Monday 27 September 2010

Sekadar Melaksanakan Tugas yang Belum Selesai.. :)

Assalamualaikum wbt...

إستغفار اللَّهَ
إستغفار اللَّهَ

إستغفار اللَّهَ

Kerapkali jua ana rasakan ana bukanlah orang yang paling sesuai untuk membincangkan hal-hal sebegini kerana ana sendiri masih dalam proses memperbetulkan diri ini. Namun begitu, InshaALLAH, ia bukanlah menjadi asbab mengapa ana tidak boleh untuk mengingatkan orang lain mengenai perihal ini. Lagipun bukankah sebelum dilahirkan di muka bumi ini, ana pernah berjanji untuk melaksanakan tugas ana sebagai seorang khalifah dan abid di muka bumi ini. So, ana sekadar melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ALLAH kepada seluruh umat manusia. Oleh itu, ana harap teramat sangat kepada sahabat sahabiyah supaya sentiasa mengingatkan ana jika ada yang tersalah silap, kerana ana masih baru dalam mengenali Nya, masih banyak untuk di-explore.



Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak belajar,

kalau salah tolong tunjukkan

Jazakallah khair :)


Oleh itu, izinkan ana untuk menyambung tugas ana kembali. Sudah lama blog ini tidak berisi, asif. Ana tidak mempunyai akses internet buat suatu jangka masa yang agak lama baru-baru ini atas sebab-sebab yang tak dapat ana elakkan.

Proses mengenal ALLAH itu takkan pernah berhenti sepertimana proses belajar itu sendiri, ia takkan pernah terhenti sehinggalah nyawa dicabut daripada jasad, ketika itulah sudah tiada apa-apa peluang kembali untuk mencari ilmu. Ilmu itu sangat-sangatlah perlu kerana melaluinyalah jua kita mampu untuk mengenali Zat ALLAH yang Maha Esa, inshaALLAH



Oleh sebab itulah, Muslim Sepenuh Masa akan sentiasa melabelkan dirinya sebagai seorang Muslim yang Belajar.

:)


Bagi ana, tugas seorang da'ie dalam menasihatkan orang lain bukanlah kerana ia merasakan dirinya terlalu perfect, tapi ia sekadar menjalankan tugasannya sebagai seorang da'ie serta hamba ALLAH yang masih banyak kekurangan yang masih perlu ditampung di sana sini.

Ana memegang satu prinsip seperti berikut:

orang tegur kita bukan sbb dia perasan diri dia perfect.

tapi mmg semua manusia akan kurang sedar dan kurang nampak akan kesilapan diri sendiri.

hanya orang yang melihat kita akan sedar kat mana kita silap.

hanya kawan kita yang akan nampak rambut kita terkeluar dari tudung. (theoritically)

so sebab tulah kita perlu kawan. mereka ibarat cermin untuk kita menilai diri kita sendiri kerana kita takkan mampu menilai diri kita kerana secara lahiriahnya, manusia akan terdedah untuk mempunyai sikap "k-pochi" yang jika disalurkan secara positif dapatlah menjadikan kita sebagai seorang individu yang lebih baik. That's why we really need to choose a great mirror so that we can get clearer image of ourself.. InshaALLAH

"aku tegur ko nampak rambut bukan sbb aku yakin aku langsung x nampak rambut.

tapi since aku dah ternampak sehelai rambut ko keluar tadi,xkan aku nak diam.aku tegurlah.

aku mane nampak kalau rambut aku sendiri yang keluar.ko la yang patut tegur aku,

sbb ko mengadap muka aku,so ko la yang akan nampak kalau rambut aku pun terkeluar dari tudung ni."

:)


Wallahua'lam


Saturday 25 September 2010

tudung ohh tudung

Assalamualaikum wbt


Melihatkan kemunculan tudung yang pelbagai jenis dan fesyen seperti cendawan tumbuh selepas hujan ini sememangnya menarik perhatian gadis remaja masa kini.

Ana insafi diri ini kerana ana sendiri tidak lepas daripada fenomena ini..

إستغفار اللَّهَ

إستغفار اللَّهَ

إستغفار اللَّهَ

Sungguh ana cumalah manusia biasa yang masih dalam proses mengenali Nya.

Ya ALLAH bimbinglah diri ini, usahlah Engkau biarkan diri ini terus hanyut dan makin jauh dari jalan Mu yang sebenar-benarnya

Ya ukhti, sekali lagi diperingatkan, diri ini menasihati bukanlah kerana jiwa ini sudah lengkap dalam penyempurnaanya, kerana bagi ana, apa yang ana coretkan di sini boleh menjadi pemangkin kepada diri ana sendiri untuk melakukannya jua. Oleh sebab itulah, ana golongkan entri kali ini sebagai TAZKIRAH, iaitu peringatan kepada diri terutamanya dan diri antunna sekalian amnya.

