Saturday 15 January 2011

apa itu MELAYU?

Apakah itu Melayu?


Ukiran kayu Melayu sesudah kedatangan Islam

"Dalam ukiran kayu di depan, kalau kita tengok, ukiran tersebut ialah ukiran yang bermotifkan fauna atau tumbuh-tumbuhan. Dalam ukiran Melayu Islam, penghujung bagi setiap ukiran akan ditamatkan dengan pucuk daun, daun atau bunga kesemuanya ditundukkan ke bawah, bukannya menaik ke atas."

Ukiran daun itu ditundukkan ke bawah sebagai tanda bahawa kesemuanya akan kembali kepada kekuasaan Allah SWT. Kesemuanya akan tunduk layu di bawah kuasa Allah SWT

Orang Melayu memang layu, tapi mereka layu bukannya kerana mereka lembik. Mereka layu bukannya kerana mereka tidak berguna. Tetapi orang Melayu itu layu kepada kuasa Allah SWT. Sebagaimana hebatnya mereka menguasai Melaka, sehingga bahasa Melayu menjadi lingua franca di rantau ini, mereka tidak angkuh. Lantaklah kita hebat macam mana, kita controlperdagangan timur dan barat sekalipun, akhirnya kita semua kembali tunduk dan layu kepada Allah SWT. Itulah maksud Melayu

"Kesatuan orang Melayu itu sendiri sebenarnya ialah kesatuan Islam. Tidaklah dinamakan kita ini sebagai Melayu kalau bukan kerana kita tunduk kepada Allah Taala. Kelemahan orang Melayu itu sendiri adalah berpunca daripada diri mereka yang tidak ada rasa bangga kepada bangsa mereka. Rasa bangga ini dikenali sebagai 'izzah."

Muslimah pada hari ini memakai baju kurung. Tahu apa erti tersirat di sebalik baju kurung?

"Ada yang lebih suka berjubah kerana merasakan itu lebih Islamik. Lebih menepati syariat. Saya tidak katakan itu salah, tetapi saya rasa, ini ialah masalah 'izzah. Tidak dinamakan baju kurung itu sebagai baju kurung melainkan pemakainya akan dikurung dalam syariat Islam. Sebab itulah namanya baju kurung. Bajunya longgar dan bersederhana. Sesuai untuk kita di benua ini. Baju kurung bersandarkan syariat, kita sahaja yang mengubahnya dengan fesyen entah apa-apa, elok-elok namanya baju kurung, jadi baju kurang!"

"Pada baju Melayu cekak musang yang kita semua pakai, apa maksudnya 5 butang tersebut kalau bukan rukun Islam yang berpanca".

"Kegemilangan Melayu, manfaatnya bukan kembali kepada Melayu. Tetapi tuahnya kembali kepada Islam. Melaka adalah pusat penyebaran dakwah Islamiah. Kegiatan tarbiyyah berjalan di sini. Di tanah air ini. Di bumi emas. Tahukah kamu semua bahawa kitab Dur al-Manzum pernah diarak masuk dengan penuh kemuliaan ke dalam balairung Istana Melaka? Mulianya Melayu kerana Islam. Apabila kita mula meninggalkan Islam, kita telah mengundang padah untuk diri sendiri. Nama keramat Melayu hanya tinggal sebagai nama kosong yang tidak ada erti."

"Kedatangan Alfonso de Albuquerque dari Portugal ke Melaka telah memusnahkan ketamadunan Islam di sini. Mereka mahu melunaskan dendam Perang Salib mereka. Mereka tahu, memusnahkan Melaka akan memusnahkan satu lagi titik kekuatan Khilafah Uthmaniyyah yang menaungi umat Islam di seluruh dunia itu.

Inilah sebabnya mereka datang menjajah ke timur. Bukan saya yang kata, penjajah sendiri yang bocorkan rahsia...

Semangat Perang Salib dibawa pula ke Melaka. Berapa ramai umat Melayu telah dikristiankan ketika itu. Melaka akhirnya jatuh ke tangan penjajah laknatullah. Bermulalah era penjajahan ke atas kita semua selama empat ratus tahun lebih lamanya..."

" Ingatlah, ketika tentera Portugis yang dilaknat Allah itu datang ke pesisir pantai Melaka ketika itu, perkara yang pertama yang mereka hancurkan ialah Masjid Melaka yang berada di tepi Sungai Melaka. Orang kafir sendiri sudah sedia maklum apakah itu masjid serta fungsinya... Maka mereka musnahkan simbol penyatuan kita terlebih dahulu..."

Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Melayu” bermaksud berlari atau mengembara ataupun “Hijrah dan terus berjalan”..
Sebuah pengembaraan yang sudah pasti punyai satu niat dan matlamat untuk dilaksanakan, yakni sesuatu itu patinya perlu berhijrah daripada suatu yang negative kepada sesuatu yang lebih positive dan membina. Bagi yang sebaliknya, bukanlah hijrah suatu perkataan yang esuai untuk menterjemahkannya tapi sebaliknya
TERJERUMUS

Kemanakah hendak berlari? Kemana juga hendak mengembara?
Hijrah dari titik mana ke titik mana? Bicara hijrah kemudian berjalan….

Jika benarlah melayu itu ialah “orang-orang yang berhijrah kemudian mereka itu berjalan”
Jadi fikirkan dan laksanakanlah.. kerana lahirnya manusia di bumi ini dengan tanggungjawab dan matlamat yang secara terang-terangan telah diperjelaskan ALLAH menerusi surah al-Dzariyat ayat 56 dan al-Baqarah ayat 30

BENARKAN kata-kata ini (takkan Melayu hilang di dunia) HIDUP!! dan KEKAL!!!
Pastinya akan sentiasa maju ke hadapan..

Reference: http://muhammad-fazdhly.blogspot.com/2011/01/melayu.html

http://tintazukhrina.blogspot.com/2008/08/melayu-melayu.html

Thursday 13 January 2011

Tak Kenal Maka tak Benci

Assalamualaikum wbt

Nak tahu apa kerja syaitan??

Rasuah? Biasalah nak hidup..


Hari ini memakai seluar pendek atas lutut kelihatan ‘hensem’ di padang bola!

Fesyen baju ketat diserasikan dengan tudung digelar busana muslimah!

Hubungan seks luar nikah tak apa, jangan mengandung sudah!

Apa salahnya saya keluar dengan suami orang? Kami kawan biasa aje!

Belajar ilmu agama untuk ustaz je, kami bakal engineer ni bukan guna pun!

Tutup aurat, habislah punca rezeki saya. Macam mana nak berlakon?!

Kalau aku sedekah, jatuh miskin nanti. Penat aku kumpul duit!

Oh, kalau mahu disenaraikan, seharian saya menaip pun tak habis.

Mujahadah

Berhadapan dengan syaitan yang kerjanya sangat profesional ini bukan tugas mudah. Ia memerlukan mujahadah. Ertinya bersungguh-sungguh melawan segala godaan syaitan. Ia bukan sekadar di mulut, tetapi menuntut seluruh anggota, jasad dan jiwa berjuang sama.

Perjuangan melawan syaitan tidak pernah terhenti semenjak terciptanya Adam a.s.

Namun, syaitan ini ada lemahnya. Dia mudah putus asa. Maka teguhkanlah pendirian anda.

Mahu ‘syahid’ atau ‘mati katak’?! Pilihlah sendiri.

Wallahu a’lam.

So, macam mana kita nak benci syaitan kalau kita sendiri tidak belajar untuk mengenalinya




Tuesday 11 January 2011



Senyum leklek mcm berok..
Baju biru lengan sakut..
Melayu ni memang doh terok..
Sunnah Nabi pakat dak ikut..

[ Ustaz Azhar Idrus, Jan 11, 2011]





Wednesday 5 January 2011

achik dan atok..~~ tudung oh tudung

a: tok tok...
assalamualaikum wbt..ade org x?

b: wsalam,..masuklah..
ade ape cu?

a: tok, achik nk tanya lah..kenapa perempuan kena pakai tudung erk?

b: tu kan syariat agama.. ALLAH yang tetapkan hukum tu utk kaum hawa menutup aurat. achik tahu kan kita laki pun ade aurat jugak?

a: a'ah tahu tok..dari pusat ke lutut kan? achik dah belajar waktu kelas agama tahun lepas..terer tak achik tok? haha

b: pandai cucu atok sorang ni.. achik tahu tak tudung tu memelihara kaum hawa daripada sebarang fitnah dunia ni. Islam sgt menjaga maruah kaum Hawa ni sbb macam2 fitnah mereka dpt. kawen lambat, dicop andartu, kawen awal lagilah susah, org cakap mereka dah ditebuk tupai pulak.

a: eh...manusia boleh ditebuk tupai ke tok??

b: eishhh ke situ pulak cucu atok ni..maksud atok, org kite ni suke sgt bawak mulut pasal keburukan org lain.. Islam pulak bg precaution methods supaya kite tak tsalah jalan. Tudung tu sepatutnya bertindak sebagai hijab daripada segala kejahatan. Syariat ALLAH mesti ada hikmahnya kalau kita org yg berfikir. Achik faham tak?

a: achik faham tok..tapi tok, achik tengok perempuan sekarang tudung sume nak chantek2, kadang-kadang baju ketat, seluar pun sendat2, takkan tutup aurat cukup dengan tutup kepala je??

