Wednesday 31 March 2010

hukum wish merry christmas

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥


apakah hukumnya kita wish merry christmas or merayakan festival2 keagamaan2 agama lain??

Q: adakah haram jika niat sebenar adalah untuk merapatkan hub silaturrahim dengan non-muslim?
bukankah segala2nya bergantung pada niat?

A: (by DR Zakir Naik. peace TV)

wish merry christmas adalah haram
kerana once we wish it indirectly we agreed wif wht non-muslims think
christmas dianggap sbg tarikh kelahiran nabi Isa a.s
yg diyakini oleh mereka sebagai anak kepada Tuhan

so...
jika kita terikut2 dengan budaya barat
senang2 melafazkan kata-kata merry christmas
konon-konon untuk merapatkan hubungan silaturrahim
namun
sebenarnya secara tak langsung
kita telah mengiyakan fahaman mereka itu
bukankah ianya salah di sisi syarak?

mengakui bahawa ALLAH itu mempunyai anak telah memesongkan akidah seorang muslim itu sendiri
sedangkan jika difikirkan secara logik,
anak hanya akan dimiliki setelah ada kemahuan seks
ianya seolah-0lah menghina ALLAH yang Maha Suci
sekaligus menafikan sifat2 mulia yang wajib ada pada ALLAH


nauzubillah


sekiranya betul tujuan anda untuk rapatkan hubungan silaturrahim\
ingatlah matlamat tak menghalalkan cara
jadi,
seandainya suatu ketika
kita perlu untuk minum arak, berjudi, buat maksiat semata-mata untuk rapatkan hubungan silaturrahim adakah ianya jua turut dimaafkan dari segi syarak??
jika begitu, makin ramai lah yang akan terpesong dari agama Islam
makin hancurlah ummah

wallahua'lam

Tuesday 30 March 2010

assalamualaikum...
sesiapa yang berminat untuk dapatkan slide asal POP surrey 2010
sila ke http://drop.io/popsurrey

mtk maaf atas segala salah silap dalam notes sblum ini
baek dan buruk semuanya datang dr ALLAH
namun
segala kekurangan itu disandarkan pada kelemahan diri ana yang lemah lagi hina ini


harap maaf kepada saudara Akmal Amri, penerangan anda sudah cukup jelas. jika dengar audio, memang banyak part ana tak sempat copy..tp ana post sbb ade permintaan..(1st ckp nak wat on9 talk, tp xberjaya on dat day, so ana ganti dgn notes tu)

Monday 29 March 2010

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥


jazakallahu khair kepada ustaz erfino atas input-input yang bermanfaat
semoga ilmu-ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain ini dapat menjadi saham kepada golongan-golongan pendakwah sebagai jaminan setelah terputusnya roh daripada jasad
setelah terputusnya hubungan di antara dunia dan akhirat

♥ ♥ ♥ ♥

kita seringkali menuding jari kepada orang lain apabila berlakunya suatu musibah dalam masyarakat
apabila kerajaan mulai longlai
nyaris-nyaris jatuh tersungkur sujud ke tanah
banyak pula kedengaran suara-suara sumbang yang mula menghentam pihak-pihak tertentu
masing-masing menolak kesalahan yang pada asalnya ada di bahu mereka kepada orang lain

kenapa kita menjadi manusia yang hina itu
bukankah segala-galanya berasal daripada kesalahan kita
tidak pernah mengenal erti sebenar sebuah kehidupan
tidak pernah meluangkan masa untuk merenung kembali saat-saat naik turunnya islam pada suatu ketika dahulu
mungkihkah jua kita seolah-olah menidakkan sunnatullah
menafikan bahawa islam akan tertegak jua pada akhirnya

jika difikir secara logik
bukankah seorang penulis skrip sesuatu drama itu akan menghasilkan penutup yang "happy ending" di setiap drama nya
supaya oenonton tidak lah terlalu jemu
setelah episod demi episod ditonton
akhirnya penyudahannya sangatlah tidak memuaskan
sudah semestinya akan kedengaran suara-suara sumbang yang akan mengkritik hasil kerja mereka itu lagi?
oleh kerana penulis skrip/pengarah memiliki sepenuhnya hak cipta terhadap karya yang dihasilkan nya, segala apa yang mereka inginkan adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan..
bukankah begitu?

jadi
adakah mustahil
apabila ALLAH telah menjanjikan kepada umat manusia sesungguhnya suatu ketika Islam akan tertegak kembali
keran ia adalah sunnatullah
peraturan ALLAH yang jatuh akan naik kembali
jadi..
mestikah kita ragu-ragu dengan kenyataan itu?
mahukah kita bergerak bersama-sama mereka yang sedang bertungkus lumus bekerja untuk melayakkan diri mereka mendaoat keberkatan itu

sesungguhnya dalam isu Palestine, apa yang terpenting bukanlah untuk mendapatkan keamanan itu
tapi
sebenarnya yang terpenting
adalah untuk meletakkan diri kita, diri umat Islam
sebagai orang yang layak untuk menerima keberkatan ALLAH itu
kerana
Palestine itu disebut berulang-ulang kali dalam risalah teragung ALLAH kepada umat nabi Muhammad SAW
(al-quran)
bahawa Palestine adalah sebuah negara yang diberkati ALLAH ( barakna )

tips-tips pintar telah diberikan dan diterangkan secara jelas oleh scholar islam ; Ibn Khaldun

♥ ♥ ♥ ♥

- The strength of the sovereign (al-mulk) does not materialize except through the implementation of the Shariah ….

