Monday 30 August 2010

Segala puji itu hanya bagi ALLAH, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam"

Assalamualaikum wbt...
:)

SELAMAT HARI MERDEKA!!~~

1 MALAYSIA, MENJANA TRANSFORMASI :)

InshaALLAH...Semoga laungan yang dilaung-laungkan oleh encik-encik pemimpin kita itu akan membuahkan hasil yang lumayan. Kami sungguh mendambakan transformasi yang benar ke jalan Ilahi..Masihkah antum antunna ingat artikel The Fallen yang ana tulis sebagai buah tangan setelah pulang daripada DIA (weekenD wIth Aj) june yang lalu. Watak The FALLEN itu hasil adaptasi daripada sebuah filem yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk dunia pada suatu ketika dahulu sehingga dunia menyaksikan gelombang transformers yang agak kencang terutamanya di pawagam-pawagam apabila penerbit filem tersebut berjaya meraih keuntungan berbilion-bilion US dolar kerana berjaya menjerat hati para peminat untuk menonton hasil karya mereka itu. Alhamdulillah menerusi DIA kami bukan sahaja mendapat info yang lebih bermanfaat malah lebih manis nilainya apabila Transformers: Revenge of The Fallen itu dikupas menurut definisi yang lebih bersifat Islamik :)

Semua yang ada di sekeliling kita boleh dijadikan sebagai sumber dakwah jika kita sentiasa bersangka baik terhadap apa yang ada padanya. Bukankah setiap apa yang ALLAH Kurniakan itu adalah yang terbaik untuk kita, cuma mata manusia sahajalah yang menilai buruk sesuatu kebaikan yang ALLAH cuba sampaikan itu. Anjakan paradigma itu amat perlu dalam pembangunan ummah pada hari ini supaya dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam umpama ketika Era Abasiyyah pada suatu masa dahulu. InshaALLAH
Oleh itu, sentiasa improvasikan cara kita menyampaikan dakwah kerana Dakwah Is Amazing (DIA) n yeah!! DAKWAH SUPPOSED TO BE FUN as well :D

Okay..
Ayuh kita menjengah masuk ke dalam topik kita yang sebenarnya pada hari ini. tadi tu muqadimmah semata-mata..semangat anak merdeka la katakan :)

InshaALLAH hari ini ana ingin kupaskan sedikit mengenai realiti ummah pada hari ini. Semalam sempat ana berbual-bual dengan seorang ukhti ini, bercakapkan perihal tersebut, Alhamdulillah ana mendapat cetusan idea untuk menulis entry pada kali ini menerusi sembang-sembang yang alhamdulillah bukanlah sekadar bual-bual kosong semata-mata.


Pernahkah antum antunna melihat sesuatu yang sangat WWOOOOOWW!! yang membuatkan diri antum antunna terkagum dan terkesima melihat keunikannya itu?
Secara normalnya, sudah pasti kita semua akan melalui pengalaman menemui sesuatu yang menarik perhatian kita sebagai seorang manusia biasa yang hina ini. Bukankah setiap apa yang ada di langit dan bumi dan di antara kedua-duanya memiliki keunikan ciptaan serta keindahannya yang tersendiri bagi mereka yang sedar. Tapi pernahkah kita sedar, setiap kali kita melihat sesuatu yang indah itu, tiadalah layak untuk kita memuji secara berlebih-lebihan kepada apa yang kita lihat itu melainkan untuk memuji-muji Kebesaran Ilahi atas keunikan ciptaan Nya tersebut. Tiadalah layak untuk mana-mana hamba Nya untuk menerima apa-apa pujian yang lebih besar daripada pujian terhadap yang Maha Menciptakan itu.

Sudah pasti sesuatu yang unik itu diciptakan oleh suatu kuasa yang amat besar yang sudah pasti tiada tolok bandingnya. Oleh itu, semestinya kita sentiasa mengingati ALLAH apabila kita melihat sesuatu yang unik itu. Apakah pula kriteria-kriteria untuk menjadikan sesuatu itu unik??


Adakah perlu ALLAH zahirkan Kebesaran Nya pada sesuatu barulah kamu menyedarinya??
Adakah hanya melalui cara itu sahajalah dapat menambahkan keimanan kita kepada Nya??
So, adakah jika ALLAH tidak Menzahirkan kalimah-kalimah suci Nya pada makhluk ciptaan Nya yang lain, maksudnya kekuasaan ALLAH itu tiada?
Pernah rasanya ana mengupas perihal kisah sebegini dalam suatu entry ana yang lalu, so jika tak keberatan bolehlah antum antunna click pada link yang telah ana sertakan seperti di atas. {tekan entry}

Kadangkala masyarakat kita lebih bahagia dan 'bertambah imannya' sesudah melihat fenomena-fenomena luar biasa sebegitu sahaja, tapi mengendahkan keunikan pelbagai yang sudah sedia ada di hadapan mata.
Bukankah tangan yang mampu bergerak dan menulis itu juga suatu keajaiban yang sangat luar biasa?
Bukankah mata yang mampu melihat itu juga suatu tanda-tanda kebesaran Ilahi?
Bagaimana pula dengan kurniaan ALLAH yang berbentuk akal kepada manusia yang meningkatkan status manusia di sisi ALLAH?
Bukankah kesemua itu adalah bukti-bukti Kekuasaan ALLAH taala?
Tidak cukup lagi kah bukti-bukti nyata yang telah dipertontonkan oleh ALLAH kepada kita semua sejak kita masih berada dalam rahim ibu lagi?
Maka, nikmat ALLAH yang mana lagikah yang ingin engkau dustai?
Tidak takutkah kita apabila ALLAH berulang-ulang kali menanyakan soalan yang sama kepada kita menerusi Kalam Nya, surah ar-Rahman?
Soalan itu jika dibaca dan difahami dengan sebenar-sebenarnya, sungguh ia mampu meruntunkan hati dan mampu mengalirkan air mata. Bukankah setitik air mata kerana takut akan balasan ALLAH itu lebih mulia daripada menangisi kehilangan si dia yang masih belum halal untukmu?

