Sunday 22 August 2010

Realiti Ummah dan Tamak orang Mukmin


assalamualaikum wbt... :)

Today's reality..



























Persoalannya hari ini...
Adakah kita ingin membiarkan keadaan ini berterusan dan berlanjutan sehingga datangnya bala ALLAH yang bertubi-tubi ke atas umat Islam?
Bukankah ALLAH telah Menjanjikan kemenangan yang hakiki kepada umat Islam di akhirat kelak, yakni kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh mempertahankan agama ALLAH?
Bukankah pernah ALLAH Janjikan kemenangan kepada agama Nya di dunia ini sekaligus mengalahkan kesemua 'agama-agama' palsu yang lain?
Kenapa kita masih ragu-ragu untuk mulakan our first step untuk membantu agama ALLAH
Ada kah lagi bibit-bibit keraguan dalam hati kita apabila Ya Rabb Menjanjikan sesuatu?
Pernahkah Kalam ALLAH itu berdusta?

TIDAK!!
dan
TAKKAN PERNAH!!

Yakinlah antum antunna
Kita hidup di dunia ini cuma sementara waktu
Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang memberitahu kita secara jelas bahawa kita datang sebagai seorang ghuraba'-stranger di muka bumi ini dan akan kembali as ghuraba juga kelak. Oleh itu bersenang hati lah bagi mereka yang tergolong dalam golongan ghuraba itu

Memang...
Mungkin masih tak ramai yang yakin
Namun...
ingatlah bahawa
sudah ramai jua yang sanggup bermati-matian demi menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini...
Sudah ramai...
cuma mungkin kita sahaja yang masih belum celik mata
atau
sengaja memekakkan telinga apabila dikhabarkan kepada kita
mungkin jua kita sengaja menutup mata apabila kes-kes berkenaan ditontonkan kepada kita

nauzubillah

Mahukah kita meraih kejayaan yang paling hakiki di sisi ALLAH?

Apakah itu?

Kejayaan yang sebenar adalah
apabila kita dapat menjauhkan diri daripada azab neraka
DAN
meraih syurga ALLAH

Ingatlah..
orang Mukmin akan sentiasa berasa tamak terhadap apa yang ada di sisi ALLAH
namun
yakinlah
bahawa keinginan sebegitu teramat manis dan lazat
kerana
ia adalah pencetus semangat untuk kita lebih memperbanyak amal untuk mendekatkan diri kepada ALLAH
tiap-tiap detik berlalu dirasakan makin menghampirkan diri kita kepada ALLAH

Kenapa perlu kita berasa tamak dengan kemewahan duniawi yang hanya bersifat temporary sedangkan yang ada di sisi ALLAH itu bersifat kekal?

Tamak yang itu lebih manis dan lazat rasanya... :)

Memang semua berjalan menuju keredhaan ALLAH
cuma persoalannya
Adakah sama yang berada di hadapan dengan yang ketinggalan di belakang?

InshaALLAH
semua akan memasuki syurga,
tetapi
samakah
orang yang berada dalam rombongan pertama memasukinya dengan golongan yang dapat memasukinya hanya setelah bertahun-tahun menunggu di padang masyhar?

Oran mukmin akan berasa lega hanya sesudah kedua-dua tapak kakinya melangkah ke syurga
dan
berjaya melintasi pintu syurga beberapa langkah

Subhanallah

Semoga kita termasuk dalam golongan yang terawal itu

InshaALLAH

amiiin

:)