Thursday 20 May 2010

BUTA MATA ATAU BUTA HATI??


buta mata


atau...



buta hati??


assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH


Selawat dan Salam Pada Rasul Junjungan Muhammad SAW.

Pertama-tamanya, Syukur kehadrat Ilahi yang Maha Esa
yang mana sehingga ke hari ini kita masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam
Itulah nikmat yang paling besar yang kita terima
dan
tiada tandingannya...








http://islamcan.com/miracles/icemountain.shtml



“Masya Allah… tulisan ‘Allah’ jelas kelihatan di puncak gunung itu!”, terpegun sebahagian kita dengan berita sebegini.

“Kalimah Allah jelas kelihatan di benua Afrika, jika dilihat dengan imej satelit. Subhanallah!”, terlopong segelintir kita dibuatnya.

“Ishh… dahsyatnya. Budak itu lahir dengan tanda ‘Allah’ di telinganya. Mesti budak tu luar biasa dan ajaib!”, komen seorang daripada kita kepada suatu laporan akhbar.

“Subhanallah, lihat tu… Ikan Allah!”, hingga terbit sebuah halaman web rasmi untuk ‘ikan Allah’ ini.

ikanallah.jpg Ikan Allah?


adakah hanya ikan yang tertulis kalimah ALLAH di badannya menunjukkan kekuasaan Nya?

bagaimana pula ikan2 yang lain??

sesungguhnya semua ciptaan Nya pasti menimbulkan bukti Kekuasaan ALLAH jika kita berfikir

fikirkan komplikatednya penciptaan ikan ini

bagaimana insang dan organ dalam dimodifikasi untuk diadaptasi dengan habitatnya yang pelbagai?

ada di air tawar, dimodifikasi lagi supaya mampu hidup dalam keadaan [solute] tidak terlalu tinggi..

jika di lautan pula, [solutes] yang tinggi, air bergaram, bagaimana pula organ2 dalamannya?

pernahkah kita berfikir?

ataupun cuma untuk melihat bukti2 nyata di badan ikan ini barulah kita sedar, eh2 kiamat dah dekat lah!!

ALLAH itu Maha Berkuasa lah!!

adakah perlu ALLAH zahirkan baru kita sedar

ALLAH boleh sahaja menzahirkan kesemuanya pada kita..

namun lagi indah jika kita menghargai setiap apa yang diciptakan ALLAH tanpa perlu berdolak dalih mecari bukti yang nyata

kerana

kita sendiri adalah bukti Kekuasaan ALLAH :)




Saya masih tidak faham. Sejak dulu lagi saya memang kehairanan. Mengapakah masyarakat kita sangat obses dengan kemunculan imej yang dilihat sebagai lafz al-jalalah ‘Allah’ di pelbagai tempat. Di langit, di perut lembu, di dalam isi tembikai, di kepala budak, di batang pokok di hutan, di sarang lebah dan entah di mana lagi…

Apakah semua itu keajaiban?

Mungkin ya, tetapi mungkin sangkaan semata.

Tetapi apa yang pasti ialah, mengapa hanya dengan kemunculan benda-benda sebegitu baru kita dapat ‘melihat Allah’. Mengapa tanda-tanda atau ayat Allah itu hanya mampu kita kesan apabila ia muncul sedemikian rupa? Yang sebahagiannya mungkin hanya sangkaan kita semata?

Mengapa kita tidak mampu ‘melihat Allah’ pada hari-hari biasa? Pada kelahiran biasa? Pada awan biasa? Mengapa harus menanti yang luar biasa baru tergerak hati untuk percaya dan peduli kepada-Nya?



albaqarah55.jpg

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.[Al-Baqarah 2: 55]



Apakah kita telah dijangkiti dengan penyakit yang sama sebagaimana penyakit yang menimpa Bani Israel?

Tidak mampu mendatangkan percaya kecuali dengan garapan pancaindera?

Hilang deria melihat apa yang di luar upaya mata?

Hanya mahu mempercayai Allah jika Musa memperlihatkan-Nya, sebagaimana mereka memperlihatkan patung anak lembu itu sebagai sembahan?

Atau seperti penganut Kristian yang sentiasa ternganga melihat ‘Virgin Mary’ yang berdarah lantas disangka ‘Bloody Mary’?



virginmaryeire.jpg


Apakah begitu sekali rendahnya nilai iman kita, hingga hanya mampu percaya selepas melihat?

Lupakah kita kepada segala-gala benda biasa yang luar biasa ini?

Lihat diri kamu sendiri…

tidakkah kamu mampu melihat Dia?

pada setiap anggota tubuh badan kita, tidakkah kita mampu melihat Kekuasaan ALLAH?

tidak mampu lagikah kita melihat Ketelitian ALLAH dalam penciptaan kita?

mampukah kita menandingi Kehebatan ALLAH ini?

adakah tidak menakjubkan bagimu apabila melihat hidung yang tercipta sempurna oleh ALLAH?

penciptaan telinga yang tiada cacat cela nya?

adakah perlu ALLAH zahirkan kalimah2 ALLAH di badan mu/sekitarmu barulah kamu yakin akan Kekuasaan ALLAH itu??

Hanya jika di dahimu tertulis kedut yang disangka kalimah Allah, baru kamu akui kebesaran Dia?



jika kita diciptakan dengan telinga sebegini, baru kita sedar akan kewujudan ALLAH??

telinga kita kini, tidak pernahkah ia mengingatkan kita akan Kehebatan kuasa ALLAH??