Tudung era kini adakah ia tudung ataupun fesyen?

Apabila seorang wanita menutup auratnya daripada pandangan lelaki bukan mahram baginya, ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya daripada tercalar oleh anasir-anasir luar, malah ia teklah menjaga wanita mukmin secara keseluruhannya

Tujuan penutupan aurat ataupun memakai tudung secara khususnya adalah untuk mengangkat martabat seorang wanita mukmin itu sendiri sekaligus mengelakkan fitnah ke atasnya dalam masyarakat. Sebaliknya apa yang kita lihat sekarang fesyen tudung yang pelbagai bukan sahaja ada di antarnay secara jelas tidak mengikuti batas-batas yang disyariatkan oleh syara' malah mendedahkan wanita kepada ancaman bahaya fitnah ke atas mereka. Fesyen yang penuh dengan variasi itu bukanlah lagi menjadi hijab kepada si wanita tersebut malah ia seolah-olah meakin mendedahkan kerana tampaknya ia lebih menarik perhatian umum apabila wanita-wanita tersebut berjalan di khalayak ramai. Malah makin ramai wanita bertudung yang terdedah kepada gangguan seksual oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Adakah tudung itu masih lagi boleh dijadikan sebagai perisai ataupun hijab bagi wanita itu setelah fenomena ini terjadi? Fikir-fikirkanlah sejenak

APAKAH KESALAHAN YANG NORMALNYA KELIHATAN APABILA SI ANONYMOUS MEMAKAI TUDUNG?

Tudung yang tidak menutupi dada

" .. dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya ... "

[An-Nur:31]

· Tudung tidak menutupi dada

· Kain yang dipakai agak senteng,/tidak labuh menutupi seluruh kakinya

Dari Ummu Salamah r.a. "Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?" Sabda Rasulullah S.A.W : "Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi keatasnya"

[Hadith riwayat Imam Tarmidzi dan Nasa’i]


· Pakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh

Rasulullah bersabda " hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu "

· Make up yang sangat tebal

" Wahai anak cucu Adam. Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan "

[Al-A’raf:31]


· Tudung tidak menutupi dada

· Lengan baju senteng/pendek

· Kain yang dipakai senteng/pendek

· Tidak memakai sarung kaki/stoking

" Dan katakanlah kepada para perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang bisa terlihat...."

[ An Nur: 31 ]

· Lengan baju pendek

· Tidak memakai stoking/sarung kaki

· Kain yang dipakai berbelah di depan

" Barang siapa yang memakai pakaian yang mencolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti "

[ Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah ]

· Tudung tidak menutupi dada

· Pakaian ketat menampakkan bentuk tubuh

· Baju yang dipakai pendek

· Tidak memakai sarung kaki

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya"

[ Riwayat Bukhari dan Muslim]

***

Bagaimana Tudung yang Betul?


Dan INGATLAH bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud seperti berikut;

"Bahawa anak perempuan apabila telah cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan MUKANYA dan KEDUA TELAPAK TANGANNYA HINGGA PERGELANGAN"

[ Hadith riwayat Abu Daud ]


Wallahua'lam

Diriku hamba Mu yang hina

Assalamualaikum wbt...


"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhan-mu dan beristighfar kepada Nya, sesungguhnya Dia amat Menerima taubat"

[Surah an-Nasr: 3]

Ya ALLAH, sungguh aku telah banyak melakukan dosa kepada Mu ya ALLAH

Sungguh aku cumalah hamba Mu yang hina yang tidak pernah lekang daripada berbuat dosa

Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku

Ya ALLAH redhakanlah kehidupanku

Teringat pula diri ini pada bait-bait lagu nyanyian kumpulan Inteam yang berjudul KeredhaanMu; sungguh lirik serta susunan kata-katanya sungguh menyentuh hati..

Di kala diri ini rasanya telah banyak melakukan kesalahan terhadapNya dalam keadaan sedar ataupun tidak, kupanjatkan kesyukuran yang menggunung kepada Nya kerana Dia tidak pernah meninggalkan diri ini sendirian

Semalam sempat ana bersembang dengan seorang bekas guru ana, melalui perbualan ringkas itu, sempat juga kami selitkan perihal Ketuhanan Alhamdulillah

Cikgu ana ada menyatakan keperluan kita menjadi kekasih ALLAH jika betul-betul inginkan Jannah Nya.

