak sedar apa yang kita lakukan barangkali juga mengundang Kemungkaran ALLAH. Oleh itu, better late than never. Tapi janganlah bertangguh-tangguh pula, nanti tertinggal train barulah nak kejar pula, tak ke penat macam tu. Kalau ada the next train Alhamdulillah la, tapi kalau that’s the last train, macam mana pula? Menganga la nampaknya kawan kita seorang ni.. HAHAHA..

J

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin jika melakukan perbuatan dosa, maka akan terjadi titik hitam di dalam kalbunya, jika dia bertaubat dan minta ampun pada Allah, kembali cemerlang hatinya, jika dosanya bertambah, bertambah pula titik hitam tersebut, hingga menutupi hatinya. Itulah ‘ar-ron’ yang disebut oleh Alloh dalam firman-Nya: ?Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka”

(HR. Tirmidzi).



Rasulullah bersabda: “Orang yang bertaubat daripada kesalahan bagaikan orang yang tidak punya dosa”

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: Taubat itu menghapuskan dosa-dosa yang lalu

Allah berfirman: “(Malaikat-malaikat) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ‘Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala’

(QS. al-Mukmin 40:7).


Dan Ingatlah bahawasanya jika rasa kita tak mampu untuk berubah, ini janji ALLAH yang sudah PASTI BENAR. Dia akan Menambah kekuatan bagimu sesudah kita berhajatkan untuk kembali ke jalan ALLAH dan bersungguh-sungguh meninggalkan kesalahan lalu

Allah berfirman “Dan (Hud berkata): ‘Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa’”

(Hud. 11:52).




Wallahua’lam J

Wassalam


Sumber Rujukan : AL-QURAN DAN HADITH + pengalaman hidup seorang hamba ALLAH