Ada suatu video yang sangat-sangat memberi inspirasi kepada ramai orang pada suatu ketika dahulu. Video ini pernah menghiasi wall sahabat-sahabat di laman web sosial Facebook dan rata-rata memberikan feedback yang positive terhadap video tersebut. Ramai yang kagum dan memuji-muji kehebatan lelaki tersebut yang mampu memotivasikan ramai orang lantas ketabahan serta semangatnya yang berkobar-kobar tanpa pernah mengenal erti penat dan lelah, mungkin jua dalam kamus hidupnya, perkataan "putus asa" tidak pernah wujud, oleh sebab itulah beliau kekal hebat dan sentiasa berpuas hati dengan apa sahaja yang dimilikinya.


Subhanallah, indah sungguh ciptaan Ilahi yang seorang ini. Ya ALLAH berikanlah kefahaman dalam ad-Deen Mu supaya ia dapat menyalurkan semangat dan sikap positive nya itu berlandaskan syariat Mu yang benar.
Sungguh, dia sungguh tabah. Tapi layakkah baginya untuk menerima kesemua pujian itu seolah-olah kita lupa bahawasanya si lelaki tersebut hanyalah ciptaan Nya yang kerdil, sama juga seperti kita, tiada beza walau sedikitpun.
Cukup bertuah baginya kerana ALLAH telah memberi kekuatan kepada dirinya untuk terus tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan meskipun dalam keadaan yang kurang sempurna pada pandangan mata kasar manusia. Namun, alangkah bertuah baginya sekiranya ALLAH Memilih dirinya untuk mendapatkan sesuatu yang lebih hebat daripada itu, iaitu nikmat Iman dan Islam.
Di sinilah hebatnya seorang muslim berbanding seorang non-muslim, kerana hebatnya seorang muslim adalah kerana agamanya, kerana akidahnya yang utuh terhadap yang Maha Menciptakan, bukanlah hanya berdasarkan logik akal semata-mata.
Sungguh, kami bangga untuk menjadi salah seorang daripada muslim seterusnya untuk mengakui diri ini sebagai seorang mukmin yang mendambakan balasan yang baik daripada Mu di akhirat kelak, inshaALLAH amiin :)

Tahukah kita??


Tahukah kita bahawasanya melakukan sesuatu semata-mata untuk mendapat pujian daripada manusia yang lain itu adalah dilarang dalam Islam dan perbuatan ini sebenarnya memberi gambaran bahawasanya si pelaku itu telah terlekat di hatinya sifat riak yang nyata-nyata dibenci serta dimurkai ALLAH

Selain itu, sungguh, manusia itu sungguh hina dan tidaklah layak baginya untuk menerima apa-apa pujian pun daripada mana-mana sumber kerana sesungguhnya manusia sentiasa memperbaharui ikrarnya terhadap ALLAH swt setiap kali bacaan fatihah dilafazkannya yang mana ia telah mengakui bahawasanya "Segala puji itu hanya bagi ALLAH, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam"

Terdapat juga hadith Rasulullah SAW yang mengajarkan sekiranya ada seseorang yang memuji seseorang manusia yang lain, hendaklah yang dipuji itu mengambil pasir lalu dilontarkan pasir itu ke muka orang yang memberi pujian tersebut. Sungguh, meskipun hadith itu berbunyi agak keras dan kasar, namun itulah larangan Baginda supaya umat manusia tidak lagi mengamalkan amalan puji-memuji selain memanjatkan pujian itu semata-mata kepada ALLAH SWT yang Maha Memiliki segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit serta di antara kedua-duanya itu. Hanya Dia yang layak menerima pujian hamba-hamba Nya bukanlah layak untuk ditujukan sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja yang kita sukai. Bukankah yang Maha Menciptakan itu lebih layak menerima puji-pujian itu berbanding mereka yang diciptakan oleh Nya :)



Pernahkah antum/antunna mendengar cerita mengenai Amirul Mukminin, Saidina Umar r.a dengan seorang ibu tua?
Ini salah suatu kisah teladan yang bagi ana, dapatlah ana mengambil ibrah daripadanya bahawasanya segala puji dan syukur itu hanyalah layak untuk diucapkan kepada ALLAH yang Maha Berkuasa, bukanlah layak untuk diberikan kepada yang diciptakan Nya. Sedangkan si Amirul Mukminin yang telah dijanjikan ALLAH untuk memasuki syurga ALLAH swt itu, beliau merasakan dirinya tidak layak untuk menerima sebarang pujian atas pertolongan dan kebaikan yang diberikannya apatah lagi kita, yang masih rendah nilai imannya, sudah pastilah kita lagilah tidak layak untuk menerimanya.


Seorang ibu mendatangi kediaman Umar bin Abdul Aziz r.a dan diterima oleh istri Amirul Mukminin. Tak berapa lama kemudian, Umar r.a keluar dari dalam rumah sambil membawa beberapa buah-buahan yang ranum.
la pun memilih buah-buahan terbaiknya dan diberikan kepada tamunya, sedangkan buah-buahan yang hampir busuk ia sisihkan untuk diri dan keluarganya.

Setiap kali ibu tersebut menerima buah dari Amirul Mukminin, ia berucap, "Alhamdulillah ...."

Tentu saja hal ini menyenangkan hati Amirul Mukminin yang kemudian menanyakan maksud kedatangannya. "Saya memiliki lima orang anak yang belum memiliki pekerjaan, bantulah kami, wahai Amirul Mukminin," pinta ibu tersebut.
Mendengar hal itu, berlinanglah air mata Umar r.a. Ia menyesali dirinya yang lalai terhadap rakyatnya sehingga masih ada yang tidak kebagian pekerjaan, sementara ada pula yang bertumpuk jabatannya.
Umar r.a mengambil kertas hendak mencatat siapa saja putra ibu tersebut yang membutuhkan pekerjaan.

"Sebutkan nama anak Ibu yang pertama," pinta Umar r.a.

Ibu itu menyebut namanya, kemudian dicatat oleh Umar r.a beserta jenis dan jumlah bantuan untuknya. Sang ibu mengucap, "Alhamdulillah."

Begitu pun ketika disebut anak kedua, ketiga, dan keempat, sang ibu selalu menyebut alhamdulillah. Akan tetapi, ketika disebut anak kelima dan sang ibu mengetahui Amirul Mukminin memberikan bantuan dalam jumlah cukup besar, ia pun berdiri dan membungkuk-bungkuk di hadapan Umar r.a seraya berkata, "Puji syukur untuk Tuan, puji syukur!"