- The Shariah cannot be implemented except by the sovereign (al-mulk).

- The sovereign cannot gain strength except through the people (al-rijal).

- The people cannot be sustained except by wealth (al-mal).

- Wealth cannot be acquired except through development (al-imarah).

- Development cannot be attained except through justice (al-adl).

- Justice is the criterion (al-mizan) by which God will evaluate mankind.

- The sovereign is charged with the responsibility of actualizing justice (Muqaddimah (M): 39; Rosenthal's translation (R): vol. 1, 80).


♥ ♥ ♥ ♥

sekiranya dilihat sekarang, di manakah level kita?
jika ana pandang kembali sejarah di negara ana sendiri,
ana tertanya-tanya di manakah kesilapan kita
bagaimana sesebuah negara itu ingin melayakkan diri untuk mendapatkan keberkatan ALLAH itu?
walau bagaimana pun tingginya ilmu di dada, namun jika tiada kuasa apalah gunanya
bagaimana untuk menegakkan syiar islam apabila tiada kuasa
kerana
setinggi-tinggi penilaian kepada sesebuah kerajaan itu adalah apabila tertegakkan syiar islam dalam segala apa urusannya
namun bagaimanakah untuk kita mendapat kuasa apabila semua orang bersikap acuh tak acuh?
apabila umat islam sendiri bertindak sebagai musuh kepada para ulama'
apabila umat islam sendiri memberi ruang kepada orang kafir untuk menang dalam perang psikologi mereka
umat islam, bangkitlah!!
ini bukan masa bermain-main
dunia ini sekadar ujian kepada kita
ia tidak lah sesuatu yang utama dalam hidup kita
sedangkan akhirat yang kekal selama-lamanya yang ingin kita tujui
sesungguhnya seorang musafir tidak dapat untuk berhenti berehat terlalu lama di suatu tempat persinggahan kerana pasti akan tiba jua saatnya dia perlu bangkit dan meneruskan perjalanannya menuju ke destinasi sebenarnya



♥ ♥ ♥ ♥

fikirkan lah apa sebenarnya destinasi yang anda ingin tujui?
mungkinkah ia suatu yang dapat dinilai dengan kebendaan?
dapat dicapai dengan pancaindera
ataupun
sesuatu yang nilainya tertinggi di pandangan ALLAH
(syurga)

wallahua'lam


♥ ♥ ♥ ♥

namun..
apalah guna nya ada sokongan ramai, jika tiadanya harta
tiadanya dana
berakhirlah kerajaan itu apabila dana-dana tidak mencukupi
adakah tinggi sesuatu kerajaan yang menang di hati rakyat namun tidak diiktiraf di mata semua kuasa-kuasa tertinggi dunia?
kerajaan itu cuma menunggu waktu jatuh sahaja
apabila tiba saat jatuh, maka jatuhlah ia

namun..
jangan bersedih
kun fayakun
apabila ALLAH mahukan sesuatu itu sebegitu, maka tiada apa jua lah yang dapat menghalangnya daripada terealisasi...
inshaALLAH
usaha yang dijalankan kini
adalah untuk melihat tertegaknya islam itu kelak
jika bukan dapat dilihat oleh pancaindera kita ini
mungkin jua ia akan terlihat pada pandangan mata generasi-generasi pewaris kita kelak
inshaALLAH generasi itu adalah generasi yang datangnya daripada kita...
dari seorang individu muslim
lahirlah keluarga muslim
jadi tidak mustahillah jika bukan kita yang berpeluang melihat kebangkitan Islam itu
doakan lah semoga anak-anak kita, cucu-cucu kita mampu melihatnya
bukan sekadar melihat
tetapi
bersama-sama turut serta di jalan ALLAH

AMIINNN...


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesu...ngguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu). (Al -Ahqaf [46] : 15)


Wallahua'lam


wassalam

audio POP by saudara AKMAL warwick

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥


untuk audio recording sila rujuk

http://www.4shared.com/file/251804616/834070ba/Antara_fateh_dan_kamal.html

http://www.4shared.com/file/251804637/c67122ae/sambungan.html

harap maaf atas very low quality
semoga dapat dimanfaatkan jua
inshaALLAH

intro POP 2010 surrey

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥


assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥


Antara fateh dan kamal

Sejarah

Apa kata ALLAH?

