Sunday 15 August 2010

DOA MUSTAJAB ATAUPUN TERHIJAB?? sambungan.. :)

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah bersua kembali kita pada hari ini
dengan berkat serta kurnia Nya, alhamdulillah pada hari ini masih dapat kita raikan nikmat dapat bernafas serta meneruskan kehidupan kita di dunia ini

seperti mana yang ana janjikan dalam 2 entri yang sebelum ini, ana ingin sambung perihal doa..
doa apakah yang mustajab dan doa apakah yang terhijab oleh Nya?
dan ingin juga ana selitkan bagaimana pula ALLAH makbulkan permintaan hamba-hamba Nya..
inshaALLAH jika mampu akan ana kupaskan dalam entri ini..
jika tidak, mungkin akan ana continue dalam entri selanjutnya

Pertama-tama kali, ingin ana ucapkan selamat berpuasa
mudah-mudahan dapatlah kita menjalani ibadah2 khusus dan umum dengan lebih khusyuk
dengan merasai kenikmatan iman dan islam yang lebih mendalam dan manis
inshaALLAH
:)

OKAY...
back to our main topic.. inshaALLAH
:D

Bagaimana ALLAH Makbulkan doa serta permintaan hamba-hamba Nya?

Di sisi ALLAH taala, untuk menyingkap persoalan ini, terdapat banyak makna serta tafsiran yang berlapis-lapis yang perlu dikupas terlebih dahulu agar kita semua mendapat idea yang lebih jelas perihal persoalan tersebut. Mudah-0mudahan perbincangan ini dapat meningkatkan tahap iman di dada kita terutamnya di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..subhanallah...

Ayuh kita semua, FASTABIQUL KHAIRAT!!
:D

AYUHHH!!


Sebagai solusi keluar daripada persoalan di atas, ayuh kita selusuri kembali hadith2 Rasulullah saw yang telah Baginda tinggalkan kepada seluruh umat manusia sebagai rujukan dan panduan hidup kita..

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;
"Tidaklah seorang yang berdoa kepada ALLAH dengan doa kecuali ALLAH akan memberikan kepadanya, samada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Ataupun disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan. Maka sahabat berkata,'Ya Rasulullah, bagaimana doa minta segera itu?' Baginda berkata,'Seseorang itu berdoa Tuhanku, maka Perkenanlah segera"
[Sunan al-Tirmizi, no 3968, menurut Abu Isa; hadith ini gharib]

p/s: A gharib, (غَرِيْب), hadith is one conveyed by only one narrator.

Menurut hadith di atas, maka para ulama' telah merumuskan bahawasanya doa itu diperkenankan ALLAH bersesuaian dengan kaedah serta kondisi doa itu sendiri seperti berikut:

1. Doa yang ALLAH Makbulkan segera sejurus setelah doa itu dipohonkan

- doa siapakah yang ALLAH Makbulkan serta-merta itu?Adakah semua doa akan ALLAH Makbulkan serta merta?
Kebanyakan doa yang diajukan oleh para Rasul dan nabi dikabulkan secara serta merta.
- Umpamanya doa Rasulullah SAW ketika menjelangnya perang Badar pada pagi Jumaat 17 Ramadhan, apabila kedua-dua belah pihak telah bersedia untuk berperang dalam peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam ketika di Madinah al Munawarah itu. Antara doa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah SAW pada saat itu adalah seperti berikut; " Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya ALLAH! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini "
- Akhirnya, ALLAH telah memakbulkan doa Rasulullah SAW dalam kadar yang segera,dengan cara menurunkan ribuan malaikat dari langit ke Badar untuk mengalahkan tentera Quraisy, maka ALLAH telah Memenangkan tentera Islam dan menerusinya, tamadun Islam di bumi gersang di Tanah Arab tersebar ke seluruh alam, Islam makin menemui sinar kegemilangannya sehinggakan semakin ramai yang memeluk Islam.
Alhamdulillah
- Doa Ibn Abbas r.a juga antara doa yang segera dimakbulkan oleh ALLAH ketika umat Islam sedang dilanda kemarau yang amat dasyhat. Sejurus selesai mendoakan hujan turun, belum pun sempat beliau menurunkan tangannya ke bawah, ALLAH terus memakbulkan doanya dengan menurunkan hujan lebat yang membasahi bumi serta menghentikan kemarau yang berpanjangan pada ketika itu


ALLAH pernah berjanji kepada kita semua menerusi firman-Nya yang bermaksud;
"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir kepada mereka. Aku Memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku"
[2:186]

2. Doa yang ALLAH Makbulkan pada waktu lain

Acap kali juga kita merungut apabila doa yang kita pohonkan kepada Nya walaupun bagi kita doa ini bertujuan untuk kebaikan, dan datangnya daripada orang yang baik akhlaknya dan perbuatannya, serta dilakukan menepati adab-adab berdoa yang baik pada waktu-waktu yang disarankan ALLAH tetapi hasilnya tak kunjung tiba, tidak juga ALLAH Makbulkan meskipun telah berulang-ulang kali kita pinta daripada Nya.
Apakah pula alasan kenapa senario ini boleh terjadi?

