Wednesday 1 September 2010

Hadiah Hari Merdeka~~

Assalamualaikum wbt...

Hadiah Hari Merdeka~~



Seringkali persoalan ini bermain-main dalam kotak fikiran ana yang masih dalam proses pembelajaran ini..Apakah definisi Merdeka itu yang sebenar-benarnya dalam konteks pemikiran seorang remaja belasan tahun yang masih berada di bangku sekolah?
Adakah ia sekadar public holiday yang dinanti-nantikan oleh mereka setelah puas berhempas pulas bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan mencari ilmu untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan mendatang?

Tahun ini, sambutan Hari Merdeka tampaknya jauh lebih hambar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin juga sebagai menghormati bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan serta keberkatan ini. Sambutan yang agak hambar oleh rakyat Malaysia juga jelas kelihatan dengan fenomena di mana makin berkurang bilangan orang yang menggantungkan Jalur Gemilang pada kenderaan serta premis kediaman masing-masing. Setelah 53 tahun berlalu, adakah semangat 'patriotisme' dalam diri rakyat Malaysia telah makin pudar dan luput daripada kotak minda rakyat Malaysia ini?

Memandangkan Hari Merdeka adalah suatu hari yang dicop sebagai public holiday di kalendar-kalendar yang menghiasi rumah dan pejabat masing-masing, ramai di antara golongan bekerja khususnya mengambil peluang untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk hidup di bandar yang penuh dengan stress dan tekanan hidup yang pelbagai, meninggalkan teratak kediamannya pulang ke kampung halaman, sekaligus membuka lebih banyak pintu-pintu kepada jenayah untuk makin berleluasa. Al-maklumlah pada waktu-waktu sebeginilah, masa untuk si pencuri-pencuri itu mempraktiskan bakat serta kemahiran mereka yang sudah terpendam dan telah diasah buat sekian lamanya. Maka, jangan hairanlah sekiranya makin banyak kes kecurian serta pecah rumah yang berlaku dan dilaporkan di balai-balai polis yang berdekatan. Pada malam ini sahaja [31 Ogos 2010], mengikut police report yang dilaporkan di balai polis terdekat, dalam jangka masa sejak solat terawih sehinggalah ketika jam menunjukkan detik 11 malam, sebanyak 2 buah motosikal telah dicuri dan sebuah rumah telah dipecah masuk. Astaghfighullah al azim, sungguh pakar si pencuri merancang 'kerja' terkutuk mereka itu, lebih mahir pula apabila mereka hanya merompak barangan asli semata-mata sebaliknya melemparkan ke tanah barang kemas yang bukan asli. Sungguh, mereka adalah 'anak-anak Merdeka' yang sungguh cekap hasil pembangunan minda yang tidak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah..

Ya ALLAH berikanlah kami semua petunjuk supaya kami sentiasa berada di jalan Mu Ya ALLAH, kurniakanlah kami semua hidayah supaya kami tidak tersasar jauh dari pintu taubat Mu.
Amiin :)

Adakah keMerdekaan bagi definisi si perompak-perompak itu bermakna mereka bebas untuk bermaharajalela di rumah yang dipecah masuk itu tanpa perlu bimbang dan gusar apa-apa pun sebaliknya memberikan KERJA OVERTIME kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian-kejadian yang dipecah masuk itu? Bagaimana pula dengan si pemilik rumah itu, apa pula definisi Merdeka bagi mereka? Rasanya, keMerdekaan itu didefinisikan dalam konteks yang agak berbeza dan lebih suram situasinya, iaitu lebih menjurus kepada BEBASNYA WANG RINGGIT DARIPADA POKET SAKU UNTUK MENGGANTI KEMBALI BARANG-BARANGAN YANG TELAH DIROMPAK itu memandangkan festival perayaan sudah ingin berkunjung tiba tidak lama lagi.

Ya ALLAH kurniakanlah kesabaran ke atas mereka yang Engkau Timpakan ujian ini, semoga ujian serta dugaan ini dapat mengangkat status mereka ke tahap yang lebih tinggi di sisi Mu
amiiin :)

Wahhh!! Merdeka sungguh mereka ini. Kebahagiaan inikah yang kita inginkan. Adakah ini reformasi yang kita idam-idamkan untuk Malaysia tercinta?
Reformasi yang menyaksikan lebih banyak kes jenayah dicatatkan di seluruh pelusuk di tanah air kita ini, reformasi inikah yang sebenar-benarnya kita semua dambakan?

