Thursday 27 May 2010

NIATKAN IKHLAS DEMI ALLAH ♥ ♥ ♥ ♥

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang

tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH




sekarang kita semua sedang sibuk menyiapkan diri untuk exam

ada yang sanggup bersekang mata, dikorbankan waktu tidur untuk menelaah pelajaran

bagus2...

inshaALLAH segala usaha kita itu akan diganjarkan ALLAH kelak

namun..

masih belum terlambat kiranya untuk kita set kembali

niat kita menelaah pelajaran itu semua

adakah ia semata2 untuk exam??

semata2 untuk mendapatkan gred yg cemerlang??

jika ya, ayuh kita perbetulkan niat kita...

lakukan segala2 nya kerana ALLAH

niatkan perlakuan kita itu untuk mencari redha ALLAH

supaya perbuatan itu tidaklah dilihat sebagai perbuatan semata2

namun jika disulami dengan niat yang betul demi ALLAH

InshaALLAH perbuatan itu dapat diganjarkan ALLAH seolah2 kita sedang beribadat kepada Nya





Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith dari Umar bin Khattab ra dia berkata:

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,


"Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang akan diganjar sesuai dengan niatnya. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka pahala hijrah tersebut diserahkan kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya untuk mencari dunia atau menikahi wanita, maka hijrahnya akan diserahkan kepada apa yang menjadi tujuannya. "





Imam Nawawi berkomentar terhadap hadis tersebut,


"Yang dimaksud adalah amalan-amalan ketaatan, bukan amalan-amalan yang bersifat mubah."

** mubah: an action as neither forbidden nor recommended, and so religiously neutral



Imam Al-Harith Al-Muhasibi berkata,

"Ikhlas tidak masuk ke dalam perkara-perkara mubah, kerana yang mubah tidak meliputi ketaatan dan tidak akan mengantarkan kepada ketaatan, seperti meninggikan bangunan tanpa sebarang tujuan atau bahkan dengan tujuan bermewah-mewahan. Adapun jika lakukan untuk tujuan tertentu seperti masjid, jambatan, benteng pertahanan dan lain-lain, maka hal itu menjadi terpuji. "



Imam Nawawi melanjutkan perkataannya,

"Dan tak ada ikhlas dalam perkara-perkara yang diharamkan atau dimakruhkan, contohnya melihat hal-hal yang tidak boleh dilihat dengan alasan bertafakkur terhadap ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala , seperti melihat anak kecil yang tampan (amrad). maka dalam hal ini tidak diketahui istilah ikhlas, bahkan tak dianggap sebagai amalan ibadah sedikit pun. Kerana ikhlas adalah substansi ibadah itu sendiri"



Razin telah meriwayatkan sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

"Sesiapa mengikhlaskan niat hanya kerana Allah semata selama puluh hari, maka akan terpancar sumber-sumber mata air hikmah dalam hati dan lisannya."



wallahua'lam

:)