Tuesday 23 March 2010

analogy: barber-pemuda berambut panjang

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

"sentiasalah berprasangka baik kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan sentiasa membantu mu, sentiasalah berprasangka baik kepada sesama manusia nescaya ALLAH akan permudahkan segala urusan untukmu"

ungkapan ini selalu ku dengar
meniti ruang legar telinga ku
yang telah diciptakan ALLAH
dengan tiada sebarang kecacatan yang nyata
ku bersyukur ya ALLAH
kerana
telinga ku didengari dengan kata-kata yang menyuburi hati
yang menyemai jiwa yang ikhlas untuk mu
sesungguhnya akan ku perlihara
kurniaan Mu ini daripada dicemari
dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya


apakah ertinya kata-kata itu?
taktala hati sedang kesunyian
kita terkadang alpa
apabila berada dalam kesusahan
terkadang kita mula menuding jari kepada orang lain
mula mencari-cari ketidakadilan ALLAH
nauzubillah

ustaz erfino pernah bercerita
ada golongan yang apabila berlakunya gempa bumi,
bencana-bencana alam yang lain
bukan lah menginsafkan mereka
malah membuatkan mereka makin sesat
ada yang semakin sangsi akan kewujudan ALLAH
nauzubillah

antara persoalan yang timbul
"jika ALLAH itu ada, kenapa semua ini terjadi?"
"di manakah keadilan ALLAH?"

soalan-soalan sebegini
makin hari makin banyak membanjiri media-media
makin banyak meracuni minda-minda muda
yang tidak menghayati islam dengan hati
hanya mewarisinya daripada ibu bapa
racun yang sangat berbisa ini
memerlukan penawar yang efektif
dan
diperlukan dengan kadar segera


adakah ALLAH betul-betul tidak adil???

adakah persoalan mereka yang ALLAH itu tidak wujud itu adalah benar????



fikir-fikirkanlah rijal-rijal sekalian

ustaz ada menyelitkan satu analogi yang sangat2 sangat mudah untuk difahami

kisahnya bermula apabila seorang lelaki berambut panjang pergi menemui seorang tukang gunting rambut yang terkenal di sebuah kota
pemuda itu sangat tidak mempercayai kewujudan ALLAH kerana baginya jika ada ALLAH tiada lagi orang-orang yang berani ingkar
akan lahirlah manusia-manusia yang bertaqwa
takut kepada ALLAH
dan
hanya sujud, berserah diri kepada-Nya


kenapa mesti ada yang ingkar?
kenapa masih ada lagi yang melakukan jenayah dan maksiat?

di mana ALLAH untuk menghukum mereka?
di mana ALLAH untuk menyelamatkan seseorang apabila beribu-ribu orang mati dalam bencana alam??

tukang gunting rambut lantas berkata:
percayakah kamu jika aku katakan kepadamu bahawa di kota ini tiada seorang pun tukang gunting rambut??

pemuda itu lantas menjawab dengan kehairanan:
kenapa kamu berkata sedemikian?
bukankah kamu adalah tukang gunting rambut??

tukang rambut tersenyum lantas menjawab dengan tenang"
jika kamu fikirkan secara logik,
jika ada tukang gunting rambut,
pantas kah lagi wujudnya mereka yang masih berambut panjang
yang rambutnya masih tidak terurus

sekiranya masih ada, perlukah disalahkan sepenuhnya kepada tukang rambut itu?
bukankah sesuatu yang ada itu tidak semestinya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua??
meskipun setiap kedai gunting rambut menawarkan servis-serivs yang menarik..
potongan harga
ataupun
memberi servis secara percuma
adakah semua orang akan datang kepada kami??


begitu juga ALLAH
ALLAH itu ada
tetapi jika kamu mencari-Nya
Dia akan sentiasa ada untuk mu
bagi mereka yang alpa
lupa akan ALLAH
maka
ALLAH akan mempermudahkan bagimu jalan yang telah kamu pilih
jika kamu pilih intan(ibaratkan umpama hidayah ALLAH),
ALLAH akan permudahkan jalan kamu itu
dapatlah kamu intan yang betul-betul bernilai
namun
jika kamu memilih untuk makin jauh dari sinar hidayah itu


jadi...
apakah persoalan itu wujud lagi dalam hati kamu??

sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kita sendiri tidak mengubahnya
[13:11]

lupakah kamu dengan verse ALLAH itu???
kembalilah kepada al-Quran

contohilah Rasulullah

nescaya mana-mana jalan yang kamu pilih akan ALLAH permudahkan
tugasmu adalah untuk memilih
jalan manakah yang kamu ingin selusuri


wallahua'lam