Saturday 25 September 2010

tudung ohh tudung

Assalamualaikum wbt


Melihatkan kemunculan tudung yang pelbagai jenis dan fesyen seperti cendawan tumbuh selepas hujan ini sememangnya menarik perhatian gadis remaja masa kini.

Ana insafi diri ini kerana ana sendiri tidak lepas daripada fenomena ini..

إستغفار اللَّهَ

إستغفار اللَّهَ

إستغفار اللَّهَ

Sungguh ana cumalah manusia biasa yang masih dalam proses mengenali Nya.

Ya ALLAH bimbinglah diri ini, usahlah Engkau biarkan diri ini terus hanyut dan makin jauh dari jalan Mu yang sebenar-benarnya

Ya ukhti, sekali lagi diperingatkan, diri ini menasihati bukanlah kerana jiwa ini sudah lengkap dalam penyempurnaanya, kerana bagi ana, apa yang ana coretkan di sini boleh menjadi pemangkin kepada diri ana sendiri untuk melakukannya jua. Oleh sebab itulah, ana golongkan entri kali ini sebagai TAZKIRAH, iaitu peringatan kepada diri terutamanya dan diri antunna sekalian amnya.

Tudung era kini adakah ia tudung ataupun fesyen?

Apabila seorang wanita menutup auratnya daripada pandangan lelaki bukan mahram baginya, ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya daripada tercalar oleh anasir-anasir luar, malah ia teklah menjaga wanita mukmin secara keseluruhannya

Tujuan penutupan aurat ataupun memakai tudung secara khususnya adalah untuk mengangkat martabat seorang wanita mukmin itu sendiri sekaligus mengelakkan fitnah ke atasnya dalam masyarakat. Sebaliknya apa yang kita lihat sekarang fesyen tudung yang pelbagai bukan sahaja ada di antarnay secara jelas tidak mengikuti batas-batas yang disyariatkan oleh syara' malah mendedahkan wanita kepada ancaman bahaya fitnah ke atas mereka. Fesyen yang penuh dengan variasi itu bukanlah lagi menjadi hijab kepada si wanita tersebut malah ia seolah-olah meakin mendedahkan kerana tampaknya ia lebih menarik perhatian umum apabila wanita-wanita tersebut berjalan di khalayak ramai. Malah makin ramai wanita bertudung yang terdedah kepada gangguan seksual oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Adakah tudung itu masih lagi boleh dijadikan sebagai perisai ataupun hijab bagi wanita itu setelah fenomena ini terjadi? Fikir-fikirkanlah sejenak

APAKAH KESALAHAN YANG NORMALNYA KELIHATAN APABILA SI ANONYMOUS MEMAKAI TUDUNG?

Tudung yang tidak menutupi dada

" .. dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya ... "

[An-Nur:31]

· Tudung tidak menutupi dada

· Kain yang dipakai agak senteng,/tidak labuh menutupi seluruh kakinya

Dari Ummu Salamah r.a. "Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?" Sabda Rasulullah S.A.W : "Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi keatasnya"

[Hadith riwayat Imam Tarmidzi dan Nasa’i]


· Pakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh

Rasulullah bersabda " hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu "

· Make up yang sangat tebal

" Wahai anak cucu Adam. Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan "

[Al-A’raf:31]


· Tudung tidak menutupi dada

· Lengan baju senteng/pendek

· Kain yang dipakai senteng/pendek

· Tidak memakai sarung kaki/stoking

" Dan katakanlah kepada para perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang bisa terlihat...."

[ An Nur: 31 ]

· Lengan baju pendek

· Tidak memakai stoking/sarung kaki

· Kain yang dipakai berbelah di depan

" Barang siapa yang memakai pakaian yang mencolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti "

[ Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah ]

· Tudung tidak menutupi dada

· Pakaian ketat menampakkan bentuk tubuh

· Baju yang dipakai pendek

· Tidak memakai sarung kaki

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya"

[ Riwayat Bukhari dan Muslim]

***

Bagaimana Tudung yang Betul?


Dan INGATLAH bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud seperti berikut;

"Bahawa anak perempuan apabila telah cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan MUKANYA dan KEDUA TELAPAK TANGANNYA HINGGA PERGELANGAN"

[ Hadith riwayat Abu Daud ]


Wallahua'lam