Melihat hal itu, Umar r.a menyobek kertas kelima itu. Tentu saja hal itu membuat heran sang ibu. Akan tetapi, Amirul Mukminin lebih heran lagi dengan kelakuan ibu tersebut.
Umar r.a bertanya, "Awal mulanya aku melihatmu selalu mengucap 'alhamdulillah' ketika kau memperoleh nikmat karena memang Allah-lah yang berhak atas puji-pujian tersebut. Dialah yang memberi dan menarik rezeki dari kita. Begitu pula, ketika aku menuliskan bantuan untuk anak-anakmu, kau selalu mengucap hamdalah, tetapi mengapa untuk anak yang kelima kau mengucapkan hal lain kepadaku?"

"Itu karena tuan sangat dermawan dan berhati mulia," jawab sang ibu.

"Maaf,
ucapan itu tak pantas bagiku. Hanya untuk Allah segala puji-pujian. Siapakah diri saya sehingga layak dipuji? Bahkan, dalam pandangan Allah SWT bisa jadi ibu lebih baik daripadaku karena hisabku sangatlah berat. Oleh karena itu, saya hanya bisa memberi bantuan hingga anak keempat sebab hanya untuk mereka Ibu bersyukur kepada Dzat yang memang layak untuk dipuja. Namun, hendaklah bantuan tersebut dibagi rata kepada seluruh keluarga."


Wallahua'lam

REFERENCE: 1. Laman Emjay
3. Novel Pemilik Cintaku selepas ALLAH dan Rasul by Fatimah Syarha Mohd Noordin



*** Insan Yang membawa Islam sangat besar amanahnya. Seringkali diuji dan
dibolak balikkan hatinya.Seringkali diragu-ragukan hatinya.Maka pintalah
pada Allah agar ditetapkan hati kita.Agar segala mehnah dan tribulasi
mampu kita hadapi.Sekali berjuang,
Selamanya berjuang!

"Merdeka itu apa?"

Assalamualaikum wbt...


Setelah negara ini telah 53 tahun bebas daripada jajahan oleh kuasa asing yang cemburu melihat keamanan dan kedamaian negara ini, keadaan kembali hiruk-pikuk dek angkara perbuatan jahat yang diwariskan oleh pihak penjajah kepada kita semua. Rata-rata masyarakat masih belum sedar akan kemunculan revolusi dalam permasalahan ini kerana masing-masing telah dibutakan dengan janji-janji manis yang pernah ditaburkan oleh pihak penjajah pada suatu masa dahulu.

Hasilnya, masyarakat kini bukan sahaja buta malah sudah hidupnya mula hanyut dengan mainan duniawi yang cukup melekakan ini. Masyarakat mula mendefinisikan sesuatu dalam bentuk keduniaan semata-mata lantas terus melangkah meninggalkan akhirat di belakang tanpa mereka sedari. Hari ini, soal jawab agama hanya mampu dibincangkan di surau atau masjid-masjid yang mana hanya layak dikupaskan oleh mereka yang bergelar ustaz/ustazah ataupun mufti-mufti hyang diiktiraf semata-mata. Umum mengetahui bahawa peranan ulama' dalam soal agama tidak boleh dicampuradukkan dengan urusan politik yang hanya mampu dikuasai dan dipegang jawatannya oleh mereka yang menang dalam pilihan raya semata-mata. Sudah wujud barrier antara urusan dunia dan urusan akhirat yang mana sekularisme telah mula membius anak-anak muda supaya tidak terlalu yakin dengan kesyumulan Islam itu.

Sungguh malang apabila sesuatu keputusan yang sudah pasti itu perlu dirujuk terlebih dahulu kepada pekenan Raja-raja yang nampaknya lebih berkuasa daripada undang-undang akhirat. Berkenan pula ana pada suatu video yang dihasilkan oleh Baba Ali yang mana ia menjelaskan perihal melihat anak bulan untuk menentukan hari puasa pertama ataupun hari raya pertama. Sesudah melihat anak bulan, ada pula yang bersanggah pendapat yang mengatakan bahawa kita perlu mengikut kalendar hijrah sepertimana yang telah dihintung oleh golongan profesional supaya ada keseragaman mengenai tarikh dan waktu untuk seluruh umat Islam berpuasa/meraikan hari raya tersebut. Keseragaman? Apakah perlu keseragaman itu sesudah anak bulan itu jelas-jelas kelihatan di dada langit meskipun pada kalendar, ia diramalkan akan jelas kelihatan pada hari esoknya? Yang manakah lebih afdhal untuk diikuti? Hukum ALLAH ataupun hukum buatan manusia? Selain itu, apa hak manusia untuk memperkenankan tarikh untuk kesemua itu?

Adakah ini namanya anak-anak merdeka?

Ya betul. Kita perlukan dunia untuk menjadi titian kita ke hari akhirat kelak, namun lupakah kita sekiranya kita terlampau meletakkan dunia di hati, maka hilanglah akhirat di hati itu, punahlah hidupmu. Jika kita mendambakan dunia, maka berolehlah kebahagiaan dunia itu untukmu. Sebaliknya jika kita inginkan kebahagiaan akhirat, inshaALLAH ALLAH akan ganjarkan dunia sebagai hadiah untuk keikhlasanmu itu.


Kenapa perlu dibangga dengan Calvin Klein ataupun Armani Exchange apabila pakaian terakhirmu kelak cumalah kain kafan yang tidak sedikitpun ada jenama-jenama sebegitu. Di situlah keseragaman yang paling nyata bagi setiap umat Islam, di mana orang miskin dan kaya sama-sama menggayakan fesyen yang sama iaitu kain putih yang perfume nya berlabelkan kapur barus yang wanginya akan menemanimu sehingga ke liang lahad.


Apa pula yang ingin dibanggakan dengan BMW dan Caldina GT Four jika kenderaan itu mampu pun untuk dibawa bersama ketika jenazahmu diusung ke tanah perkuburan kelak. Bukankah yang kaya ataupun yang miskin sama-sama akan diusung di dalam keranda yang sama kelak? Bukankah keranda it tidaklah setanding harga ataupun kemewahan kereta-kereta yang pernah anda naiki ketika hidupmu, namun itulah yang pasti bagimu kelak. Itulah sebaik-baik tempat bagimu sebelum jenazahmu dikebumikan kelak. Perlukah lagi manusia berbangga dengan kemewahan duniawi ini sekiranya dunia yang sekejap itu belum pasti lagi akan menjamin kehidupan yang sama di akhirat kelak. Fikir-fikirkanlah kita bersama.


