Saturday 1 May 2010

bBq+frenz+ukhuwwah? :)

assalamualaikum wbt


bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH








semalam best jugak la

even afta my 1-5pm lecture at AP building

at last

got something that can cheer me up

make me smile even "sweeter" ;)

bcoz i'm wif my beloved frenz

spending our time togeta

having bbq

it's so much fun!!

believe or not

it's actually my 1st time doing dat

haha

selama ni tukang perabis makanan je kalu ade bbq

tak pun, mmg pergi2 dah siap da

so kami sediakan perut je la

TOLONG makan je LOL

bahagia la jugak bila hidup dalam komuniti

tu la

kita mana boleh hidup sorang2...

alahaiii...

betul la kata Umar r.a

"tiada Islam tanpa jamaah"

hurm...

memang takkan berjaya satu komuniti itu tanpa ikatan ukhuwwah yang kuat

tanpa adanya ukhuwwah dan rasa sayang antara satu sama lain adakah mungkin wujudnya kekuatan yang Islam inginkan?

akan ada ke orang2 yang sanggup berkorban untuk agama ALLAH?

simple way to look at it

bila kawan kita dalam kesusahan, kita nak tolong tak?

ya??

kenapa erk??

sebab kita dah mula ada rasa kasih sayang antara kawan2

bila ukhuwwah dah terjalin, inshaALLAH makin kuatlah Islam itu

:)


Dari Aisyah r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.”

- Sahih Bukhari -




Perpaduan adalah asas bagi ajaran Islam

ia bukannya sekadar membina hubungan manusia dengan Allah semata-mata

tetapi

kita juga diseru supaya mengukuhkan hubungan baik sesama manusia

dan

mahkluk-mahkluk yang lain.




Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia.

(Surah A-li ‘Imran : Ayat 112)



Untuk membina perpaduan sesama umat Islam,

Allah s.w.t menggambarkan bahawa

setiap orang Islam itu bersaudara antara satu sama lain

yang mana asas persaudaraan itu

bukan sekadar dari hubungan tali persaudaraan keluarga

atau

satu bangsa

tetapi

disatukan dengan tingkatan akidah dalam Islam seperti firman Allah s.w.t:


Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara

(Surah Al-Hujurat : Ayat 10)



Ayat ini mengambarkan kepada kita bahawa

umat Islam mendapat pengiktirafan dari Allah s.w.t sebagai saudara seagama,

yang banyak hak yang perlu dipelihara bersama-sama.



buanglah segala sifat2 mazmumah yang boleh meruntuhkan ukhuwaah kita


janganlah kita merobohkan kekuatan islam yang sedang dibina ini


semoga semua mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat


dan


semoga ukhuwah yang terjalin atas dasar akidah yang kuat kepada Nya ini


akan menjaminkan kita satu tempat yang mulia di sisi ALLAH


Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu seperti mana api memakan daun kering.

(Hadis Sahih)




wallahua'lam


wassalam