Thursday 13 January 2011

Tak Kenal Maka tak Benci

Assalamualaikum wbt

Nak tahu apa kerja syaitan??

Rasuah? Biasalah nak hidup..


Hari ini memakai seluar pendek atas lutut kelihatan ‘hensem’ di padang bola!

Fesyen baju ketat diserasikan dengan tudung digelar busana muslimah!

Hubungan seks luar nikah tak apa, jangan mengandung sudah!

Apa salahnya saya keluar dengan suami orang? Kami kawan biasa aje!

Belajar ilmu agama untuk ustaz je, kami bakal engineer ni bukan guna pun!

Tutup aurat, habislah punca rezeki saya. Macam mana nak berlakon?!

Kalau aku sedekah, jatuh miskin nanti. Penat aku kumpul duit!

Oh, kalau mahu disenaraikan, seharian saya menaip pun tak habis.

Mujahadah

Berhadapan dengan syaitan yang kerjanya sangat profesional ini bukan tugas mudah. Ia memerlukan mujahadah. Ertinya bersungguh-sungguh melawan segala godaan syaitan. Ia bukan sekadar di mulut, tetapi menuntut seluruh anggota, jasad dan jiwa berjuang sama.

Perjuangan melawan syaitan tidak pernah terhenti semenjak terciptanya Adam a.s.

Namun, syaitan ini ada lemahnya. Dia mudah putus asa. Maka teguhkanlah pendirian anda.

Mahu ‘syahid’ atau ‘mati katak’?! Pilihlah sendiri.

Wallahu a’lam.

So, macam mana kita nak benci syaitan kalau kita sendiri tidak belajar untuk mengenalinya