Monday 22 September 2014

"Jangan sakiti hati orang lain ketika kita mengharapkan bahagia"

Jika dirimu telah berpunya (dilamar, dirisik, bertunang etc apatah lagi jika sudah berkahwin), please show some respect towards others yang masih dalam proses mencari.


Jika salah seorang daripada mereka menghampiri kamu dengan hasrat utk bertaaruf dengan mu, sedangmana kamu sudah berjanji untuk mengahwini seseorang yang lain, maka berterus terang itu adalah jalan yang terbaik, untuk menutup semua pintu fitnah dan keburukan yang jauh lebih merbahaya.
Memang kita disarankan agar dirahsiakan status tunang itu, kerana yang perlu dihebahkan cumalah perkahwinan.
kerana pertunangan adalah suatu perhubungan yang belum pasti pengakhirannya. Islam sangat menjaga maruah dan masa depan umatnya.
Tapi..
dalam keadaan tertentu, seperti ada orang approach dan kamu melayannya taktala diri kamu sudah berpunya, atas alasan, tunang tak perlu diheboh2kan, ketahuilah bahawasanya kamu sedang membuka pintu-pintu fitnah yang akibatnya sangat buruk.


La taqrabu zina
Dalam ayat ni, Allah Larang kita both. Berbuat zina dan jalan-jalan menuju ke arahnya.
simply said, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
semua kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah berpunca daripada kita sendiri. we choose our way. so, tepuk dada, tanya iman.
Jangan sakiti hati orang lain ketika kita mengharapkan bahagia.

Wallahua'lam