Saturday 21 August 2010

Melayu or Islam?

assalamualaikum wbt...


Untuk apa kita bersatu?
Bolehkah Melayu bersatu?

Kenapa tiba-tiba kita perlu bersatu?

[renungkanlah sejenak...]


Intipati perbincangan:

Perkara yang asas: KENAPA KITA NAK BERSATU?
Jika sesuatu ummah ingin disatukan atas persatuan mengikut suatu bangsa, ayuh kita muhasabah diri kembali dan renung kembali sejarah-sejarah yang pernah berlaku dalam tamadun dunia sebelum ini

-dalam sejarah Kesultanan Melayu, ramai sultan-sultan Melayu sesama sendiri, ia tidak sedikitpun menggambarkan kesatuan atas rumpun bangsa melayu suatu masa dahulu

- Adakah perlu perpaduan kita hanya berasaskan BANGSA yang belum tentu terjamin utuhnya ataupun mahukah kita memilih sesuatu yang lebih konkrit yakni AGAMA ISLAM itu sendiri, yang utuhnya tiada tolak bandingnya..
Mahukah kita hidup serumpun sebagai bangsa MELAYU semata-mata sedangkan perpaduan dalam agama masih belum pasti? Masih belum ternampak dek penglihatan kasar, masih bergaduh sesama sendiri semata-mata untuk menegakkan perpaduan BANGSA

-ulama' dipinggirkan kerana pandangan mereka itu kononnya sudah tidak selari dengan arus pemodenan BANGSA melayu itu sendiri..ADAKAH pemikiran skeptikal sebegini yang ingin kita wariskan kepada generasi akan datang? Sekularisme kan pemikiran supaya bangsa kita lebih maju tanpe mengendahkan sedikitpun kepentingan agama. Adakah ini bakal menjamin kebahagiaan hakiki? Tidak takutkah kita akan bala bencana serta kemurkaan ALLAH kelak apabila kita telah pisahkan agama daripada hal kehidupan seharian??

nauzubillah

- Kini, makin ramai yang sanggup mengenepikan kepentingan agama semata-mata untuk mendapatkan 1 rumpun bangsa Melayu yang berjaya dan merdeka sedangkan tanpa sedar, kita sentiasa berada di bawah dan sentiasa juga dijajah oleh bangsa lain yang nyata-nyata lebih advance dan maju. Kenapa perkara ini masih terjadi? Fikir-fikirkanlah sejenak. Adakah mampu suatu bangsa itu naik apabila agama nya disisihkan? Bangsa lain bermati-matian mahu jatuhkan bangsa kita, tanpa kita bersungguh-sungguhan menolak agama kerana ingin menjaga hati dan perasaan mereka. Ya ALLAH!! Masih belum celikkah mata kita? Kita buang agama untuk kesejahteraan sejagat, KONONNYA, tapi kita masih belum berjaya mendapatkan perpaduan itu malah kita masih berada di bawah, dijajah pemikiran dan segala-galanya..

Pendapat peribadi ana, tiadalah boleh maju sesuatu bangsa itu jika tidak disandarkan atas sesuatu yang lebih konkrit yakni AGAM ISLAM itu sendiri.

Ada apa dengan bangsa Melayu??

Apa istimewanya bangsa Melayu??

Bukankah ISLAM itu lebih NYATA KEBENARANNYA?
Lihatlah kembali sirah Rasulullah SAW..
Ia mampu menyatukan golongan jahiliyah yang berasal dari keturunan dan bangsa yang pelbagai
ia juga mampu menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin pada suatu peristiwa hijrah dahulu
dan
banyak lagi contoh lain..

Masihkah kita belum sedar??




Source:


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
bekas mufti Perlis