Tahukah kita semua bahawasanya penangguhan sesuatu doa itu daripada dimakbulkan ALLAH adalah bertujuan untuk mengujii seseorang hamba itu sehinggakan dia betul-betul bersedia untuk menerima nikmat-nikmat Nya.
Sebagai contoh, seseorang itu ALLAH Kurniakan kekayaan kepadanya, apabila ALLAH Yakin bahawa ia akan bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH itu, sebaliknya sekiranya nikmat kekayaan itu ALLAH Berikan kepadanya sebelum waktu tersebut, maka ia akan menjadikannya menjadi kufur.
Begitu juga apabila ALLAH Kurniakan kekuasaan kepada seseorang itu setelah ia telah merasakan tawaduk dan sifat adil supaya dia dapat menjadi pemerintah yang baik apabila ia sudah berkuasa kelak.

ALLAH Melambat-lambatkan sesuatu permintaan daripada dimakbulkan supaya dapat mengelakkan sesuatu nikmat itu daripada bertukar menjadi bala yakni istidraj. Jika pemberian itu sebelum masanya, pemberian ALLAH itu bolehlah menjadi suatu kutukan dan kemudaratan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada Nya. Oleh itu, sentiasalah berprasangka baik kepada ALLAH, setiap apa yang ALLAH lakukan sudah semestinya bertujuan untuk mendatangkan kebaikan kepada kita semua. Penangguhan sesuatu doa itu juga boleh dilihat sebagai betapa banyaknya kasih sayang ALLAH terhadap kita semua, kerana Dia hanya mahu memberikan sesuatu kebaikan kepada hamba-hambaNya serta menangguhkan ataupun menghindarkan terus sesuatu yang tidak baik kepada kita semua.


"Sebab kadang-kadang ALLAH Memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana ALLAH sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba Nya itu kepada Nya"
[Prof Dr K.H. Muhibbuddin Waly menerusi bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf]

3. Dihindarkan bahaya


Kadangkala, pada lahiriahnya doa kita tidak ALLAH Makbulkan lantas kita akan mula bersungut dan mengeluh yang bukan-bukan sedangkan jika kita mengetahui betapa hebatnya ALLAH dalam memakbulkan doa-doa itu, pasti kita akan tertunduk malu kepada Nya.
Pernahkah kita nyaris-nyaris meninggal dunia apabila terlibat dalam sesuatu kecelakaan ataupun kemalangan jalan raya? Setelah itu, ALLAH Selamatkan kita daripada mala petaka itu serta menyembuhkan kita daripada penyakit-penyakit yang kronik, sebagai ganti apa yang telah kita doakan.
Hakikatnya, tidak ramai yang sedar akan perihal ini kerana lain yang kita pinta, lain pula yang ALLAH Makbulkan dan kurniakan kepada kita.
Namun, jika kita teliti kembali, kerap kali apa yang kita pinta itu tidaklah seberapa, namun apa yang ALLAH Berikan sebagai ganti itu jauh lebih besar dan bernilai ertinya daripada itu.
Misalnya, kita minta kejayaan dalam pelajaran sebaliknya ALLAH hindarkan kita daripada penyakit-penyakit kronik yang sedang melanda dunia eg H1N1 pada suatu ketika dahulu. Pada suatu ketika dahulu, H1N1 menjadi suatu fenomena yang menggerikan dan menghantui semua pihak sehinggakan ada ibu bapa yang gusar dan bimbang apabila anak-anak ingin melanjutkan pelajaran di luar negara kerana kononnya di luar negara, mereka akan lebih terdedah kepada bahaya virus tersebut. Namun, apabila mereka di luar negara bukan sahaja mereka dihindarkan daripada penyakit-penyakit kronik sebegitu, namun ia dapat merasai nikmat Iman dan Islam yang lebih manis nilainya di bumi yang dipelopori oleh orang bukan Islam itu..
Subhanallah!!
Sungguh besar nikmat ALLAH itu kan? :D
Bukankah itu lebih baik daripada apa yang kita pohonkan?
ALHAMDULILLAH!!


