Thursday 2 September 2010

JOM KITA BER-MARATHON!! :)

Assalamualaikum wbt...

Pernahkan antum/antunna berasa gelisah apabila berdepan dengan rintangan-rintangan yang mendatang dalam kehidupan seharianmu sebagai seorang da'ie?
Persoalannya adakah kita pasti diri ini telah layak digelar sebagai seorang da'ie?
:)

Pernahkah kamu dilanda dengan dugaan serta ujian hidup yang pelbagai pada dirimu setelah kamu sudah tekad untuk memulakan tugasanmu sebagai seorang da'ie itu?

Tahukah antum antunna bahawasanya hanyalah seorang da'ie yang sejati yang akan diuji dengan ujian yang menggunung itu sebagai petanda si da'ie itu telah betul-betul berada di jalan ALLAH yang lurus?
Hakikatnya, hanyalah orang yang bersungguh-sungguh bermujahadah di jalan Nya sekaligus untuk menegakkan yang hak dan menghapuskan kebatilan itu akan menerima dugaan sebegitu hebat. Hanyalah orang yang hebat sahaja yang akan dipilih untuk menerima ujian yang hebat kerana ALLAH Maha Mengetahui keupayaannya untuk mengatasi segala permasalahan tersebut.


Kadangkala mungkin ada yang mampu menyangkal kononnya, bukan semua mereka yang berdakwah itu akan mendapat tentangan masyarakat umum, kerana sememangnya masih terdapat segelintir golongan yang mendakwa dirinya sebagai seorang da'ie tapi langsung tidak beroleh apa-apa tentangan daripada mana-mana pihak.
Kenapakah pula fenomena ini boleh terjadi sedangkan ALLAH telah Berjanji bahawasanya perkara yang sebaliknya akan berlaku kepada mereka.
Ayuh kita renung kembali janji ALLAH itu menerusi surah al-Anfal ayat 30 yang bermaksud seperti berikut;

"Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk MENANGKAP, dan MEMENJARAKANMU atau MEMBUNUHMU atau MENGUSIRMU. Mereka membuat tipu daya dan ALLAH Menggagalkan tipu daya itu. Sungguh ALLAH adalah sebaik-baik Pembalas tipu daya"
[8:30]

Refer back pada entry ana yang sebelum ini yang judulnya SUNATULLAH PERJUANGAN THE FALLEN


Janji ALLAH itu pasti..
So, usahlah berasa terkejut sekiranya dirimu berada di salah satu keadaan seperti mana yang dinyatakan menerusi ayat di atas. Seorang da'ie sejati sudah semestinya akan sentiasa bersedia dengan 1001 kemungkinan yang bakal menimpa dirinya samada dalam keadaan ia mengkehendakinya ataupun tidak. Kadangkala ujian ALLAH itu boleh berpunca dari apa-apa jua sumber yang tidak mampu kita bayangkan melalui logik akal. Oleh itu, persediaan yang rapi perlulah sentiasa menjadi teman baik kepada setiap da'ie kerana tanpa persediaan yang sebenar-benarnya, seorang da'ie itu bisa rebah bila-bila masa sahaja. Kita tidak inginkan seorang da'ie instant ataupun sekadar bidan terjun yang kewujudannya hanyalah bersifat sementara, apabila sekali ujian berkunjung, terus lesap hilang ditelan badai yang melanda.

Kita mahukan seseorang yang hidupnya betul-betul faham akan pengertian dakwah yang sebenarnya, serta sentiasa memahami hadaf-hadaf tertentu sebelum memasukkan diri ke dalam sesebuah organisasi itu. Bukanlah hasil yang baik sahaja yang kita impikan daripada segala usaha yang kita kerjakan ini, tapi seorang da'ie seharusnya sentiasa mengimpikan untuk melahirkan generasi-generasi pelapis yang lebih baik daripadanya untuk sentiasa tsabat di jalan ALLAH
Bukanlah layak untuk kita bermegah-megah dengan pengetahuan yang sedikit yang memenuhi dada kita ini, jika tidak mampu kita warisi kepada golongan pelapis kelak kerana bukan selamanya kita boleh yakin untuk sentiasa berada di dalam organisasi yang sama, yang pasti tidak selamanya kita mampu untuk bernafas di muka bumi ini, oleh itu selayaknyalah kita menyampaikan segala apa yang kita ketahui kepada orang lain supaya kita sama-sama dapat bekerjasama untuk memakmurkan bumi ALLAH ini dengan syariat ALLAH yang syumul itu.
InshaALLAH

Bagi bakal-bakal da'ie dan da'ie-da'ie sejati sekalian di luar sana, ayuh kita hayati pengajaran yang diselitkan menerusi video di bawah ini, inshaALLAH dapatlah kita sama-sama hayati dan serap pengajaran itu dalam kehidupan seharian kita nanti..




JOM KITA BER-MARATHON!! :)



JOM sama-sama kita berdoa supaya kita dapat menjadi seperti Akhi Murad dalam video YOUTUBE yang ana selitkan dalam entry ini..
:)
Doa itu senjata para mukminin so, janganlah kita sia-siakan ALLAH tersebut, sesungguhnya rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan sesuatu anugerah ALLAH itu..

Wallahua'lam