Adakah layak untuk kita semua yang mengakui diri ini sudah merdeka untuk berbangga-bangga apabila sudah mampu memiliki tempat tinggal yang mewah seperti banglo yang nilai-nilainya mencecah berjuta-juta RM sedangkan kesudahannya, umum telah mengetahui bahawa persinggahan terakhirmu adalah di kubur itu juga. Kawasan yang tiadalah semewah kehidupan di duniamu tapi cukup menyamankan bagi mereka yang kehidupan di dunianya cukup mengabdikan diri kepada ALLAH taala, maka di kuburlah sebaik-baik tempat istirehat bagi mereka yang telah penat dan lelah berjuang demi menegakkan Islam ketika masih hidup. Sebaliknya, celakalah bagi mereka yang mempersia-siakan peluang yang ada di dunia ini dengan cara melanggar segala syariat yang telah ALLAH tetapkan untuk kita semua, kerana di kubur itu jugalah akan bermula seksaan yang cukup memeritkan untuk dirimu, nauzubillah



Kenapa perlu dibangga dengan ketampanan serta kecantikan rupa parasmu jika ia sedikitpun tidak menambahkan keimananmu kepada Dia yang Maha Pencipta. Dipertotonkan kecantikanmu dengan bangganya di hadapan mereka yang bukan mahram bagimu, dijadikan pula ia sumber pendapatan bagimu dan keluargamu, sungguh merekalah golongan yang tidak bersyukur. Sungguh bijak pihak penjajah mendoktorinkan pemikiran anal-anak muda sekarang dengan mengatakan fesyen itu adalah sesuatu yang menarik dan wajib diikuti oleh setiap individu dari semasa ke semasa. Sungguh, mereka telah berjaya melalaikan anak-anak muda kita sekarang dengan hiburan yang melampau-lampau sehingga makin ramai golongan artis menjadi idola dalam kehidupan seharian kita. Makin ramai pula mereka yang berani mengeluarkan kata-kata yang berunsurkan sentimen keagamaan yang melampau-lampau tanpa menunjukkan sedikitpun sensitiviti terhadap agama ALLAH yang syumul itu. Rupa yang cantik dihiaskan pula dengan make-up yang tebal sehinggakan ada yang sanggup mengubah bentuk muka serta aset yang ada pada dirimu supaya dirinya disanjung dalam masyarakat. Sungguh, ALLAH berikan kecantikan itu bukanlah untuk dikotori dengan najis-najis yang merendahkan martabat Islam seperti itu. Sungguh, sekiranya mereka faham, maka mereka akan bersungguh-sungguh menyesali perbuatan mereka itu dan bertaubat kepadaNya. Tidak takutkah kita sekiranya ketampanan dan keelokan paras rupa kita di dunia ini akan berakhir dengan menjadi santapan si cacing dan serangga di dalam kubur kelak? Di mana glamour yang telah kita raih di dunia dahulu? Dapatkah sedikitpun ia mengurangkan balasan azab ALLAH di akhirat kelak?

Banyak sungguh peninggalan penjajah kepada umat manusia...
Terlampau banyak sehingga tidak mampu untuk diri ini menghintung satu persatu, malah pada detik ana menulis ini sudah pasti, akan ada suntikan-suntikan negative yang sedang mereka biuskan untuk menjatuhkan umat Islam. Sedarlah ar-rijal, mereka tidak pernah berhenti menjajah kita, samada secara sedar ataupun tidak. Kini, pemikiran kita sudah teruk dijajah sehinggakan ada yang berani mengisytiharkan dirinya melakukan kemungkaran secara jelas dan terang-terangan pada umum namun tiada sebarang tindak balas daripada pihak pemerintah.
Kenapa perlu dihairan apabila makin banyak kes buang bayi jika masih banyak kelab malam yang dibuka pada setiap malam, makin banyak pusat-pusat yang dibuka untuk menjaga kebajikan pelaku-pelaku maksiat itu, sungguh, manusia yang baik itu bukanlah orang yang tidak pernah melakukan dosa tetapi mereka segera bertaubat sesudah melakukan perbuatan yang berdosa itu. Makin banyak kes-kes jenayah berlaku, makin ramai yang berani membunuh orang lain serta secara terang-terangan melakukan gangguan seksual dengan ahli keluarga sendiri sedangkan ini kononnya adalah sebuah negara Islam. Di manakah undang-undang Islam sepertimana yang pernah dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Rasulullah SAW serta zaman-zaman kegemilangan Islam selepas Baginda? Bukankah ada banyak rangka undang-undang yang telah ALLAH gariskan sebagai pendoman hidup ini? Kenapa masih ingin diikut rang undang-undang ciptaan manusia yang hukumannya berubah-ubah mengikut kesesuaian masa, tempat malah tidak statik mengikut status pelakunya. Adakah itu adil di sisi ALLAH?

53 tahun negara merdeka..
hadiahnya makin ramai yang menghadiahkan kepada negara ini bayi luar nikah yang dibuang merata-rata. Sungguh bebas dan merdeka pemikiran anak-anak muda masa kini sehingga sanggup memerdekan diri daripada pegangan akidah yang kukuh kepada Nya. Adakah itu bebas yang kita cari selama ini?
Bebas untuk berbuat apa sahaja mengikut kepuasaan hati serta hawa nafsu yang membuak-buak seperti binatang malah ada yang lebih teruk daripada itu

Sungguh menarik fenomena ini..
Apabila hari merdeka disanjung-sanjung, pesta keramaian diadakan di mana-mana sahaja meskipun di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini.
Bayangkan sahajalah bagaimana bilangan jemaah di masjid-masjid akan menyusut pada malam menjelangnya hari merdeka ini
Akan berpestalah anak-anak muda bagi meraikan kemerdekaan 1 Malaysia yang dinanti-nantikannya selama ini. Tahukah anda, malam menjelangnya Merdeka, kebiasaanya akan makin bertambah bilangan pasangan yang melakukan seks rambang dengan pasangan yang sudah pasti belum halal baginya. Oleh itu, bersedialah wahai sahabat-sahabatku untuk menanti kelahiran lebih ramai bayi-bayi yang tidak berdosa 9bulan mendatang. Makin ramailah bilangan bayi yang akan menjadi santapan semut-semut merah apabila ia dibuang tanpa sebarang belas kasihan di dalam longkang-longkang, dalam tong sampah, di sebalik seman samun dan sebagainya.