b: alhamdulillah cu..kamu dah mula faham konsep menutup aurat yg sebenar inshaALLAH. Sepatutnya cu, pakaian bagi seorang mukmin tu bukan sahaja menutup auratnya, tapi seharusnyalah menutup maruahnya sebagai seorang wanita. seorang wanita mukmin itu pakaiannya tidak menampakkan bentuk tubuh badannya sebagai seorang wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.
Itulah pakaian yang boleh melindungi dirinya dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Itulah sikap kehambaan yang kita nak dalam mengikut syariat ALLAH bukan buat sebab dah jadi ikutan tapi konsep paling basic pun kita tak faham.


a: atok..maksudnya kalau berfesyen tu boleh jugak menghilangkan rasa kehambaan kita pada ALLAH ke?

b: hurmm...dalam 1 konteks, atok setuju. Sebabnya bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
a: A'ah...achik perasan kat facebook ade gambar perempuan bertudung, tapi pakai sexy2..pedih mate achik ni tok..yang achik paling tak suke, ade yang bertudung pastu upload gambar yang free hair sane sini..ingatkan internet tu album gambar peribadi diorang ke? huhu..achik tengok macam tu, achik jadi takut nak kahwin..

b: hahaha cucu atok ni..kamu mude lagi lah..haha tapi bagus jugak kamu fikir camtu..didiklah diri kamu dengan keindahan Islam.mulalah berdoa untuk diberikan pasangan yang baik2. nanti achik dah besar, ade isteri, jaga dia betul2...isteri tu tanggungjawab sepenuhnya seorang suami. dia buka aurat, achiklah yang berdosa jika tak melarangnya..tapi achik jangan sampai takut nak kawen..kawen tu sunnah Rasulullah SAW,. achik nak ke Rasulullah SAW tak nak mengaku achik sebagai umatnya

a: heishh tok, ape pulak camtu...mestilah achik xnak...ok2 achik belajar rajen2 jadi budak baek2, nanti achik kawen, bagi cucu ramai2 kat atok ok?? hahahaha

(ketawa bersama-sama)


p/s; Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

So, xperlu la bangga bila diri tu dah bertudung sebab tu cuma satu amalan kecil dalam Islam yang telah kita sempurnakan, banyak lagi syariat Nya yang perlu kita sempurnakan jugak !!~~!





...

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ya ALLAH, Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui keadaan jiwa ini pada waktu dan ketika ini. Aku cuma bisa berdoa agar jasad ini diberi kekuatan untuk terus hidup buat seketika lagi supaya aku bisa betul-betul berubah ya ALLAH

Aku bukanlah seorang hamba yang baik apatah lagi untuk menggelarkan diri sebagai seorang da'ie yang hebat

Aku bukanlah seorang anak yang baik mahupun seorang kakak yang mampu membahagiakan adiknya

Aku bukanlah seorang sahabat yang baik yang mampu menemani temanku di kala suka dan duka

hakikatnya, aku cuma insan hina yang imannya sentiasa naik dan turun ya ALLAH

aku cuma seorang pengembara yang kekadang lupa akan destinasi asalku ya ALLAH ampunilah diri ini

Jika sakit ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa lampauku, ujilah aku ya ALLAH

sungguh sakit ini tak setimpal sedikitpun dengan dosa-dosa yang menggunung itu

sakitmu hanya sedikit tapi hinalah kiranya diriku jika masih ingin mengeluh

Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

Madu itu diumpamakan seperti ilmu dan bekas itu adalah hati manusia. Jika kotor hati itu, maka ilmu tidak akan dapat masuk dan menerangi ruang hati yang kosong

Wallahua’lam

Tuesday 4 January 2011

BANGKITLAH!!

Assalamualaikum wbt

"dia dan aku, masing-masing pernah khilaf, masing-masing pernah silap,
yg membezakan antara aku dan dia adalah tahap iman dan taqwa"

Bukankah setiap yang hidup itu takkan pernah terlepas daripada berbuat kesalahan, so apa hak seorang manusia untuk menghukum manusia lain apabila ALLAH sendiri Maha Penerima Taubat?


yApp...
dulu kita pernah berbuat salah, tapi adakah wujud DOSA WARISAN sesudah kita bertaubat?

TIDAK!!~

Bertaubat dan berserah dirilah kerana masa lepas mu hanyalah suatu pengajaran, masa depanmu yang masih belum pasti. Adakah kita masih mahu memilih untuk keep repating da same mistakes bila mana ALLAH sentiasa Memberikan ruang dan peluang untuk mu kembali meng-upgrade-kan iman dan taqwa

Kerana
sungguh di akhirat yang membezakan antara anak-anak Adam tiada lain melainkan iman dan taqwanya kepada ALLAH


wallahua'alam