1. Kisah nabi Musa yang diulang2

- Yusof ayat 111

· “dan sesungguhnya kisah mereka memberikan pengajaran kepada mereka yang berfikir”

- Al-fath :23

· Berkaitan dengan sunnatullah yang berlaku sejak suatu masa lampau; tidak dapat diubah; peraturan2 ALLAH

Apabila sesuatu yang berada di luar kebiasaan bagi kita, kita tidak dapat menilai erti sebnar di sebalik sesuatu ; berada di kepompong yang lama; ---à shift ur paradigm (saYaP)

A. Kerajaan Turki Uthmaniyyah

· Ottoman Empire; pengasas Sultan Osman Gazi (1299-1324)

· Bukanlah da only khalifah pada ketika itu; bukanlah suatu kerajaan yang yang besar

a) Mewujudkan kuasa Islam lain di Andalus & Mammalik di Mesir

b) Meletakkan Islam sebagai asas untuk memartabatkan kedaulatan kerajaan itu

c) Menubuhkan jawatan Shaikh al-Islam

· Sultan Selim I Yawuz ( 1465-1520); perluasan kuasa

a) Serang kerajaan Mamalik yang bekerjasama dengan pihak musuh

· Sultan Sulaiman al-Qanuni ( Sulaiman the Magnificent)

a) Khalifah islam di seluruh dunia; sehinggakan namanya disebut2 dalam khutbah di banyak tempat di seluruh dunia

Flashback

Perang Ahzab/perang khandak;

hadith Rasulullah : “ sesungguhnya kota Constantinople akan ditawan dan akan dibebaskan; ketua yang mengetuai tentera itu adalah ketua yang terbaik dan tentera yang mengikutinya adalah sebaik2 tentera.” – sebagai motivasi kepada umat Islam

1453- Sultan Muhammad al-Fateh; mengetuai serangan ke Constantinople; dan Berjaya menawan kota itu – refer to video Youtube “the rise of Ottoman Empire”

Berjaya membawa 60 buah kapal merentasi gunung; melakukan sesuatu di luar jangkaan pihak musuh; mustahil untuk memindahkan kapal2 yang besar dan berat itu merentasi gunung2

Kejatuhan: apabila manusia (umat Islam ) mula menjauhkan diri daripada syariat ALLAH

Faktor2 terbesar kejatuhan Turki Uthmaniyyah

a) Sumbangan Mahmmed b. Bangi (1522-1573); seorang ulama’ pada masa itu; pendekatan yang sedikit keras; menetapkan setiap apa yan Rasulullah SAW tak buat sebagai bida’ah; mewujudkan banyak yang menentang

Membantah polisi kerajaan; menidakkan segala perbuatan orang lain itu betul; hanya kuasa kerajaan yang betul -à mewujudkan perpecdahan ummah

Apa kaitan dengan kita? – kerajaan kita? Kita?

b) Kebangkitan kuasa serantau; banyak wilayah cuba untuk keluar daripada jajaahan Turki Uthmaniyyah

c) Revolusi Perancis 1789 - rakyat bangkit menentang kerajaan ; kerajaan Uthmaniyyah menghantar ramai cendeiakawan2 untuk belajar ke negara2 Barat; terpengaruh dengan pemikiran Barta; mereka menganggap bahawa kerajaan yang berkuasa mutlak itu yang menimbulkan permasalahan kepada semua; memberontak à menjatuhkan Turki Uthmaniyyah

d) Th e Young Turks

Apa kaitan dengan Palestine?

a) Palestine- centre of the world; tak pernah bergolak kecuali ketika Palestine berada di bawah pemerintahan Islam

Refer- Salehuddin al-Ayubbi; menawan kembali Constaninople

ditawan kembali oleh kerajaan Mameluk di Egypt;

Ottomans – Suleiman membina kembali dinding2 yang telah runtuh akibat peperangan

British Mandale of Palestine (1917)

Kewujudan State of Israel

b) Palestine dan Ottoman;

Sultan Abdul Hamid II (1876-1989)

· Berpendidikan Barat

· Membina istana yang dibina sepenuhnya daripada emas; memotong bajet untuk membina kapal2 perang


** pembetulan ---- > yang membina istana daripada emas itu ialah pakciknya, bukan dia. Cumanya dia ada bersama pakcik dia semasa pakcik dia dapat ilham di Paris (Palais de Versailles) untuk bina istana tu. Nama istana tu ialah Dolmabahce



· Meninjau perdana menteri yang terkenal Midhat Pasha (1822-1885); dikenali umum sebagai seorang yang kaki arak sejak muda; namun ia bukannya alas an yang kukuh untuk Sultan memecat beliau

· MIdhat Pasha dipecat atas beberapa alas an yang telah membutikan bahawa beliau pernah terlibat dengan kejatuhan beberapa pemerintah Islam sebelum ini

· Mansuhkan tahzimat

· Memperkenalkan Pan Islamisme - ajak kembali umat Islam untuk kembali ke jalan ALLAH ; usaha dakwah ; dan merapatkan jurang di antara masyarakat

· Hutang Perang Rusia;

Apa kaitan dengan Palestine

Kewujudan Zionis di Basel, Switzerland (1897)

· Kepentingan untuk mewujudkan sebuah negara untuk orang Yahudi untuk membela hak2 orang Yahudi yang teraniayai; antara 3buah Negara yang dicadangkan untuk penubuhan Negara itu, Palestine telah dipilih

· Menemui Sultan Abdul Hamid; namun baginda sekeras2nya meneguhkan pendirian untuk tidak menyerahkan Palestine kepada pihak Zionis; refer to ayat baginda di Youtube; Palestine hanya akan dimiliki oleh orang Yahudi apabila kerajaan Turki Uthmaniyyah dijatuhkan

· Sultan Abdul Hamid dipecat- kehadiran delegasi yang datang membawa berita pemecatannya bersama2 seorang wakil Yahudi ; sesungguhnya ummah mahukan engkau diturunkan

