Thursday 16 August 2012

Karat-karat Jahiliyah?

Assalamualaikum wbt

Setelah sekian lama menyepikan diri tanpa ada penambahan entri-entri baru, insyaAllah kali ini, ana akan cuba update sedikit sebanyak info yang bermanfaat untuk perkongsian kita bersama. InsyaAllah diharapkan dengan permulaan yang baru di pengakhiran Ramadhan tahun ini, bakal menjanjikan sesuatu yang lebih fresh daripada sebelum ini. InsyaAllah blog ini bukan sahaja untuk tatapan antunna sekalian tapi juga sebagai tarbiyah diri ana dalam mengenal erti cinta Ilahi, insyaAllah..

Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang ana menyepikan diri daripada dunia blog. Sedikit sebanyak ia sangat mempengaruhi diri ana secara peribadinya. Kini, alhamdulillah ana berada di tahun akhir pengajian di sebuah universiti di sini. Banyak onak duri perlu ditempuh bila kehidupan dilalui seorang diri. Mungkin ana kurang bersyukur sekiranya ana merungut ana tiada teman untuk bertanya ataupun belajar bersama-sama di sini, i mean  teman berbahasa dalam bahasa ibunda kita sendiri, iaitu Melayu. Sometimes, pemahaman bila boleh explain dalam dwibahasa lebih mantop. Wallahua'lam itu pemahaman daripada definisi ana secara peribadi lah. Namun, tidak dapat dinafikan terdapat banyak juga kebaikannya apabila Allah Mentakdirkan pemilik jiwaNya ini ditempatkan di sini keseorangan.


credit gambar: Google domain


Selama 3 tahun, ana belajar macam-macam. Namun, terkadang kekosongan jiwa itu mulai terasa bila kurangnya rasa bersyukur dan barangkali cinta kepada Allah yang diucapkan itu hanya letaknya di bibir.. Astaghfighullah al-'azim... Ana bukanlah muslimah contoh yang mampu menjadi teladan untuk sesiapa pun, kerana ana belum sepenuhnya mencintai Allah di tempat teratas di hati ini. Namun, ana sedang berusaha keras untuk mendapatkan rasa cinta itu, mohon doanya insyaAllah moga Allah juga mengembalikan doa kalian tersebut untuk kalian juga hendaknya.


credit gambar: Google domain


Ana menjadi pemerhati tegar sepanjang 3 tahun berada di sini. Ana bukanlah seorang yang alim ataupun baik sejak lahir. Ana sendiri telah mengotorkan diri ana dengan memilih untuk berada di jalan jahiliyyah bertahun-tahun lamanya. Sepertimana yang dinyatakan dalam twitter Farah Lee, kehidupan ketika jahiliyyah bukanlah sesuatu yang dibanggakan, malah ia penuh dengan penyesalan. Sesuatu yang tidak boleh diubah, namun, sesuatu yang sangat berharga dalam tarbiyah diri kita sebagai seorang hamba Allah dan khalifahNya. 

Saya pernah menjalani kehidupan tanpa menutup aurat. Tiada yang indah, melainkan penyesalan.. ;(

Sememangnya, yang paling pahit adalah berdepan dengan mereka yang pernah tahu masa silam kita. And YES! Sehingga sekarang pun, ana masih berasa malu untuk berdepan dengan mereka.


credit gambar: Google domain

Namun, pilihan di tangan kita, sama ada untuk menjadikan kehidupan yang lalu sebagai pengajaran dan menjadikannya sebagai motivasi untuk terus maju ke hadapan ataupun terus menyepikan diri, kerana malu dengan pandangan manusia. Sememangnya, manusia ada terlalu banyak buah fikirannya. Pendapat manusia itu pelbagai dan adakalanya berniat untuk menjatuhkan dalam sedar ataupun tidak.

credit gambar: Google domain
insyaAllah boleh enlarge gambar untuk lebih jelas

Jika ingin bercakap isu seru, Subhanallah, seru itu sudah lama sampai. Tidak perlu ditunggu lagi seru itu. Apakah kita ingin menunggu sehingga nyawa di paras halkum, baru ingin berubah sepenuhnya? Nauzubillah. Sesungguhnya penyesalan pada ketika itu, tiada lain daripada sesuatu yang sia-sia.

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya"
[HR Al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Abani]

Mungkin juga ada di antara kita, yang merasakan dosa kita terlalu besar untuk diampunkan Allah. Jangan cepat berputus asa, kerana keampunan dan kasih sayang Allah itu lebih besar jika dibandingkan dosa pun yang bertimbun itu. Jom kita mengambil ibrah daripada sebuah cerita yang ana jumpa dalam salah satu entry yang di-published di laman web ILUVISLAM. Suatu hadis yang diselitkan untuk menggambarkan betapa besarnya rahmat keampunan Allah apabila hambaNya datang ke sisiNya untuk bertaubat.

Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya bermaksud:

"Dahulu pada zaman sebelum kalian ada seorang yang membunuh sembilan puluh sembilan orang. Lantas ia bertanya tentang seorang yang paling alim di muka bumi ini, maka ditunjukkanklah seorang pendeta (ahli ibadah).

Ia datangi pendeta tersebut kemudian berkata bahawa ia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang, apakah Allah menerima taubatnya?

Pendeta tersebut menjawab, "Tidak!"  Maka ia pun membunuh pendeta tersebut hingga genaplah 100 orang dibunuhnya.

Kemudian ia bertanya kembali tentang orang yang paling alim di muka bumi ini. Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim.

Dikatakan kepadanya bahawa ia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang, apakah Allah akan menerima taubatnya?

