Thursday 6 May 2010

Berenang Dalam Lautan Peluh

assalamualaikum wbt


bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

Berenang Dalam Lautan Peluh



Daripada Ibnu Umar R.anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Seluruh manusia akan berdiri di hadapan Tuhan Pencipta Alam ini(pada hari Kiamat nanti),sehingga salah seorang di antara mereka ada yang akan tenggelam di dalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan telinganya.

Riwayat Bukhari & Muslim


Pengajaran Hadis:

-Ketika dibangkitkan pada hari Kiamat kelak serta dihimpun di padang Mahsyar,suasana teramat panas umpama matahari berada sejengkal di atas kepala hingga ada yang tenggelam dalam peluh sendiri.


-Menurut ulama',ada 15 macam keadaan orang yang dihimpun di padang Mahsyar,:
i) ada yang hanya berpeluh hingga ke paras tumit,
ii) separas lutut,
iii) ada yang separas pinggang,
iv) separas tengkuk dan
v) ada juga yang berenang dalam lautan peluh
*** semuanya berdasarkan amalan masing-masing di dunia.***

maka,

-Beruntunglah sesiapa yang mendapat lindungi Arasy pada hari yang tiada perlindungan ini,iaitu 7 golongan yang disebut dalam sebuah hadis.
Mereka ialah:
1)pemimpin yang adil
2)pemuda yang rajin beribadah,
3)orang yan hatinya tertaut pada masjid,
4)orang yang bersahabat kerana Allah,
5)orang yang digoda untuk berzina tetapi ia menahan diri,
6)orang yang bersedekah
7) orang yang mengalir air mata kerana takut kepada Allah S.W.T.

WALLAHUA'LAM