· Khalifah/pemerintah boneka- Mehmed V dan Mehmed VI

· Kesultanan dimansuhkan

· Revolusi Arab (1916) – orang Arab sendiri merasakan diri mereka dijajah; secara logiknya khalifah sepatutnya berasal daripada orang Arab memandangkan Raslullah SAW sendiri asal keturunannya adalah berketurubab Arab; apakah layak seorang berketurunanTurki tiba-tiba menerajui pemerintahan Islam sebagai seorang khalifah

· Lawrence of Arabia- mampu menjadi sebahagian di wilayah Arab; à pemberontakan beramai-ramai oleh orang Arab sendiri; memusnahkan landasan kereta api yang telah dibina oleh Sultan Abdul Hamidà menhapuskan punca pendapatn mereka; kebanyakan nya pada suatu ketika sebelum itu,menjadi perompak, penyamun merampas barang dagangan orang Arab

· Mustapha Kamal Attartuk

Dikatakan berketurunan Yahudi

Strategi mencabut paradigm khalifah

Sebaik sahaja menjadi pemimpin di Turki, dia mengajar how to dress; memansuhkan pemakaian yang bercirikan Islam; memansuhkan penggunakan tulisan jawi/bahasa Arab; memperkenalkan tulisan Roman; enforce semua orang menggunakan tulisan itu, kalau tak ikut mereka akan dipenjarakan dan dikenakan hukuman

System khalifah dimansuhkan

Penguatkuasaan larangan memakai pakaian bercirikan islam

Pemansuhan kalendar2 hijrah

Memansuhkan undang2 islam- hukum syariat Islam di epringkat kekeluargaan

System banci di kalangan masyarakat Turki

Azan dalam bahasa Turki

Wanita diberikan hak/kuasa mengundi

Penghapusan tulisan Arab dan penggunaan tulisan Latin dikuatkuasakan

Cuti umum ditukarkan dari hari Jumaat kepada hari Ahad

Diberikan gelaran attartuk oleh orang British

Krisis Palestine

Yahudi dan Palestine

1. 3pilihan- Palestine, Uganda, Suriham

2. Larangan untuk orang Yahudi tinggal di Palestine oleh Sultan Abdul Hamid

3. Memperkenalkan visa untuk orang Yahudi masuk ke Palestine; dibenarkan untuk stay there untuk suatu tempoh masa yang pendek sahaja

4. Tawaran bantuan:

a) Bayar hutang yang bernilai berjuta2

b)

Sebagai balasan, orang Yahudi menginginkan penempatan Yahudi dibenarkan untuk dibina ; Yahudi boleh lawat bila2 masa dan selama mana yang mereka mahukan -à ditolak oleh Sultan Abdul Hamid

Tawarkan 150 juta kepada Sultan Abdul Hamid (rasuah) tetapi sultan tidak menerimanya

Penyingkiran Sultan Abdul Hamid

Revolusi Arab

Palestine: Barakna – tanah yang diberkati ALLAH refer: surah al-Isra’

- Analogy: Buah2 yang datang dari tanah2 di Palestine adalah yang terbaik; tanah yang diberkati ALLAH

Apa peranan kita?

Kita memerlukan kuasa untuk mengembalikan kegemilangan Islam; dahulu apa yang berlaku adalah apabila wujudnya khalifah yang berpegang teguh dengan hokum ALLAH, kerajaan Islam itu dapat dipertahankan

Apakah perasaan kita apabila mengetahui isu2 Palestine?

Adakah kita merasakan bahawa mereka yang teraniayai di Palestine, itu berdaudara dengan kita

Persoalan yang paling nyata:

Bukanlah adakah agama ALLAH akan menang jua akhirnya?

Adakah orang Palestine akan stop dianiayai?

Bukan

Janji ALLAH adalah nyata

ALLAH telah menjanjikan kemenangan yang nyata kepada umat Islam kelak;

Namun persoalannya, adakah kita mahu terlibat/ turut serta dalam perjuangan mengembalikan keagungan agama ALLAH di mata dunia?

Selemah2 iman adalah mencegah sesuatu kemungkaran dengan iringan doa; mencegahnya dengan hati..

Yakinlah bahawa Plaestine akan dimiliki lagi.. Palestine akan aman lagi dengan ketaatan amalan soleh. Ayuh lah rijal..kembali ke jalan ALLAH yang Satu

Pertolongan ALLAH akan datang

Yakinlah!!

Masa depan Islam:

Islam akan naik kembali dan menerajui pucuk pimpinan di dunia

Akan hadir pula zaman khalifah atas manhaj kenabian kelak

Hadith Rasulullah SAW

1. Kenabian

2. Khalifah ar-Rashidin

3. Pemerintah yang menggigit (masih berpegang pada hukum2 ALLAH)

4. Pemerintah yang berbentuk dictator

5. Akan hadir pula zaman khalifah atas manhaj kenabian kelak

Apakah pentingnya pemisahan kuasa/ separation of power

Sultan dan sheikh perlukan each other

Sultan

sheikh

Perlukan sheikh untuk pengiktirafan posisi nya as a leader; sheikh akan menetapkan fatwa sesuatu

Perlukan sultan untuk mempolisikan hokum-hakam agama dalam pelaksanaan/penguatkuasaan sesuatu peraturan itu