Adakah ini erti kemerdekaan yang kita impikan selama ini?
Adakah ini yang didambakan oleh para perajurit yang bermati-matian melawan pihak penjajah suatu masa dahulu


Wallahua'lam

Sekadar mencetuskan rasa untuk diri ini dan sahabat-sahabat sekalian, bukanlah layak bagi diri ini untuk menyuntikkan perasaan-perasaan negative terhadap segala sesuatupun. Sekadar ingin menyedarkan kita semua dengan realiti ummah yang sedang tenat sekarang.
Mereka perlukan generasi muda seperti kita untuk mengubahnya ataupun keadaan yang lebih teruk akan melanda diri mereka, Nauzubillah
Bagi yang sudah sedar akan realiti ummah masa kini, ana ingin minta maaf, kerana sekarang ana dan kalian semua tidak boleh lari lagi daripada tanggungjawab merubah realiti ummah itu kepada sesuatu yang lebih baik kerana ingatlah bahawasanya ALLAH hanya akan menghukum mereka yang telah mendapat kefahaman dalam ad-Deen
Maka berbahagialah kita kerana ALLAH telah memilih kita untuk sedar akan realiti ummah ini dan bekerjasama dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam seperti suatu masa dahulu.
Contohilah rijal-rijal yang hidupnya diabdikan semata-mata untuk ALLAH seperti Sallehuddin al-Ayubi, Muaz bin Jabbar, Salman al-Farisi, Sultan Muhammad al-Fateh dan ramai lagi

InshaALLAH :)

Sesuatu yang ingin diubah itu sudah pasti memerlukan masa yang agak panjang untuk kita berjaya mengubahnya kepada sesuatu yang lain, namun inshaALLAH setiap detik yang kita berikan untuk menolong jalan ALLAH itu sungguh besar nilainya di sisi ALLAH jika kita betul-betul ikhlas untuk Nya. Namun, janganlah bersedih hati sekiranya usaha kita masih belum menemui kejayaan, setiap sesuatu yang baik itu sudah pasti akan ada pihak-pihak yang tidak menyenanginya dan cuba untuk menghalangi usaha murnimu itu, tapi bersyukurlah kita apbila adanya ujian-ujian sebegitu, kerana itulah petanda bahawasanya kita sedang melakukan sesuatu yang betul. Sudah menjadi kelaziman bahawasanya kebaikan yang kita lakukan akan ditentang oleh pihak-pihak yang tidak senang melihat progress kita itu, namun yakinlah akan pertolongan dan janji-janji ALLAH. Kita berusaha keras hari ini supaya kita dapat beristirehat dengan selesa ketika di alam kubur kelak inshaALLAH.


" Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada azab neraka jahanam, azab kubur, serta dari fitnah semasa hidup dan selepas mati dan dari fitanah Dajjal yang jahat dan membawa kesesatan"
amiin :)


Sudah jelas perbezaan antara syurga dan neraka, baik dan jahat, maka terserahlah pada kita untuk memilihnya..

Wallahua'lam

Wassalam


p/s: SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 53
hayatilah kemerdekaan pada kali ini dengan penghayatan yang sebenar-benarnya kerana setiap amal perbuatan kita dihintung berdasarkan niat kita, oleh itu ayuh kita improvasikan niat dan bangkitkan ia dalam bentuk amal perbuatan supaya kemerdekaan pada tahun ini lebih bermakna..

Hayati 1 Malaysia yang dilaungkan oleh PM kita itu dengan lebih betul pemahamannya supaya kelak kita dapat menyatukan ummah untuk kegemilangan umat Islam jua hendaknya, InshaALLAH
Usah biarkan laungan itu hanya menjadi suatu laungan kosong semata-mata ayuh kita ubah paradigma kita supaya dapat melihat sesuatu yang lebih baik untuk kebangkitan Islam yang akan kekal abadi selepas ini
Binalah Islam dalam dirimu maka akan terpancarlah ia daripada keperibadianmu, inshaALLAH moga-moga dengan anjakan paradigma yang betul, akan berjaya membina satu revolusi baru dalam perjalanan kita sebagai seorang muslim yang berjaya inshaALLAH
Bukanlah layak untuk kita menghentam usaha mana-mana pihak dalam mengembalikan syariat Islam yang pernah memimpin 1 dunia ini sebelum ini, baikilah diri sendiri terlebih dahulu sebelum memandai-mandai cuba untuk menghentam mana-mana pihak. Setiap orang sedang melakukan tugas mereka masing-masing, oleh itu sungguh bertuah jika ALLAH pilih kita pada hari ini untuk memulakan tugas kita ke arah pembangunan Islam itu kembali. InshaALLAH
:)

Selamat Hari Merdeka :D


Cinta pada negara itu perlu, tapi pernahkah kita sedar jika kita betul-betul cintakan Islam itu sendiri, negara dan tanah air itu adalah sebahagian daripadanya. Bukanlah semangat patriotisme dan nasionalisme yang ingin kita cari tapi semangat cintakan kegemilangan Islam yang syumul itu yang hendak kita cari dan sentiasa praktikkan.

Islam itu adalah daulah dan tanah air, ataupun kerajaan dan ummah
Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan
Ia adalah pengetahuan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman
Ia adalah kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan
Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah
Ia juga adalah akidah yang benar dan ibadah yang sahih
-Dasar 1 dalam Usul 20-

Itulah Islam yang sebenarnya, syamil, kamil dan mutakamil


Wallahua'lam

:D

Sunday 29 August 2010

Dia Bukan Untukku :)

Assalamualaikum wbt...

Kerap kali dunia digemparkan dengan kes-kes pergaduhan dalam rumah tangga sehinggakan ia menjadi titik tolak kepada terjadinya sesuatu kes jenayah yang lebih merumitkan dan memeningkan kepala. Jika dilihat rentetan dalam dunia artis pula, kes nikah cerai sudah menjadi suatu kelaziman yang terlalu normal dalam kehidupan seorang yang bergelar selebriti malah ia sudah seakan-akan menjadi trend dalam kehidupan seharian mereka.


