Saturday 20 March 2010

al-mulk...sekilas pandang

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥


bersua kembali kita...
semalam kami sempat bertaddabur surah al-mulk
alhamdulillah meskipun tak sempat nak bedah kesemua ayat tu
tapi alhamdulillah kami berjaya membedah hampir 3/4 surah itu

alhamdulillah
terasa sangat bahagia apabila kita dapat duduk bersama
walaupun sekadar sejenak kita duduk bersama dalam majlis ilmu, inshaALLAH kita sentiasa dikelilingi oleh malaikat-malaikat yang sentiasa mendoakan kita..

inshaALLAH

semalam alhamdulillah saya berkesempatan membawa tafsir surah pertama dalam juzuk 29 tersebut
mungkin agak kekok
kerana saya membentangkannya di hadapan mereka yang sudah mempunyai ilmu agama yang agak mendalam
berbanding diri ini yang masih baru dalam bidang ini

alhamdulillah
dengan limpah kurnia-Nya
inshaALLAH semua yang dapat mendapat ilmu yang kita inginkan

kami cuma penyampai agama ALLAH,
terpulang kepada yang mendengar untuk menerima dan menghadamnya
namun..
tidak dinafikan tanggungjawab kami untuk memberi kefahaman itu tidak pernah berhenti
kerana kami sendiri dalam proses mengenal ALLAH

dalam surah ini
menurut tafsir fil zillal
ALLAH bukan suatu Entiti yang kejam
yang sentiasa mencari, memburu manusia
sentiasa mencari-cari kesalahan kita
tidak!!
ALLAH bukanlah kejam seperti itu
ALLAH MAHA PERKASA DAN MAHA PENGAMPUN
sangat contrast kan?
tapi itulah antara kebenaran yang diceritakan mengenai ALLAH menerusi kitab terunggulnya AL-QURAN

kenapa ALLAH menurunkan kita al-QURAN??
syed quttub menjelaskan
ALLAH tidak mahu pun memburu kita
namun
segala apa yang Dia lakukan adalah antara usaha -Nya untuk menyedarkan manusia
apakah tujuan sebenar penciptaan kita
ALLAH nak kita buktikan kepada makhluk0makhluk lain bahawa penciptaan kita sebagai makhluk yang paling sempurna penciptaan ini adalah betul-betul bermanfaat kepada yang lain
ALLAH sebenarnya cuba untuk meningkatkan taraf kita ke taraf yang lebih tinggi bersesuaian untuk melaksanakan penghormatan tertinggi kepada-Nya

mungkin kita terlupa
tapi ingatkah kita di saat kita bermain-main sekarang
makhluk ciptaan ALLAH yang lain sedang bertasbih kepada-NYA
non-stop!!!
mereka sangat-sangat taat kepada ALLAH
tasbih yang mereka lafazkan makin menambahkan iman mereka kepada ALLAH

KENAPA??TIDAK PERCAYA??NAK BUKTI??
OK!! SAYA KEMUKAKAN BUKTI-BUKTI ITU

Apabila mereka dicampakkan ke dalam nya, mereka mendengar suara jeritan yang melaung-laung sedang ia bergelegak (7)

hampir-hampir ia berkecai kerana kuat marah nya. tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya, sekumpulan besar dari orang kafir, maka bertanyalah penjaga-penjaga neraja itu kepada mereka
"tidakkah datang kepadamu seorang Rasul pemberi amaran dan ingatan di dunia dahulu? (8)"


al-mulk ayat 7-8

di sini, neraka itu digambarkan sebagai suatu entiti/makhluk yang bernyawa yang sangat marah apabila ada manusia yang tercampak ke dalamnya
sedangkan penciptaannya hanyalah untuk menempatkan syaitan-syaitan (rujuk ayat 4 surah al-mulk)
bukanlah untuk kita wahai manusia-manusia
oleh kerana ketaatan yang mendalam kepada ALLAH, maka
setiap kali manusia masuk ke dalam neraka, pengawal-pengawal mengecam mereka dengan persoalan-persoalan yang seolah-olah menyindir mereka
"adakah sebelum kematian mu, kamu tidak pernah didatangi Rasulu-rasul untuk membawamu ke jalan ALLAH??"

mereka mengecam manusia bukan kerana benci yang tidak berasas
namun
kerana mereka tahu apa tujuan penciptaan mereka
mereka benci apabila melihat kekufuran melanda manusia
sedangkan manusia lah makhluk yang paling sempurna penciptaannya oleh ALLAH

tanah sanggup untuk dipijak-pijak
air sanggup diminum
makanan sanggup dikunyah-kunyah, dihadam
kesemua ciptaan ALLAH tidak pernah berhenti daripada mengingati ALLAH
malah mereka makin sentiasa bertasbih
dan
keimanan mereka makin bertambah detik demi detik


ALLAH ada mencabar kita dalam ayat ke2 dan ketiga surah ini
ALLAH cabar kita perhatikanlah ciptaan ALLAH ini
dan carilah keburukan
carilah kecacatan padanya
maka walaupun berkali-kali kamu berusaha mencari nya kamu tidak akan menemuinya
malah apa yang kamu dapat sekadar penat
dan
yakin lah bahawa kepenatan mu itu tidak berbaloi
kecuali lah jika
pandangan mu itu menambahkan iman di dada mu
ada suruhan melihat langit
kerana ia dapat meningkatkan paras iman di dada mu
dapat menambahkan cinta mu pada yang ESA


wallahua'lam