Tiada kuasa melantik sheikh; dilantik berdasarkan system monarki

Bukan dilatik oleh sultan, tak bekerja di bawah sultan (independent- boleh mengeluarkan fatwa tanpa takut ugutan/ pandangan kuasa atasan dalam pemerintahan islam)


Tanzimat

- pengstrukturan semula dalam system pentadbiran; menghilangkan kuasa sheikh

- codifying the law: semua perundangan dikodkan; bukan lagi berdasarkan keadaan dan situasi sesuatu jenayah

-sheikh sudah tiada kuasa kerana sebelum ini mereka yang mengeluarkan pandangan2 mengenai hukuman2/fatwa2 terbabit; apabila undang2 telah dikodkan/dibukukan,

-sultan Abdul Hamid menyedari keadaan ini

Wallahua’lam

Kata-kata saudara Akmal; wakil iluvislam ketika hadir ke POP Surrey 2010


** harap maaf ada kata2 beliau, xsempat nak salin. lagipun bateri laptop dah nak habis pada ketika itu.. harap maaf

sila refer to audio yang sy ade record tp harap maaf sekali lagi

very poor quality sebab typing diz post sementara record the recording

n harap maaf kerana saya duduk di barisan yang agak tengah, jadi sounds agak tak clear

inshaALLAH dpt dimanfaatkan

Saturday 27 March 2010

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥


what is haram for muslim when they are in muslim community is still haram wheneva they are eventhough when they live in non-muslim community..


Dr Zakir Naik

if u come back home n then u find out that ur mom is being abused by ur neighbour,
what will u do?
will u kill him?
will u beat him up?
will u do the same thing as what he had done to ur mom?

yeahh u might do the same thing
because u luv ur mom rite?


so
can u consider
who actually do u luv da most in ur life
yeah it shud be ALLAH
so y not u try to do the best that u can do
in order to protect some1 that u luv
show how much u luv ALLAH by worshiping him
by doing all those things that He asked us to do
n dont do anything that He dislike


amar makruf nahi mungkar

wallahua'lam

gtg...

Tuesday 23 March 2010

mati, hidup, persinggahan sementara

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

mati adalah suatu yang pasti
mati akan hadir jua dalam diari hidup kelak
samada kita mahukannya
ataupun kita bersungguh-sungguh cuba untuk menjauhinya
kerana
sunnatullah
sesuatu yang hidup akan mati jua akhirnya

tahukah kita kenapa ALLAH menyebut mati terlebih dahulu sebelum hidup dalam verse 2 surah al-mulk [2:67]

yang menciptakan mati dan hidup untuk Menguji kamu...

kenapa perlu mati dahulu barulah diungkapkan perkataan hidup?
adakah ALLAH silap?
ataipun penafsir itu salah tafsir?
tidak!!
sesungguhnya ayat-ayat al-quran tidak pernah silap
kerana ia datang secara langsung dari ALLAH
ini adalah kata-kata ALLAH
mungkinkah ALLAH yang Maha Teliti itu bisa melakukan kesilapan??

tidak

ALLAH menyebut sedemikian kerana sesungguhnya sebelum kita ditiupkan roh ke dalam jasad kita, ketika kita masih janin, kita pernah berada di suatu fasa yang dikenali mati
kerana taktala itu,
tiada lagi roh dalam jasad itu
kita mati ketika itu
kronologi itu terbukti jua dengan penemuan ahli-ahli sains
sesudah al-Quran turunnya beribu-ribu tahun yang lampau

kemudian kita dihidupkan kembali setelah ditiupkan roh itu
dan bagi mereka yang diizinkan ALLAH mengenal dunia ini,
bagi mereka yang ALLAH yakin mereka mampu mengharungi ujian terbesar yakni dunia
ALLAH benarkan ia dilahirkan
mengenal dunia
membesar
dan sehingga suatu batasan waktu
jasad-jasad ini akan kembali kepada ALLAH
roh akan dicabut kembali dari jasad-jasad itu
kemudian
bakal datang kembali fasa dihidupkan
yang kekal selama-lamanya
yakni
di alam akhirat


kronologi yang tidak pernah silap
Maha Suci ALLAH yang sentiasa Teliti dalam perancangan-Nya
tiada siapa pun dapat menjangkakan bilakah datangnya kematian
bilakah akan datangnya hari pembalasan
wallahua'lam

sesungguhnya
sudah pasti kita akan menempuh 2 kali kehidupan
dan 2kali kematian sepanjang kita bergelar makhluk ciptaan-Nya

:)

dan yakinlah bahawa ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya
yang sentiasa mencari keredhaan-Nya

cintailah mati seolah-olah anda akan mati pada saat ini
elakkan diri daripada mencintai dunia
kerana
dunia hanyalah tempat persinggahan yang sementara
setelah tiba waktunya, kita akan meninggalkan nya
kerana destinasi utama kita adalah akhirat sana
dunia diibaratkan Rasulullah SAW
umpama sepohon pokok tamar di tengah-tengah padang pasir
akan ku manfaatkan ia untuk berlindung daripada kepanasan
dan menghilangkan letih setelah penat berjalan
namun
aku tidak bisa melupakan destinasi utamaku
habis penat, kaki perlulah digagahkan kembali untuk menuju ke destinasi asal
meskipun seselesa mana pun tawaran yang dijanjikan oleh pohon tamar itu, namun aku perlu segera sedar bahawa pohon tamar itu tidak bisa meneduhkanku buat selama-lamanya
aku perlu keluar daripada zon selesa itu
dan meneruskan perjalananku di tengah-tengah panas itu
untuk tiba ke destinasi ku yang SATU