Ayuh sahabatku, janganlah terleka lagi.
Bangunlah dari lena panjangmu yang asyik membuai-buai angan-anganmu yang tak berkesudahan itu. Sungguh, mengimpikan sesuatu yang masih jauh nun di sana tanpa memulakan sebarang usaha ke arah itu, ia adalah sesuatu yang sia-sia.

Ana sangat tertarik dengan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa sahabat terdekat ana mengenai erti KeMerdekaan pada konteks pemikiran peribadi mereka. Bagi ana, takrifan-takrifan yang diberikan oleh mereka lebih dekat dengan diri kita sebagai seorang muslim sejati inshaALLAH.

Anggaplah ini hadiah daripada mereka untuk kita hayati dan fahami dalam kehidupan seharian kita ini.
Inilah Hadiah Hari Merdeka yang sebenarnya inshaALLAH
Sesuatu yang amat ana hargai hasil pemberian insan-insan yang ana sayangi; semoga ia juga bermanfaat pada antum antunna yang ana kasihi sekalian, inshaALLAH :D



KeMerdekaan itu adalah...

Merdekakan DIRI dari dosa dengan memperbanyak istighfar semoga Ramadhan yang masih berbaki ini bermanfaat menghakis segala daki dosa silam.
Merdekakan JIWA kita dengan amal soleh agar jiwa terus bersinar dalam kemurnian iman dan kejernihan takwa.
Merdekakan MINDA kita dengan bacaan wirid dan doa agar kita terus berupaya pacu minda merdeka menuju sifat keHambaan sejati.....
[ Cg W. Ruzlan W. Omar]


Merdeka itu apabila kita berupaya untuk meninggalkan segala apa yang dilarang ALLAH serta mengerjakan segala suruhanNya sekaligus bermujahadah menghindarkan diri daripada dosa besar dan dosa kecil yang boleh menjauhkan kita daripada yang Maha Pencipta

Merdeka itu juga adalah apabila kita sudah berupaya untuk bertahajud saban malam iaitu setelah kita berjaya meMerdekakan diri daripada kongkongan syaitan serta hawa nafsu yang menguasai diri

Merdeka itu juga apabila kita mampu dan berani mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata serta apabila kita telah mampu menegur para pemimpin supaya dapat mempraktikkan segala apa yang dipelajari menerusi al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan seharian
[ Pn Roshana Abd Razak ]


Merdeka itu bila mana kita bebas untuk melakukan sesuatu; apabila para pemimpin diberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk merangka serta membuat apa-apa pun keputusan tanpa ada sebarang sekatan ataupun pemantauan oleh kuasa-kuasa besar dunia yang lain umpamanya US

Selain itu, Merdeka itu apabila kita bebas untuk menyatakan serta menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing mengenai sesuatu samada yang disukai ataupun sebaliknya kepada pihak berkuasa tanpa ada sekatan oleh mana-mana pihak ataupun dikenakan tindakan undang-undang.
Pelaksanaan tindakan undang-undang sebegini sebenarnya dapat merencatkan pembangunan minda generasi muda lantas melahirkan generasi muda yang lebih kurang keyakinan diri sekaligus meminimumkan kehebatan suara-suara lantang generasi yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara ini.

Namun begitu, harus diingat erti keMerdekaan ini haruslah disertai dengan kefahaman agama serta moral yang tinggi agar kebebasan yang diperoleh itu tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak, inshaALLAH

[Ukhti Notts]

ada banyak lagi untuk dikongsikan bersama, namun mungkin cukuplah buat kali ini, bersua kembali dalam entry-entry yang mendatang inshaALLAH

"Ya Allah, aku memohon pada-Mu di bulan penuh rahmat ini segala yang mendatangkan keredhaan-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala yang dapat menimbulkan kemurkaan-Mu. Aku memohon kepada-Mu taufik untuk mentaati-Mu dan tidak bermaksiat kepada-Mu, wahai Yang Maha Dermawan terhadap yang memohon......."



Wallahua'lam

:)