Tiba-tiba ana terfikir, apakah pantas untuk kita mendambakan title sebagai kekasih ALLAH sedangkan di hati kita sendiri, kita letakkan makhluk lain sebagai pemilik hati tersebut. Layakkah kita menunggu redha Ilahi sedangkan hati kita tidak sesekali kita utamakan kepada cinta untuk Ilahi.

Mahu menjadi kekasih ALLAH, tapi pernahkah kita menjadikan ALLAH sebagai Kekasih mutlak bagi jiwa kita ini?

Pernahkah kita mengisi kekosongan hati ini dengan meletakkan Dia sebagai yang Mutlak?

Pernahkah kita menjadikan ALLAH sebagai yang hakiki dalam hati ini sehinggakan tiada yang lain yang dapat mengisi lompong-lompong kasih sayang dalam hati ini?

"Eh....Nti ada menyebut istilah lompong kasih sayang di hati lagi kah?? Adakah layak untuk nti mengatakan sedemikian taktala nti mengakui diri nti telah mencintai ALLAH dan Rasul Nya??"

Sungguh...

ana terdiam memikirkan perkara tersebut..

Yapp, ana akui kadangkala sebagai manusia biasa, normal bagi seorang manusia yang lemah ini mencari cinta dan kasih sayang daripada makhluk ciptaan Nya, semata-mata untuk mengisi lompong-lompong kasih sayang di hati nya itu..Ana pun tidak terlepas daripada mengharapkan kasih sayang tersebut.

Tapi, menjawabkan persoalan di atas, ana terkesima

wAAHhhh...

Sungguh, rupanya selama ini ana tersilap...

Masih belum layaklah seseorang itu untuk mengakui dirinya mencintai ALLAH dan Rasul Nya sekiranya setiap kali apabila hatinya terasa hadirnya lompong-lompong kasih sayang itu, ia terus mengisinya dengan janji palsu mainan nafsu manusiawi.

Terasa kesunyian itu adalah lumrah bagi setiap manusia, kerana kita hanyalah hamba ALLAH yang lemah yang sentiasa membuntukan tempat untuk bergantung dan berkongsi segala sesuatu

namun, bersyukurlah

ALHAMDULILLAH kerana Engkau telah Memberikan jiwa-jiwa ini nikmat iman dan Islam sehingga kami merasakan kemanisan hidup sebagai hamba Mu ya ALLAH

Ya ALLAH sungguh, Engkau telah Muliakan kami dengan nikmat Iman dan Islam ALHAMDULILLAH kami bersyukur atas nikmat kurnia Mu yang sungguh besar nilainya itu

Namun ya ALLAH

Ku akui diri ini seorang hambaMu yang hina yang tidak pernah terlepas daripada berbuat kesalahan kepada Mu ya ALLAH

Sungguh, jika tanpa belas dan kasih sayang Mu, kami tidak mungkin akan dapat merasakan nikmat syurga yang dijanjikan Mu itu

Sungguh segala perbuatan kami di dunia ini adalah atas kelemahan diri ini sendiri ya ALLAH

Kami telah menzalimi diri kami sendiri

Lantas kami kembali dan memohon keampunan daripada Mu, kerana kami tahu seandainya tidak Kau ampuni dan rahmati hidup ini, sudah pasti kami tergolong dalam golongan orang yang berada dalam kerugian itu

Dilahirkan sebagai seorang muslim dan dibesarkan dengan cara hidup Islam yang lengkap itu bukanlah penentu pengakhir hidup ini kelak

Oleh itu, sudah semestinya, jiwa-jiwa ini sedar akan betapa hinanya diri ini supaya tidak sesekali kita menemui pengakhiran yang sungguh tragis sesudah melaungkan imej dakwah di muka bumi ALLAH ini

Permulaan yang baik bukanlah penentu kejayaan yang berkekalan di akhirat kelak

Ya ALLAH aku sedar bahawa Engkau lah Pemilik hati-hati ini

Engkau lah yang mempunyai hak yang sepenuhnya terhadap jiwa-jiwa ini

Oleh itu, kami mohon kepada Mu ya ALLAH

Janganlah Engkau palingkan hati ini sesudah Engkau Berikan hidayah kepadanya

Ku akui diri ini hanyalah hamba yang sering alpa

hamba yang seringkali memungkiri janji setelah berbuat janji kepada Mu

Namun, ya ALLAH

Janganlah Engkau hilangkan perasaan cinta akan agama Mu daripada jiwa-jiwa ini

dan

Janganlah pula Engkau hiasi jiwa-jiwa ini dengan kemanisan dunia yang bersifat sementara dan penuh dengan tipu dusta semata-mata

إستغفار اللَّهَ
إستغفار اللَّهَ
إستغفار اللَّهَ

Wallahua’lam

سبحان الله و بحمده

سبحان الله العظيم