Kenapa fenomena ini berlanjutan dalam dunia yang penuh kemodenan ini? Tiadakah sebarang penawar dalam permasalahan ini yang boleh dijadikan sebagai bius untuk kesakitan yang sedang melanda dunia waktu kini. Permasalahan sebegini telah lama menyerang umat manusia pada hari ini,namun kita kerap kali menjadikan isu ini sebagai sisipan kepada isu-isu lain yang kononnya lebih penting dan sensasi.

Kenapa perlu ada penceraian setelah adanya ijab kabul? Kenapa pula yang telah berkahwin lebih 20 tahun masih lagi ada persengketaan sehinggakan membawa kepada bibit-bibit penceraian? Bukankah si dia yang kam cintai ketika usia mudamu? Bukankah si dia yang engkau usung ke sana ke mari ketika sebelum ijab kabul mu? Bukankah kamu berdua telah bersumpah sehidup semati bersama-sama? Kenapa setelah kamu telah mengikat suatu ikatan yang sah, kamu memilih jalan yang ALLAH Murkai yakni memutuskan kembali jalinan yang telah engkau meterai dahulu? Engkau gegarkan Arasy-Nya dengan kalimah talaqmu ke atas isterimu, kenapa engkau tegar melakukan yang sedemikian rupa?

Adakah benar ia bukan untukmu?

Namun demikian, bukankah cintamu dahulu hanya untuknya? Kenapa kini, perlu ada alasan-alasan lain yang menjadi pemusnah cinta kalian?

Persoalan demi persoalan akan bangkit apabila permasalahan sebegini berlaku. Kedua-dua belah pihak akan mula menyalahkan antara satu sama lain, sangat sukar untuk melihat satu-satu pihak menyalahkan diri sendiri serta cuba untuk memperbetulkan keadaan tanpa perlu menghebah-hebahkan cerita di sebalik tirai perkahwinan mereka kepada umum termasuklah ahli keluarga. Bukankah rahsia pernikahanmu itu hanya milik dirimu dan si dia, kenapa pula perlu dipertontonkan kepada orang lain?
Ingat...ia hanya milik kamu berdua...
ALLAH sangat Membenci mereka yang membuka keaiban orang lain.
Nauzubillah

Rata-rata orang suka mengaitkan cinta dengan sepasang kekasih yang masih belum berkahwin, tapi ana lagi suka untuk mengaitkan kisah seterusnya ini dalam konteks mereka yang sudah berkahwin. Mungkin hati ini berasa terlalu sakit apabila wanita idaman kita menjadi rebutan lelaki kacak yang lain ataupun sebaliknya, namun sedarlah wahai sahabatku sekalian, amarahmu ketika itu tiada membawa erti apa-apapun kerana kamu sedikitpun tidak layak untuk merasakan perasaan marah itu selagi kamu belum menikahinya, Perasaan cemburu seorang 'kekasih' itu hanya dihalalkan setelah kamu mengikat si dia dengan suatu ikatan yang disertakan dengan ijab dan qabul. Namun, sedarkah kita semua bahawasanya perasaan cemburu itu bukanlah sifat yang perlu ada pada si isteri namun sebaliknya ia sifat natural yang perlu ada pada diri si suami yang perlu ada walau sedikitpun rasa cemburu apabila melihatkan isterinya dinodai cinta dunia yang penuh dengan kepalsuan ini.
Bukanlah layak untuk seorang wanita untuk mencemburui si suami kerana perasaan itu bukanlah diciptakan untuk dirimu, tetapi ingatlah si suami, jangan pula kamu merasakan dirimu seolah-olah raja sehingga dapat memperlakukan isterimu dengan cara yang buruk kerana setiap perbuatan kita kelak akan dipertanggungjawabkan ALLAH kelak.

Memang payah rasanya apabila melihat rumah tangga yang kita bina selama ini roboh begitu sahaja apabila sudah tiada kesefahaman ataupun masalah-masalah lain yang terbit akibat kurangnya komunikasi yang bijak antara kedua-dua pasangan. Pada ketika itu, mereka akan mula merasakan si dia bukanlah jodoh sebenar untuk dirinya, lantas berlakulah suatu peristiwa yang dikenali sebagai jatuh talak ataupun penceraian.
Memang payah untuk melalui jerih payah kehidupan bergelar janda/ibu tunggal, begitu juga bagi si duda yang terpaksa mulakan hidup baru bersendirian ataupun terpaksa menyara anak-anak tanpa kehadiran si dia sebagai penemannya. Memang ia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu, namun tahukah kita bahawasanya, kehilangan si dia bukanlah bererti hidupmu telah musnah ataupun ALLAH sudah tidak lagi bersamamu. Yakinlah bahawa setiap apa yang ALLAH Kurniakan kepada kita sudah pasti ada kebaikan tersembunyi di sebaliknya, redha lah dengan setiap apa yang ALLAH Kurniakan kepada kita semua, syukurilah pemberian Nya, terimalah dengan hati yang terbuka dan ukirlah senyuman di bibirmu meskipun ia amat payah. Sungguh jika kita bersangka baik kepada ALLAH, maka Dia akan bersangka baik dan Mensyukuri mu dengan mengurniakan rahmah yang berlimpah-limpah kepadamu, InshaALLAH

Memang sengaja ALLAH Menurunkan ujian sebegitu terhadapmu kerana ALLAH tahu kamu mampu mengatasi segala jerih payah itu dengan jayanya. Bukankah Dia adalah sebaik-baik Perancang dalam kehidupan ini,Dia datangkan sesuatu yang kita sangkakan keburukan kepada kita, namun itu sebenarnya adalah pintu kepada 1001 kebaikan yang teramat menarik jika kita benar-benar yakin akan janji ALLAH itu. Bukankah dalam surah al-Mudatsir ayat 7 ALLAH pernah berfirman yang bermaksud "Dan kerana Tuhan mu, bersabarlah"