YAPPP

ia suatu advantage bagi kita untuk mendekatkan diri dengan ALLAH jika kita dizahirkan dengan kalimah2 ini, namun..

beringat2lah

jangan terlalu obses

banyak lagi bukti2 Kekuasaan Nya pada badan kita dan persekitaran kita..



Lupakah kamu kepada peringatan-Nya:

addzariyat211.jpg

“Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?”[Adz-Dzaariyaat 51: 21]



Lihat dengan mata hatimu jari jemari yang sepuluh di tanganmu itu. Ia jari jemari biasa yang luar biasa.

Panjang pendeknya menyerlahkan kesempurnaan penciptaan Dia.

Lihat tubuh badanmu, jantungmu, matamu, kulitmu…

semua yang biasa-biasa itu sebenarnya bukan biasa malah luar biasa.

Mengapa harus dinanti sesuatu yang di luar kebiasaan untuk menyedari kehebatan Dia?

Dangkal sungguh keupayaan kamu mengimani Dia.

Renung langit…

lihat bulan dan bintang, perhatikan pertukaran malam dan siang…

segala kejadian biasa itu bukan biasa-biasa.

Semuanya luar biasa.



bagi orang kafir yang konon2 mendakwa ALLAH itu tidak adil bagi mereka

menciptakan mereka dalam keadaan kufur

kemudian mengazabi mereka dengan azab api neraka jahanam

adilkah ALLAH??

YES!!! ALLAH MAHA ADIL!!


kerana apa ana berkata sedemikian?

mereka sejak azali ALLAH ciptakan sebagai muslim

semua makhluk ciptaan ALLAH adalah muslim pada zahirnya

cuma ibu bapa dan persekitaran yang mencorakkan titik2 hitam dalam hidup mereka



namun...

jika ditanya nampakkah mereka akan Kebesaran ALLAH??

jika lah dibuang ego yang menggunung di hati mereka yang makin lama bertambah2 tompok hitam dosa itu,

yakinlah

mereka sendiri akan mengakui Kekuasaan ALLAH itu pada diri mereka sendiri



mampukah mereka mengingkari sunnatullah


yakni menyekat pengaliran darah dlm badan??


memberhentikan denyutan jantung namun masih mampu hidup dengan bahagia di dunia ini?


mampukah mereka tidak menggunakan sistem2 yang tersusun sempurna dalam badan ini untuk terus hidup??


mampukah darah menentang arus perjalanannya meskipun buat seketika??


mampukah hidung ditukarkan peranannya untuk melihat?


mampukah segala alterations dibuat oleh manusia sendiri pada segala yang telah ALLAH Ciptakan ini?



namun...

ALLAH terlah berfirman sesungguhnya Kekuasaan ALLAH hanya akan ternampak pada mereka yang melihat dan berfikir

ayuhh jadikan lah kita dan ahli keluarga kita serta rakan2 semua sebagai salah seorang orang2 yang berfikir :)



Lupakah kita semua kepada sebutan Dia dalam firman-Nya:

aliimran190.jpg

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]



Mengapa yang luar biasa juga yang dicari, sedangkah segala-galanya terbentang di depan mata. Setiap kejadian sekecil atau sebesar mana sekali pun, tetap padanya ada tanda dan bukti kebesaran-Nya.

Tetapi dengan tanggapan manusia kaku yang gagal mengesan kehadiran-Nya hinggalah nama-Nya muncul (disangka muncul) di sana sini, kita sia-siakan mesej Allah yang disampaikan terus menerus pada penciptaan alam ini. Juga kita sering terkejut tidak tentu hala.

Bukan sahaja terkejut dengan terpahatnya jalur-jalur yang ditafsir sebagai ‘mesej dari-Nya’, malah menganggap pula ikan itu ikan Allah, budak ini budak Allah… apa semua ini?

Kita lupa kepada hakikat segala yang ada di sekitar ini, sedang dan sentiasa berhubung dengan Allah, melihatnya mendatangkan tenang, mendengar suaranya mendatangkan harmoni di dalam jiwa. Semuanya zikrullah..

israa44.jpg

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun [Al-Israa' 17: 44]



Sesungguhnya paradigma tahyul (takhayyul barangkali) menjadikan kita gagal melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat, pada hari-hari biasa, kejadian-kejadian biasa… yang di sebalik semua itu tersimpan makna yang agung dan luar biasa.

hajj46.jpg

Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]

Buta mata hilang warna… buta hati hilang makna dan erti. Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan menuju ke Syurga.



"WAHHH!! KAKTUS BERKALIMAH ALLAH!! "

sudah pasti ramai antara kita pernah menyaksikan gambar ini...

kadang2 pelik..

kita seolah2 lebih mengagumi ciptaan Nya daripada yang Menciptakan sesuatu itu (ALLAH)

tidak salah mengambil ibrah daripada setiap kejadian itu, namun, berpada2 lah

supaya setiap perbuatan dan perkataan yang kita zahirkan

hanya lah yang diizinkan oleh Nya

berteraskan akidah dan keyakinan yang kukuh kepada ALLAH..

(ingatlah kaktus2 atau ciptaan ALLAH yang lain pun menunjukkan kehebatan ALLAH..

malah...

mereka lagi taat dan sentiasa patuh akan ALLAH

sentiasa bertasbih memuji-muji Kebesaran ALLAH..

ayuh..teladanilah ciri2 yang mendekatkan kita kepada Pencipta kita yang Maha Esa ini )

wallahua'lam


source: http://saifulislam.com/?p=1328

http://www.kuliyah.net/V1/ (kuliyah online ustaz hasrizal-saifulislam)

http://www.google.co.uk/ (images) +