Monday 31 May 2010

Al Jazeera's report on board the Mavi Marmara before communications were cut

PALESTINA TERCINTA!! ALLAHUAKBAR!!


Allah swt menakdirkan derita Palestin itu lama, mengapa ya? Mesejnya bukan semata-mata untuk merdekakan Palestin TETAPI Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam!!!!!! Palestin Memanggil Kita Pulang Kepada Islam!!!! Allahuakbar! (=

Kuncinya : http://saifulislam.com/?p=4447

Sunday 30 May 2010

jujur? apa islam cakap mengenai jujur?

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang

tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH



Seseorang bertanya kepada Nabi SAW, "Ya Rasulullah, terangkan kepadaku, apa yang paling berat dan apa yang paling ringan dalam beragama Islam?"

Nabi bersabda, "Yang paling ringan dalam beragama Islam ialah membaca syahadat atau kesaksian bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasulullah."

"Sedang yang paling berat adalah hidup jujur (boleh dipercayai). Sesungguhnya, tidak ada agama bagi orang yang tidak jujur. Bahkan, tidak ada solat dan tidak ada zakat bagi mereka yang tidak jujur." (HR Ahmad Bazzar).

Kalau seseorang itu beriman, mestinya ia yang jujur. Kalau tidak jujur, bererti tidak beriman. Kalau orang rajin sembahyang, mestinya juga jujur. Kalau tidak jujur, bererti sia-sialah solatnya. Kalau orang sudah berzakat, mestinya dia juga jujur. Kalau tidak jujur, bererti zakat tidak memberi kesan positif bagi dirinya.

Anas RA berkata, "Dalam hampir setiap khutbahnya, Nabi SAW selalu berpesan tentang kejujuran. Baginda bersabda, 'Tidak ada iman bagi orang yang tidak jujur. Tidak ada agama bagi orang yang tidak konsisten memenuhi janji'."

HR Ahmad Bazzar Thobaroni menyebutkan sahabat Abu Hurairah RA berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Ciri orang munafik itu ada tiga, iaitu bicara dusta, berjanji palsu, dan ia khianat jika mendapat amanat (tidak jujur)'." (HR Bukhari).

Abdullah bin Utsman berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Ada empat sikap yang kalau ada pada diri seseorang maka yang bersangkutan adalah munafik tulen, iaitu kalau dapat amanat, ia khianat (tidak jujur); kalau berkata, selalu dusta; kalau berjanji, janjinya palsu ; kalau berurusan, licik '. " (HR Bukhari Muslim).

Orang jujur itu disayangi Allah. Dan, orang yang tidak jujur dimurkai Allah SWT. Kejujuran menjadi salah satu sifat utama para Nabi, salah satu akhlak penting orang-orang yang soleh.

Kejujuran adalah kunci keberkatan. Kalau kejujuran sudah hilang di tengah-tengah masyarakat, kebarakahannya pun akan hilang juga. Dan, apabila keberkatan sudah hilang, kehidupan menjadi kering, hampa tanpa makna.

Kehidupan diwarnai dengan kegelisahan, kebimbangan, ketakutan, kecemasan, dan kekecewaan kerana sukar mencari manusia yang jujur.

Rasulullah menyatakan dengan sabdanya:

"Wajib ke atas kamu untuk jujur, sebab jujur itu akan membawa kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan jalan ke syurga, begitu juga seseorang sentiasa jujur dan memperhatikan kejujuran, sehingga akan termaktub di sisi Allah atas kejujurannya. Sebaliknya , janganlah berdusta, sebab dusta akan mengarah pada kejahatan, dan kejahatan akan membewa ke neraka, seseorang yang sentiasa berdusta, dan memperhatikan kedustaannya, sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta "

(HR. Bukhari-Muslim dari Ibnu Mas'ud)

Rasulullah saw. memberi keringanan seperti dalam hadis daripada Ummi Kaltsoum:

"Saya tidak mendengar Rasulullah saw. memberi keringanan pada suatu kebohongan kecuali tiga masalah: Seseorang yang membicarakan masalah dengan maksud mengadakan perbaikan (Islah); seseorang membicarakan masalah pada saat konflik perang (agar selamat), dan seseorang yang merayu isterinya begitu juga isteri merayu suami. (HR. Muslim)

Ada juga hadis yang menyatakan, Rasulullah bersabda: "Bukanlah pendusta orang yang ingin melerai konflik sesama, sehingga orang tersebut berkata: semoga baik dan menjadi baik"

wallahua'lam



Saturday 29 May 2010

MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGIS DI SANA

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang

tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH




MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGIS DI SANA


Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Disana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."


Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!.............

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”

(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

sabda Baginda yang bermaksud:

“Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata:

“Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah.”

WALLAHUA'LAM

Thursday 27 May 2010

NIATKAN IKHLAS DEMI ALLAH ♥ ♥ ♥ ♥

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang

tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH




sekarang kita semua sedang sibuk menyiapkan diri untuk exam

ada yang sanggup bersekang mata, dikorbankan waktu tidur untuk menelaah pelajaran

bagus2...

inshaALLAH segala usaha kita itu akan diganjarkan ALLAH kelak

namun..

masih belum terlambat kiranya untuk kita set kembali

niat kita menelaah pelajaran itu semua

adakah ia semata2 untuk exam??

semata2 untuk mendapatkan gred yg cemerlang??

jika ya, ayuh kita perbetulkan niat kita...

lakukan segala2 nya kerana ALLAH

niatkan perlakuan kita itu untuk mencari redha ALLAH

supaya perbuatan itu tidaklah dilihat sebagai perbuatan semata2

namun jika disulami dengan niat yang betul demi ALLAH

InshaALLAH perbuatan itu dapat diganjarkan ALLAH seolah2 kita sedang beribadat kepada Nya





Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith dari Umar bin Khattab ra dia berkata:

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,


"Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang akan diganjar sesuai dengan niatnya. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka pahala hijrah tersebut diserahkan kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya untuk mencari dunia atau menikahi wanita, maka hijrahnya akan diserahkan kepada apa yang menjadi tujuannya. "





Imam Nawawi berkomentar terhadap hadis tersebut,


"Yang dimaksud adalah amalan-amalan ketaatan, bukan amalan-amalan yang bersifat mubah."

** mubah: an action as neither forbidden nor recommended, and so religiously neutral



Imam Al-Harith Al-Muhasibi berkata,

"Ikhlas tidak masuk ke dalam perkara-perkara mubah, kerana yang mubah tidak meliputi ketaatan dan tidak akan mengantarkan kepada ketaatan, seperti meninggikan bangunan tanpa sebarang tujuan atau bahkan dengan tujuan bermewah-mewahan. Adapun jika lakukan untuk tujuan tertentu seperti masjid, jambatan, benteng pertahanan dan lain-lain, maka hal itu menjadi terpuji. "



Imam Nawawi melanjutkan perkataannya,

"Dan tak ada ikhlas dalam perkara-perkara yang diharamkan atau dimakruhkan, contohnya melihat hal-hal yang tidak boleh dilihat dengan alasan bertafakkur terhadap ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala , seperti melihat anak kecil yang tampan (amrad). maka dalam hal ini tidak diketahui istilah ikhlas, bahkan tak dianggap sebagai amalan ibadah sedikit pun. Kerana ikhlas adalah substansi ibadah itu sendiri"



Razin telah meriwayatkan sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

"Sesiapa mengikhlaskan niat hanya kerana Allah semata selama puluh hari, maka akan terpancar sumber-sumber mata air hikmah dalam hati dan lisannya."



wallahua'lam

:)