wallahua'lam




analogy: barber-pemuda berambut panjang

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

"sentiasalah berprasangka baik kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan sentiasa membantu mu, sentiasalah berprasangka baik kepada sesama manusia nescaya ALLAH akan permudahkan segala urusan untukmu"

ungkapan ini selalu ku dengar
meniti ruang legar telinga ku
yang telah diciptakan ALLAH
dengan tiada sebarang kecacatan yang nyata
ku bersyukur ya ALLAH
kerana
telinga ku didengari dengan kata-kata yang menyuburi hati
yang menyemai jiwa yang ikhlas untuk mu
sesungguhnya akan ku perlihara
kurniaan Mu ini daripada dicemari
dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya


apakah ertinya kata-kata itu?
taktala hati sedang kesunyian
kita terkadang alpa
apabila berada dalam kesusahan
terkadang kita mula menuding jari kepada orang lain
mula mencari-cari ketidakadilan ALLAH
nauzubillah

ustaz erfino pernah bercerita
ada golongan yang apabila berlakunya gempa bumi,
bencana-bencana alam yang lain
bukan lah menginsafkan mereka
malah membuatkan mereka makin sesat
ada yang semakin sangsi akan kewujudan ALLAH
nauzubillah

antara persoalan yang timbul
"jika ALLAH itu ada, kenapa semua ini terjadi?"
"di manakah keadilan ALLAH?"

soalan-soalan sebegini
makin hari makin banyak membanjiri media-media
makin banyak meracuni minda-minda muda
yang tidak menghayati islam dengan hati
hanya mewarisinya daripada ibu bapa
racun yang sangat berbisa ini
memerlukan penawar yang efektif
dan
diperlukan dengan kadar segera


adakah ALLAH betul-betul tidak adil???

adakah persoalan mereka yang ALLAH itu tidak wujud itu adalah benar????



fikir-fikirkanlah rijal-rijal sekalian

ustaz ada menyelitkan satu analogi yang sangat2 sangat mudah untuk difahami

kisahnya bermula apabila seorang lelaki berambut panjang pergi menemui seorang tukang gunting rambut yang terkenal di sebuah kota
pemuda itu sangat tidak mempercayai kewujudan ALLAH kerana baginya jika ada ALLAH tiada lagi orang-orang yang berani ingkar
akan lahirlah manusia-manusia yang bertaqwa
takut kepada ALLAH
dan
hanya sujud, berserah diri kepada-Nya


kenapa mesti ada yang ingkar?
kenapa masih ada lagi yang melakukan jenayah dan maksiat?

di mana ALLAH untuk menghukum mereka?
di mana ALLAH untuk menyelamatkan seseorang apabila beribu-ribu orang mati dalam bencana alam??

tukang gunting rambut lantas berkata:
percayakah kamu jika aku katakan kepadamu bahawa di kota ini tiada seorang pun tukang gunting rambut??

pemuda itu lantas menjawab dengan kehairanan:
kenapa kamu berkata sedemikian?
bukankah kamu adalah tukang gunting rambut??

tukang rambut tersenyum lantas menjawab dengan tenang"
jika kamu fikirkan secara logik,
jika ada tukang gunting rambut,
pantas kah lagi wujudnya mereka yang masih berambut panjang
yang rambutnya masih tidak terurus

sekiranya masih ada, perlukah disalahkan sepenuhnya kepada tukang rambut itu?
bukankah sesuatu yang ada itu tidak semestinya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua??
meskipun setiap kedai gunting rambut menawarkan servis-serivs yang menarik..
potongan harga
ataupun
memberi servis secara percuma
adakah semua orang akan datang kepada kami??


begitu juga ALLAH
ALLAH itu ada
tetapi jika kamu mencari-Nya
Dia akan sentiasa ada untuk mu
bagi mereka yang alpa
lupa akan ALLAH
maka
ALLAH akan mempermudahkan bagimu jalan yang telah kamu pilih
jika kamu pilih intan(ibaratkan umpama hidayah ALLAH),
ALLAH akan permudahkan jalan kamu itu
dapatlah kamu intan yang betul-betul bernilai
namun
jika kamu memilih untuk makin jauh dari sinar hidayah itu


jadi...
apakah persoalan itu wujud lagi dalam hati kamu??

sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kita sendiri tidak mengubahnya
[13:11]

lupakah kamu dengan verse ALLAH itu???
kembalilah kepada al-Quran

contohilah Rasulullah

nescaya mana-mana jalan yang kamu pilih akan ALLAH permudahkan
tugasmu adalah untuk memilih
jalan manakah yang kamu ingin selusuri


wallahua'lam







assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥



bersua kembali kita
syukur ke hadrat Ilahi
setelah mata terpejam buat seberapa ketika
kita masih lagi mampu untuk melihat dunia yang fana ini
zarah-zarah kecil udara masih lagi mampu dihirup ke dalam ruang legar sistem pernafasan kita
sungguh indah ciptaan Ilahi
tidak pernah seketika pun sistem-sistem dalam badan kita ini pernah terhenti
meskipun ketika kita tidak sedar
badan kita sentiasa berfungsi
ibarat mesin yang tidak pernah tahu erti penat lelah
malah ia lebih handal daripada mesin-mesin yang tersohor di mata dunia
tiada seorang pun di dunia ini yang mampu menandingi ciptaan ALLAH Yang Maha Esa ini


tampillah ke hadapan
jika pernah engkau menyaksikan ketidaksempurnaan dalam penciptaan-Nya
ALLAH mencabar kita berulang-ulang kali
pada permulaan surah al-Mulk
yang bermaksud
pandanglah engkau berulang-ulang kali ke langit ciptaanALLAH itu
dan
carilah engkau apa-apa cacat cela padanya
jika engkau masih tidak menemuinya
pandangkanlah pandangan mu sekali lagi kepadanya
dan carilah kecacatan itu
kerana
mungkin jua pada pandangan mata yang pertama tadi
matamu tidak terlepas pandang
carilah lagi
masih tak dapat mencari??
pandanglah sekali lagi dan carilah
nescaya meskipun kamu mengalihkan pandangan mu berulang-ulang kali ke langit untuk mencari kecacatan pada ciptaan-Nya itu
kamu tidak akan mendapat apa-apa
melainkan lelah semata-mata

adakah logik
sesuatu yang diciptakan oleh ALLAH Yang Maha Teliti itu ada cacat celanya?
adakah dapat diterima dek akal kita yang cetek ini sekiranya ALLAH yang pada-Nya terkandung Kesempurnaan yang tiada tolok bandingnya ini
apabila tiba saat Dia menciptakan sesuatu,
hasilnya adalah sesuatu yang tidak sempurna?
sedangkan Dia lah pemilik seluruh Kerajaan (al-Mulk) ini

bagaimana pula Dia dapat menghasilkan hasil seni yang kurang sempurna?
tidak mungkin lah..

oleh itu, wajarkah sekiranya diri ini memuji sesuatu yang dicipta-Nya melebihi Pencipta-nya?
layakkah jika diri ini mengagumi ciptaan-Nya melebihi Pencipta-nya??


mungkin jua ayat-ayat sebelum ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya
kenapa diri ini seolah-olah mengagung-agungkan akh
dalam usaha mencari suatu permata dalam diri ini untuk digilapkan
ana cuma menjadikan post-post sebelum ini sebagai contoh
pembangkit semangat ana
jika makhluk ciptaan-Nya yang lain di usia muda mampu menjadikan karya sebagai jalan untuk membawa seseorang yang lain ke jalan ALLAH , kenapa tidak diri ku yang hina ini menggunakan kemahiran yang tak seberpaa ini untuk berdakwah ke jalan ALLAH juga

mungkin selama ini, blog ini berlumuran dengan bahasa-bahasa rojak
yang mencemarkan bahasa kebangsaan orang Malaysia
ya, saya minta maaf
saya cuma menjadikan akh itu sebagai pemberi semangat
tetapi untuk mengkagumi ia melebihi ALLAH
itu adalah suatu yang mustahil

saya anggap semua ini datang dari ALLAH
dan segala apa yang saya post kan di sini
semata-mata bertujuan untuk memberi peringatan kepada diri sendiri
sekiranya diri ini terlupa kelak
al-maklumlah, diri ini hanya insan kerdil
yang terkadang bisa sahaja lupa
bisa sahaja hanyut
ini cumalah langkah-langkah awal dalam usaha mengelakkan "down" yang berterusan sekiranya apa-apa terjadi

sesungguhnya ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba-hamba -Nya
yang sabar dan yakin dengan Nya

dan
sahabat-sahabatku
sesungguhnya umat Islam itu bersaudara
dan sentiasalah nasihat-menasihati apabila ada di antara saudara-saudara mu ini membuat kesilapan
tegurlah ia dengan berhemah
atas dasar cinta dan sayang kepada ALLAH

dan sekiranya engkau melihat diri ku ini
terlalu lalai dengan urusan duniawi semata-mata
tiada post untuk jangka masa yang lama
tegurlah kerana mungkin pada saat itu diriku dibuai mimpi indah
tawaran dunia yang segala-galanya berbentuk angan-angan mat jenin
jika terlalu diikutkan, segala-gala yang telah ada pada kita akan hilang sekelip mata
namun
untuk dilepaskan angan-angan itu, hati terasa berat
itulah manusia
sentiasa terbuai dengan alunan muzik-muzik indah buaian dunia
yang jangka hayatnya cumalah sementara


Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia,

maka curigailah ia mengenai agamanya,

kerana

orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

- saidina umar r.a-


aku tidak inginkan mimpi ini berlanjutan
ku dambakan alam setelah tiba kematian
alam yang apabila kita kekal selam-lamanya di dalamnya
saat taktala yang muda takkan bertambah-tambah usianya
saat ketika kita tidak perlu gusar akan hal yang remeh temeh lagi


oleh itu
persibukkan lah diri kita
dengan salah satu dari urusan di atas
kerana sudah pasti kita akan memilih antara dua
meskipun jika pemilihan itu tidaklah secara nyata
jika kita tidak memilih untuk dunia, kita akan sibuk untuk mencari redha ALLAH di akhirat bersesuaian dengan cara-cara tertentu
di mana kita akan gunakan dunia ini untuk menghasilkan hasil tuaian yang enak-enak untuk dituai di akhirat kelak
ataupun
jika kita tidak memilih akhirat sekarang, kita secara automatiknya akan sibuk dengan aktiviti-aktiviti dunia
itu sunnatullah
kerana jika kita tidak melakukan sesuatu kebaikan, sudahj pasti kita akan melakukan sesuatu yang sebaliknya; kejahatan/lagho
jika kita tidak mengimpikan syurga, di mana lagi destinasi terakhir kita
nauzubillah
kerana tiada pilihan lain selain syurga dan neraka
kedua-duanya adalah pasti