Dia menjawab : "Ya, siapa yang menghalangi antara dirinya dengan taubat? Berangkatlah menuju ke tempat ini dan ini kerana di sana ada manusia yang beribadah kepada Allah, lantas beribadahlah kepada Allah bersama mereka. 

Jangan kembali ke tempat tinggalmu semula kerana itu adalah tempat yang buruk."
Maka ia pun berangkat sehingga sampai di pertengahan jalan, ajal menjemputnya. Terjadilah perdebatan antara Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab.

Malaikat Rahmat berkata, "Ia telah datang dalam keadaan bertaubat dan mennghadap kepada Allah dengan hatinya."

Malaikat Azab pula berkata, "Namun, ia belum pernah berbuat kebaikan sedikitpun."

Maka datanglah malaikat lain untuk mengadili antara mereka berdua. Ia berkata, "Ukurlah jarak antara dua tempat tersebut, mana yang lebih dekat, maka itulah baginya."

Kedua-dua malaikat itu pun mengukur tempat tersebut, ternyata tempat yang hendak dituju itu lebih dekat dari kampung asalnya. Akhirnya, orang tersebut dibawa oleh malaikat rahmat." 
(Muttafaq Alaih)




credit gambar: Google domain

Namun, dalam proses perubahan tersebut, sememangnya, kita memerlukan suasana persekitaran yang baik (bi'ah solehah) dan sahabat-sahabat yang baik yang sentiasa mengingatkan kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Bukanlah baik seorang sahabat bila dirinya sahaja menjadi lebih baik, namun kesalahan sahabatnya dipandang sebelah mata sahaja. Bukankah Allah dan Rasulullah SAW berulang-ulang kali menasihatkan kita supaya sentiasa saling menasihati antara satu sama lain. 

Sepertimana yang dinasihatkan oleh seorang ukhti dalam blognya, Cinta Ilahi dot com:

"Untuk mengeluarkan nasihat kepada orang lain, jangan tunggu sehingga anda sempurna seperti malaikat. Kerana anda seorang manusia, bukan malaikat. Malaikat juga adalah malaikat, dan bukan seorang manusia"

Hakikatnya sekiranya semua orang tidak berani untuk menasihati yang lain, kerana bimbang akan dirinya belum layak untuk mengeluarkan kata-kata nasihat tersebut, maka punah ranahlah bumi ini. Sesungguhnya setiap daripada kita ini diciptakan Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan muka bumi Allah ini dengan syariatNya. Allah itu Maha Mengetahui dan sungguh, Dia lebih Mengetahui kelemahan kita sebagai seorang manusia, namun Dia tetap Memuliakan dan mengangkat darjat manusia untuk memimpin bumi ini dengan jalanNya yang satu. Sekiranya Allah inginkan sesuatu yang hasilnya perfect, yang super awesome, maka rasanya, malaikat itu lebih layak dipilih berbanding kita yang hina. Tapi, Allah Maha Mengetahui dan Allah juga tahu yang akan ada sentiasa golongan manusia yang saling berpesan-pesan ke jalan kebaikan meskipun diuji dengan ujian yang pelbagai daripada musuh-musuh Islam ataupun orang Islam yang masih belum faham.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran"
[103:1-3]



Fitrah manusia memang selalu lupa. Oleh itu, sudah semestinya, setiap individu sangat memerlukan teman yang baik untuk terus istiqamah dalam usahanya mencari Redha Allah. InsyaAllah, small changes can make big differences. Yang penting, doa dan usaha itu mesti selari kerana doa semata-mata tanpa usaha itu bodoh namanya, manakala usaha tanpa doa itu perbuatan orang yang sombong pada Pemilik jiwanya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah nescaya natijahnya insyaAllah baik. Yakinlah Allah itu Maha Adil, dan Dia sangat dekat dengan hambaNya yang suka berdoa sama ada dalam keadaan susah mahupun senang. 

Sesungguhnya Allah tidak pernah berhenti menunggu "kepulangan" hamba-hambaNya ke sisiNya. Allah akan sentiasa menunggu sehinggalah tibanya ajal. Tanyalah diri sendiri dalam masa yang terlalu banyak diberikan Allah kepada kita, belum cukupkah lagi untuk kita luangkan walaupun sedetik cuma untuk beristighfar dan bertaubat kembali kepadaNya? Sesungguhnya Allah ada berfirman yang bermaksud:


"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan melakukan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah engkau berputus asa dari Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa, sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
[ az-Zumar: 53 ]

Dalam satu hadis qudsi, Allah ada berfirman yang bermaksud: 

"... Barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya berlari."

Hakikat ini diyakinkan lagi dengan beberapa hadith Rasulullah SAW, antaranya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT membentangkan tanganNya pada malam hari agar orang yang berbuat dosa di siang hari bertaubat kepadaNya. Dia juga membentangkan tanganNya pada siang hari agar orang yang berbuat dosa di malam harinya bertaubat kepadaNya sehinggalah matahari terbit daripada sebelum barat"



credit gambar: Google domain


JOM kita berubah, sedikit-sedikit sehari pun takpe insyaAllah. Yang penting, sentiasa aim untuk jadikan hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelumnya, begitulah jua ikhtiarkan juga supaya hari-hari mendatang lebih bermanfaat daripada hari ini. InsyaAllah Allah itu akan menolong hambaNya yang ikhlas beribadah untukNya.


"Maka beruntunglah mereka yang lebih baik daripada semalam, sebaliknya rugilah manusia yang sama keadaannya hari ini dengan hari semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"

:) Wallahua'lam