Thursday 20 May 2010

saYang seRibu kaLi saYang T-T

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH


Selawat dan Salam Pada Rasul Junjungan Muhammad SAW.

Pertama-tamanya, Syukur kehadrat Ilahi yang Maha Esa
yang mana sehingga ke hari ini kita masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam
Itulah nikmat yang paling besar yang kita terima
dan
tiada tandingannya...


Anda kuat??

Boleh angkat bebanan dua kali lebih berat daripada berat anda??




Stamina anda tinggi??

Boleh berjogging 20 minit non-stop??





Kereta anda laju??

Boleh bawak dari Siam ke JB kurang daripada dua jam??




Duit anda banyak??

Boleh beli hadiah mahal-mahal kat awek anda setiap kali ber'dating'??




Baju anda mahal??

Butang baju anda sahaja pun sama harga dengan emas 16 karat??




Dahi anda licin??

Sebijik jerawat pun tiada??






Suara anda lunak??

Sekali menyanyi semua orang tertawan??




Cinta anda kepada awek anda adalah sejati??

Lautan api sanggup direnangi??



Anda a good listener??

Masalah rakan sanggup didengari??



TAPI SAYANG...




Anda memang kuat..


sayang seribu kali sayang..

selimut yang tak sampai sekilo pun tak larat nak angkat
ketika azan subuh berkumandang..


Stamina anda memang tinggi..


sayang seribu kali sayang..
solat lima waktu yang tak sampai sejam bagi setiap waktu pun anda tak larat nak tunaikan..
Masjid dan surau yang tak sampai dua batu pun tak larat nak jalan..




Kereta anda memang laju..


sayang seribu kali sayang..
selaju-laju kereta anda tu, masjid tak penah sampai..





Duit anda memang banyak..

boleh bagi hadiah mahal-mahal kat awek setiap kali dating..(dating haram!)
sayang seribu kali sayang
Duit anda yang banyak tu singgit pun tak penah singgah kat tabung masjid..
Lagi banyak melabur untuk dunia yang nak ditinggalkan daripada melabur untuk akhirat yang nak dituju..




Baju anda memang mahal..

sayang seribu kali sayang..
bila sembahyang pakai baju selekeh-selekeh je..

baju mahal-mahal pakai time majlis-majlis keraian sahaja..


Dahi anda memang licin..

sayang seribu kali sayang..
Dahi tersebut tak mampu nak menyentuh sejadah..

sejadah tu bukannya tajam sangat sampai boleh luka tiap kali sujud..huhu..




Suara anda memang lunak..

sayang seribu kali sayang..
Baca quran jarang sekali..
Lagi banyak menyanyi daripada mengaji..




Cinta anda terhadap awek anda memang sejati...

sayang seribu kali sayang..

Anda abaikan cinta agung anda terhadap Allah..
Nanti kat akhirat nanti renangilah lautan api tu ek..



Anda memang a good listener..

sayang seribu kali sayang..

Lebih suka dengar fitnah dan umpatan daripada nasihat



wallahua'lam


fikir-fikirkanlah sejenak


wassalam

salam ukhuwwah