Ingatlah apabila ALLAH pernah berfirman yang bermaksud;
"Difardukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi apa yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudharat bagi kamu. ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
[2:216]


4. ALLAH Berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat

Ingatlah sentiasa bahawasanya kehidupan di dunia ini hanyalah sesuatu yang bersifat sementara sebaliknya kehidupan di akhirat itulah yang bersifat kekal dan lebih tinggi nilainya di sisi ALLAH swt. Maka, beruntunglah kiranya jika kita beroleh sesuatu kurnia di akhirat jika ingin dibandingkan dengan apa yang kita peroleh di dunia yang kebahagiaannya hanya bersifat temporary

"Dan akhirat lebih baik dan kekal"
[87:17]

Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga lebih baik dan bernilai daripada sebutir mutiara di dunia memandangkan status kekalnya rumput itu di syurga berbanding mutiara yang bersinarnya hanyalah sementara. Itu barulah diumpamakan rumput di syurga, sesuatu yang kecil nilainya di mata kita selaku seorang manusia biasa. Jika rumput sahaja pun di syurga itu besar nilainya, bayangkanlah pula jika sebutir mutiara di syurga, maka apakah nilai taranya? Subhanallah!! Magnificent!!

Manisnya iman seseorang jika dapat merelakan apabila ada di antara doanya yang tidak ALLAH Makbulkan di dunia ini kerana ia menginginkan sesuatu yang lebih bernilai di akhirat kelak sebagai gantinya. InshaALLAH, sungguh ALLAH tidak pernah berkata dusta kepada hamba-hamba Nya, maka sentiasalah berbaik sangka kepada ALLAH meski apa pun yang melanda diri ini.
Kadang-kadang ALLAH menangguhkan kekayaan yang kita dambakan di dunia ini kerana ALLAH ada perancangan yang lebih besar untuk kita di akhirat kelak.


Sekiranya seseorang itu dapat merasakan kemanisan iman, sungguh, ia takkan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH lalu ia takkan pernah merasakan jemu untuk terus berdoa malah takkan sesekali ia akan berputus asa meskipun doa tersebut masih belum/tidak dikabulkan ALLAH di dunia ini.
Bagi mereka yang yakin akan janji-janji ALLAH serta kehidupan di akhirat, mereka takkan berasa jemu untuk terus berdoa kerana baginya, doa itulah yang akan menjadi saham yang mereka beli untuk akhirat kelak

Bukankah banyak doa-doa yang mathur itu manfaatnya untuk kebahagiaan di hari akhirat?
Banyak di antara doa-doa yang diselitkan menerusi al-mathurat yang dibacakan setiap pagi dan petang itu bertujuan untuk minta dimatikan dalam keadaan iman, masuk ke dalam syurga dengan iman serta dihindarkan ALLAH daripada azab kubur serta azab api neraka, dipohonkan juga mudah-mudahan akan dibangkitkan kembali dalam keadaan yang beriman bersama-sama mereka yang berbuat kebaikan.

Antara contoh doa yang ALLAH anjurkan supaya menjadi amalan kita sebagai seorang individu muslim adalah yang bermaksud seperti berikut;
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan bagiku, dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"
[14:41]

5. Dijadikan kifarat kepada dosa-dosa


Kifarat ataupun denda adalah sesuatu yang dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu. Oleh kerana sebagai seorang manusia biasa yang tiada bersifat maksum seperti para nabi dan rasul, maka lazimlah bagi kita untuk sentiasa melakukan dosa samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Namun, ingatlah dosa itu adalah pendinding untuk kita mendapatkan bantuan, keampunan serta kasih sayang ALLAH, oleh itu kita perlulah sentiasa memperbaharui taubat dan mendoakan supaya ALLAH sentiasa Mengampuni dosa-dosa itu.

Namun, adakah kita dapat memberi jaminan bahawa setiap taubat kita itu akan diterima oleh ALLAH?Bagaimana pula dengan dosa-dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari itu? Itu lagilah perlu kita geruni kerana apabila kita melakukan sesuatu dalam keadaan yang tidak kita sedari, kita ada tendency untuk tidak berasa bersalah lantas tidak akan segera memohon ampun dan maaf dari Nya.
Maka, di sinilah doa-doa yang kita panjatkan kepada ALLAH itu memainkan peranannya. Ia boleh menjadi sebab untuk dosa-dosa kita yang lalu itu untuk diampunkan ALLAH walaupun bukan itu yang kita pohonkan kepada ALLAH.
Bukankah dalam entri sebelum ini, telah ana perjelaskan bahawa hanya orang yang mendapat taufiq dan hidayah Nya akan dilembutkan hati serta lidahnya untuk berdoa kepada ALLAH? Itupun antara petanda ALLAH sayangkannya. Namun, mungkin juga ALLAH akan melimpahkan kasih sayang Nya dengan cara yang lebih baik iaitu apabila ALLAH Mengampunkan dosa-dosa seseorang itu meskipun ia tidak meminta ampun kepada Nya.


Wallahua'lam

Jumpa lagi di next entry inshaALLAH
:)

RUJUKAN: Solusi isu #22