Tuesday 18 May 2010

aurat dan wanita

assalamualaikum wbt


bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH


Selawat dan Salam Pada Rasul Junjungan Muhammad SAW.

Pertama-tamanya, Syukur kehadrat Ilahi yang Maha Esa
yang mana sehingga ke hari ini kita masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam
Itulah nikmat yang paling besar yang kita terima
dan
tiada tandingannya...


Dalam Islam aurat tu sangat penting dijaga. Dengan sebab-sebab tertentu..


1. Menjaga maruah, taklah nampak keburukan diri, dengan cara berpakaian. Tak la diganggu oleh kutu-kutu rayau..
2. Barang yang berharga tersimpan dalam bekas yang ditutup RAPI tgkla kalau kita beli Mutiara asli, ade nak letak atas meja mcm tu je?? Mesti letak dalam bekas baik punya kan??
3. Supaya mengelakkan maksiat, rogol, zina dan lain-lain.
4. Supaya ada feeling bila bersama isteri dan suami yang sah. Bayangkan la, kalau dah aurat terdedah hari2, dah kurang feEling bila suami isteri bersama, sebab dah BIASA TENGOK KAN??




Soalan sekarang, mcm mana orang yang pakai tudung baik dan tutup aurat dengan sempurna pun kena kacau, kena rogol??


Tengokla, kalau kucing, kita dah acah dengan ikan, die mesti bengang kan, dia sanggup curi ikan dalam tudung saji walaupun risiko kena baling pinggan dengan tuan rumah.

Mcm tu juga manusia, terlalu ramai yang tak menutup aurat.. Jadi, manusia dah terdedah dengan semua tu yang menyebabkan nafsu syahwat tak dapat dikawal. Manusia yang dah terlalu banyak terdedah dengan maksiat...



TUTUPLAH AURATMU UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH, BUKAN MENGIKUT TREND...


Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.