WALLAHUA'LAM


Sunday 21 March 2010

tatapan di pagi hari ♥ ♥ ♥ ♥

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

sekarang jam menunjukkan angka 0518am
saat ini mungkin ada yang masih lena dibuai mimpi indah
mungkin juga ada yang sedang khusyuk studi
atau mungkin jua ada yang dah bersiap sedia untuk solat subuh
menjadi hamba yang taat kepada Pencipta nya

macam-macam dapat kita lakukan di keheningan pagi ini
jika diberi pilihan mungkin jua pada ketika ini, ramai yang sedang bermimpi pulang ke malaysia sejenak menjenguk ahli keluarga yang dirindui
mungkin sahaja kedengaran agak tak relevan
namun
hanya mimpi dan doa yang mendekatkan ahli keluarga yang terpisah jauh di seberang laut..
melihat harga tiket penerbangan yang makin hari makin mahal
hati bertambah gusar
hati bertanya-tanya
bilakah harga itu akan turun di bawah paras "merbahaya" itu?
mungkin juga harga itu sudah statik
tidak akan turun lagi...
mungkin jua
jadi, kami perlu bersedia dengan apa jua kemungkinan
inshaALLAH
setiap ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan kita dalam menanganinya..
inshaALLAH kami di sini kuat... :)

♥ ♥ ♥ ♥

sebenarnya dalam dingin pagi ini,
diriku menulis bukan kerana mengigau di siang hari
ataupun bukan kerana alasan-alasan lain yang tidak dapat kufikirkan pada waktu ketika ini
mungkin jua ALLAH tidurkan diriku awal malam semalam ada hikmahnya
dapatlah mata ini lebih awal melihat dunia
alhamdulillah
hari ini masih lagi mata ini dapat melihat keindahan alam ciptaan Ilahi
dapat lagi kaki ini berpijak di atas tanah-tanah yang sentiasa taat kepada ALLAH
menyatakan taat setianya dengan merelakan dirinya dipijak oleh manusia-manusia yang terkadang lalai dalam permainan hidup
tanah yang sentiasa bertasbih kepada-Nya
dalam kepekatan dan kedinginan di subuh hari
aku bangun
perut terasa lapar
jasad masih malas untuk bangun dari katil tempat jasadku terbujur sendirian semalaman

fikiran merewang-rewang memikirkan aktiviti-aktiviti yang ingin ku lakukan kelak
"nak makan, malas bangun..sekejap lagi lah"

RINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG......



alamak...
fire alarm berbunyi
aku tersenyum sendirian
selalu kejadian ini berlaku
taktala aku berasa amat malas untuk bangun dari lenaku
ya ALLAH
Engkau selalu memberikan aku kekuatan untuk bangun
keluar menghirup udara pagi
supaya aku kembali segar
bangun mengisi ruangan dingin pagi ini dengan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diriku ini
pertama-tama kali, sudah semestinya MAKAN!!
haha...
:p

♥ ♥ ♥ ♥

terasa bahagia di pagi hari
dapat bertemu dengan teman-teman Malaysia ku
dapat berbual-bual di lobi sementara menunggu hostel kami diperiksa
seorang ukhti london pun ada bersama-sama kami
kebetulan pagi ini
universiti kami ada menganjurkan satu program
Kursus Pengurusan Jenazah
ceramah akan diberikan oleh seorang tokoh terkenal
yang suka menyakat
yang bijak berceloteh
yang merdu mengalunkan lagu-lagu indah memuji keindahan ALLAH

ustaz erfino johari

♥ ♥ ♥ ♥

terasa seperti ada yang belum selesai
tugasku sebagai seorang pelajar masih belum kulangsaikan
mungkin jua waktu ini dapat kumanfaatkan untuk sesuatu yang lebih bermakna
kerana kita adalah selama-lamanya seorang pelajar
sentiasa perlu mempelajari ilmu-ilmu dalam mengenali ALLAH
dan
gunakan ilmu itu untuk membuktikan kualiti seorang individu muslim di mata dunia
yang lebih mulia
pada pandangan Pencipta kita
yang sentiasa mengharapkan kita sedar akan tujuan asal penciptaan kita
ayuh rijal-rijal sekalian
bangkitlah, sedarilah tujuan kita hidup
dan
bekerjalah ke arah itu


inshaALLAH


WALLAHUA'LAM

Sekian sahaja buat tatapan di pagi hari
kini tiba lah saat yang ditunggu-tunggu ku
selesai menatap laptop
mencurahkan apa yang terbuku di fikiranku
kini
tibalah waktunya untuk diriku "santap"

:)

salam ukhuwah

ukhtimu
syairah shamri