ALLAH ingin menyedarkan kita akan sesuatu kesalahan itu dengan cara yang pelbagai, ada yang menyedari ketidakserasian itu sejak sebelum kahwin lagi, oleh itu perpisahan terjadi lantas ALLAH Menggantikan baginya pasangan yang jauh lebih baik dan tinggi statusnya di sisi ALLAH atas sebab ia sabar menghadapi dugaan itu. Rasa bersyukur setelah mendapat ganti yang lebih baik itu lebih manis nilainya bagi ALLAH daripada kesusahan yang perlu dilalui sekiranya ALLAH Mengizinkan kamu bersama-sama si dia yang tidak layak untuk memilikimu. Alangkah Penyayang nya ALLAH pada kamu, Dia tidak ingin membiarkan hamba Nya berduka akibat tersalah pilih, lantas Dia Menghadiahkan pasangan yang secocok bagimu setelah permulaan yang payah bagimu.
Dia pertemukan dirimu dengan orang yang salah bukan untuk menzalimi mu tapi lupakah kamu, dunia ini, mati dan hidup adalah ujian bagimu untuk menguji siapa di antaramu yang lebih baik amal kebajikannya. Sekiranya manusia tahu, sudah pasti mereka akan bersyukur setiap kali ALLAH Menimpakannya sesuatu yang kurang elok pada penglihatan kasarnya. Subhanallah. Bukankah Dia Menguji hamba-hamba Nya kerana kasih sayang Nya yang melimpah ruah kepada mereka :)

ALLAH juga sengaja menemukan kita dengan sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk kita semata-mata sebagai suatu latihan supaya kita dapat menjadi seorang penilai yang lebih baik pada masa akan datang. Nilailah sesuat dengan menggunakan neraca iman dan Islam bukanlah menggunakan neraca nafsu kerana nafsu itu ibarat air laut yang bila mana diteguk ia bukannya dapat menghilangkan dahaga malah sebaliknya ia menjadikan tekak berasa lebih haus. Sesuatu yang dinilai dengan menggunakan hawa nafsu sebagai neracanya sudah semestinya akan menemui kegagalan jua akhirnya; oleh sebab itulah, sekiranya ALLAH Letakkan titik noktah pada sesuatu hubungan ataupun sesuatu yang kamu miliki, katakanlah Alhamdulillah; mungkin juga itu adalah peringatan ALLAH kepada diri kita bahawanya kita telah melakukan sesuatu kesalahan dalam usaha memilikinya. Oleh itu, sentiasalah memperbaharui taubat dan improvasikan niat masing-masing supaya setiap amal perbuatan kita dinilai baik pada sisi ALLAH


Sedarkah kita semua, setiap kali kita kehilangan sesuatu daripada tangan kita sesudah kita berjaya memilikinya, kita akan berasa sangat patah hati dan berduka lara. Pada saat itulah kita paling dekat dengan ALLAH, pada waktu itulah kita akan lebih kerap sujud di tikar sejadah memohon pertolongan Nya. Maka, betullah di sebalik kesulitan itu sudah pasti ada kesenangan yang menanti diri ini. Bukankah ALLAH telah berjanji kepada umat manusia bahawasanya ALLAH akan sentiasa memakbulkan doa hamba-hamba Nya yang ikhlas serta bersungguh-sungguh memohon kepada Nya? Maka berbahagialah kiranya apabila kita sentiasa dilanda sesuatu musibah kerana musibah itu sebenarnya hadiah terbesar ALLAH bagimu, kerana itulah peluang yang ALLAH berikan kepadamu untuk dekatkan dirimu kepada Nya. Sedarlah bahawa kita hanya insan kerdil yang tidak mampu berbuat apa-apa pun tanpa pertolongan dari Nya.


Cinta yang hancur punah-ranah serta hati yang kononnya hancur berkecai akibat cinta yang tak kesampaian; itulah anugerah ALLAH untuk kita lebih menghargai erti cinta yang sebenar. Bukankah itu semua berupa peringatan ALLAH kepada kita? ALLAH sentiasa sayang akan hamba-hamba Nya oleh itu Dia cuba Mengembalikan kita sesudah kita hanyut dan jauhkan diri daripada jalan yang Dia pilih untuk umat manusia; jalan yang pernah dilalui oleh Rasul-Rasul ALLAH pada suatu masa dahulu yang telah Dia warisi kepadamu pada hari ini. Punahnya satu hubungan dengan si dia adalah untuk menghubungkan cinta di antara dirim dengan Pemilik hatimu yang selama ini sentiasa sedia menanti kepulangan hatimu yang telah kamu curangi sehingga sanggup kamu kotori dengan cinta palsu yang penuh dengan kehinaan duniawi yang melalaikan. Kenapa sanggup diberikan hati itu kepada si dia yang tidak layak sedangkan kamu tidak pernah meletakkan ALLAH dan Rasul-rasul Nya sebagai yang utama di hatimu terlebih dahulu. Hubungkanlah terlebih dahulu hatimu dengan Pemilik hati tersebut maka yakinlah bahawa ALLAH akan Memudahkan bagimu segala urusan-urusan mendatang. Hatimu akan ALLAH Serahkan kepada si dia yang sama-sama menjaga hatinya yang jauh lebih layak untuk memiliki hatimu yang tulus itu inshaALLAH



Bukankah kesemua ini menunjukkan betapa Pemurah serta Penyayang nya ALLAH terhadap hamba-hamba Nya, Dia sentiasa ada untuk hamba-hamba Nya sehingga urusan hati pun ALLAH titik beratkan sehingga tiada seorang pun terlepas daripada pandangan Nya. Sekiranya ibu bapa sangat bimbang akan urusan jodoh si anak-anak mereka, apatah lagi ALLAH yang Maha Memiliki ini, segala-galanya yang ada di langit dan bumi serta di antara kedua-duanya ini adalah milik Nya, oleh itu, seharusnyalah Dia berasa bimbang sekiranya kita memilih sesuatu yang bukan milik kita.


Teringat pula ana pada kisah Ummu Sulaim binti Milhan yakni pemilik mahar yang paling indah dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu. ALLAH memberikannya nikmat Iman dan Islam yang sungguh manis bagi si dia yang dijanjikan syurga oleh ALLAH seperti yang telah diriwayatkan oleh Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Aku masuk ke syurga lalu terdengar suatu suara di hadapanku. Ternyata beliau ialah al-Ghumaisha' bintu Milhan" hadith riwayat Bukhari

Pada awal kisah Ummu Sulaim ini,sebelum keislamannya, beliau adalah permaisuri bagi rumah tangga yang dinakhodai oleh Malik bin an-Nadhar. Hasil penikahan tersebut, mereka dianugerahkan ALLAH seorang putera yang baik budi pekertinya iaitu Anas bin Malik,seorang periwayat hadith sohih yang tersohor sehingga ke hari ini. Sejak hari pertama memeluk Islam, Ummu Sulaim telah menyajikan keteguhan peribadi yang sungguh menkagumkan dan layak dijadikan ikutan umat kemudiannya. Pada ketika beliau melafazkan kalimah syahadah dan berbaiah untuk memeluk Islam, suaminya yang pada ketika itu masih belum memeluk agama Islam berada di luar Madinah.

Sejurus selepas pengislaman Ummu Sulaim, suaminya yang masih musyrik itu kembali seraya memarahi beliau dan mengatakan bahawa Ummu Sulaim telah murtad daripada agama asalnya pada ketika itu. Ummu Sulaim bermati-matian meneguhkan pendiriannya mengenai pengislamannya seraya memimpin tangan anaknya, Anas lalu mengisyaratkan supaya Anas turut sama melafazkan kalimah dua syahadah itu, maka dituruti oleh puteranya tersebut. Malik bin an Nadhar berasa sangat marah melihat perbuatan isteri serta anak kesayangannya itu lantas memulakan perjalanan ke Syam, tetapi pemergian itu menjanjikan suatu noktah dalam hubungan kekeluargaan itu apabila beliau mati dibunuh oleh musuhnya dalam perjalanannya itu


Penikahan yang di antaranya muncul suatu perbezaan yang amat besar yakni perbezaan agama da kefahaman. Si isteri telah ALLAH pilih untuk diberikan kefahaman dalam Islam serta keyakinan tauhid yang sebenar-benarnya lagi utuh kepada Tuhan yang Maha Esa, sebaliknya si suami masih lagi belum mendapat kefahaman yang sehebat si isteri. ALLAH mematikan si suami dalam keadaan si suami masih lagi belum faham akan agama yang dianuti oleh si isteri dan anaknya. Namun, kedua-duanya redha dengan pemergian tersebut kerana mereka faham ajal maut dan jodoh pertemua semuanya telah ALLAH tentukan sejak azali lagi

Berkat kesabaran mereka, ALLAH Kurniakan pula bagi mereka kebaikan yang melimpah-ruah. Anas pada mulanya telah dibanjiri dengan kecintaan kepada Rasulullah SAW yang penuh mendalam hasil didikan Ummu Sulaim sendiri. Setelah Baginda tiba di Madinah, Ummu Sulaim mendatangi Rasulullah SAW dan meminta Rasulullah mendidik dan mendoakan kebaikan untuk puteranya itu. Hasilnya, Anas berjaya mendapat bimbingan serta asuhan di rumah Rasulullah yang kemudian meletakkan Anas bin Malik sebagai salah seorang sahabat yang terkemuka di kalangan para sahabat Rasulullah yang lain.

Penikahan kali pertama yang gagal menemui kebahagiaan yang optimum akibat keengganan si suami daripada mengikuti ajaran Islam yang sebenar-benarnya bukanlah suatu titik noktah dalam kehidupan seorang yang teguh imannya seperti Ummu Sulaim ini. Akhirnya ALLAH kurniakan baginya seorang lelaki yang ingin melamarnya sebagai seorang isteri, namun begitu ALLAH Mengujinya dengan mendatangkan seorang musyrik, Abu Talhah al-Anshary; seorang yang berpengaruh dalam masyarakat pada ketika itu. Lamaran pertamanya ditolak namun apabila Abu Talhah mendatanginya kali kedua, lamarannya diterima dengan syarat Abu Talhah sanggup membayar mahar yang berbentuk keislamannya. Hasil penikahan yang maharnya terlalu istimewa ini, mereka dianugerahkan ALLAH kebahagiaan yang tidak berbelah bagi berkat doa Rasulullah SAW. Baginda pernah diriwayatkan mendoakan supaya Ummu Sulaim dikurniakan anak yang baik.


Lihatlah..Ummu Sulaim, pertama kalinya, beliau dikurniakan ALLAH seseorang yang bukan untuknya, si suami yang bukanlah jodoh untuknya, secara logiknya, apakah layak seorang yang baik itu pasangannya seorang yang ingkar pada perintah ALLAH, sungguh jawapannya sudah pasti TIDAK. Namun berkat kesungguhan serta keyakinannya, kehidupannya lebih bahagia apabila ALLAH memilih Anas untuk dibesarkan serta diasuh oleh Rasulullah SAW sendiri. Begitu tinggi darjat si anak itu sehinggakan sehingga kini nama Anas bin Malik begitu sinonim dengan hadith-hadith sahih yang diriwayatkannya. Tidak kurang hebatnya, Ummu Sulaim juga banyak diingati atas sikapnya yang begitu telus dan iman yang mantap terhadap ALLAH dan Rasul Nya sehinggakan namanya disebut sebagai salah seorang yang dijamin syurga. Sungguh ALLAH itu Maha Penyayang.

Inilah hadiah serta ganjaran bagi mereka yang yakin akan janji ALLAH. Bayangkan jika Ummu Sulaim memilih untuk memilih Malik, suaminya mengatasi kepentingan agamanya, maka sungguh,itu adalah suatu yang amat merugikan baginya. Alhamdulillah dirinya telah dimuliakan oleh Tuhan nya yang telah memilih dirinya untuk diangkat darjatnya di akhirat kelak. Moga-moga roh nya sedang bersenang-lenang pada detik ini, moga-moga kita semua dapat mengambil ibrah daripada pengalaman hidup pemilik mahar yang istimewa ini. InshaALLAH bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita pada hari ini.




Inginkah kita mengikuti perjalanan kehidupan yang sungguh menarik dan indah seperti kisah Ummu Sulaim ini? Sudah bersediakah untuk menghadapi apa jua rintangan jika benarlah pasanganmu hari ini, bukanlah ALLAH Ciptakan untuk menghiasi dirimu? Syukurilah setiap nikmat ALLAH dan hargailah cinta Ilahi kerana melalui cinta yang mendalam terhadap Nya lah, kita dapat mengelakkan diri kita daripada terjerabah dalam kancah cinta buatan manusia ini


Wallahua'lam