Wednesday 29 May 2013

Mengapa Rasulullah masih meminta hidayah Allah...?

SOALAN:
Mengapakah Rasulullah SAW masih meminta hidayah kepada Allah padahal Baginda telah jelas-jelas diberi hidayah oleh Allah, bahkan melalui perantaraan Baginda jualah, ramai umat manusia telah menerima hidayah.


JAWAPAN:
·        Ibnu Taimiyyah berkata, “Rasulullah SAW masih meminta hidayah kepada Allah kerana hidayah itu mempunyai banyak levelnyaLevel tertinggi suatu hidayah itu adalah al-Wasilah yang sangat didambakan oleh Rasulullah SAW, dan inshaAllah Baginda mencapainya dengan izin Allah swt. Oleh itu, setiap individu muslim disunnahkan untuk mengamalkan doa sesudah azan yang bermaksud seperti berikut:

“Ya Allah, Pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Muhammad  akan al-Wasilah dan keutamaan dan anugerahkanlah pula kepadanya kedudukan yang tinggi lagi terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya”

·        Semua orang pasti akan menginginkan agar petunjuk yang dia perolehi pada hari ini dan hari-hari mendatang lebih baik dan bertambah berbanding hari-hari sebelumnya. Oleh itu, wajarlah bagi Rasulullah SAW untuk sentiasa mendoakan kebaikan dan dikurniakan hidayah untuknya setiap hari; supaya hidayah yang diperoleh akan sentiasa bertambah tinggi berbanding hari-hari sebelumnya sehinggalah ia mencapai tahap yang paling tinggi di sisi Allah, inshaAllah.


·        Jalan untuk menuju hidayah itu terlalu banyak sehingga tidak terhintung bilangannya. Oleh itu, Rasulullah SAW selalu meminta kepada Allah untuk menambahkan petunjuk yang diberikan kepadanya secara berterusan.

·        Diceritakan oleh Aisyah r.a., bahawasanya Baginda Rasulullah SAW setiap kali bangun malam, selalu membaca doa berikut (yang bermaksud):

“Ya Allah, Tuhannya malaikat Jibril, Mikail, dan Israfil, Pencipta langit dan bumi dan yang Mengetahui hal yang ghaib mahupun yang nyata. Engkaulah yang akan mengadili di antara hamba-hambaMu terhadapa apa-apa yang mereka perbalahkan. Berilah aku petunjuk dengan izin-Mu tehadap kebenaran yang mereka pertikaikan. Sesungguhnya Engkau Pemberi petunjuk kepada jalan yang lurus”
[HR Muslim (1761), Abu Dawud (767), dan at-Tirmizi (3551)]

Rujukan:
‘Nasihat untuk Orang yang Terlanjur Melakukan Dosa’ hasil nukilan Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni (terbitan JahaBersa)




HIGH HEELS. Halal or Haram?

HIGH HEELS


Al-kisahnya..


Pernah suatu ketika, penulis keluar berjalan-jalan dengan seorang sahabat di Kota London sambil memakai kasut HIGH HEELS yang baru dibeli beberapa hari yang sudah.

 Melihat gelagat sahabat yang hanya memuji memakai kasut tersebut, so, pada ketika tu, memang penulis rasakan “OKAY kot pakai HIGH HEELS ni.. takde orang tegur pun cakap TAK BOLEH PAKAI  J

Lagipun, since duduk kat negara orang ni, memang dah lama tak pakai kasut tinggi2 ni.. Entah mengapa hari itu, terasa berkenan pulak nak membeli kasut yang bertumit tinggi tu…haishhh ikut nafsu la sangat kan? Ni kalau nak buat pertandingan ‘tomoi’  antara Kehendak vs Keperluan , hurmmm rasanya memang teramat jelaslah siapa pemenangnya kan? Aiyoookk.. biasalah,. Penulis bukanlah seorang yang penuh ilmu di dadanya huhu.. Insaf sattt huhu…

Okay, okay, okay… Back to the story, please J

Biasanya, kalau students Malaysia nak cari jubah or any muslim attires, mesti diorang akan singgah ke desitinasi wajib iaitu White Chapel! Salah satu lokasi yang majoritinya beragama Islam. Mereka ni kebanyakannya memang bukan omputeh lah.. Mereka tak lain, tak bukan, adalah Pakistanis and Bangladeshis. Yang paling best, sebab penduduk majoritinya adalah Muslims, so, mereka bolehlah request untuk adakan sebuah masjid. Alhamdulillah! J A big YAY for Muslim society kat sana. YIPPI!!
Masjid. Kalau kat luar negara yang majoritinya bukan muslims ni, memang syarat dia tak boleh laung azan sampai ke luar building tu. Berpadalah dapat bina masjid and azan bunyi kat seluruh (dalam) masjid itu sahaja. Takpelah, apa-apa pun, dah cukup bersyukur sangat, at least muslims di luar negara still ada opportunity untuk solat jemaah sama-sama kan? So, there will be no more reasons not to go to mosques/mussollas anymore la kan? J


Btw kat area ni memang banyak kedai @ gerai yang jual jubah, tudung, hurmm macam-macam lagilah. Ada jugak bookstores yang jual buku-buku agama yang quite good lah for muslims (and non-muslims) to gain more knowledge about Islam dekat negara omputeh ni. Mereka kat negara omputeh ni, kalau bab dakwah memang teramat awesome hebatnya. Nak dakwah, kat mana-mana pun boleh. Mereka berani berdialog dengan non-muslims dalam banyak isu. Dan Alhamdulillah masing-masing kalau respect agama  each other, insyaAllah memang takde masalahlah untuk mana-mana pihak untuk berdakwah. Christians pun kadang-kadang ada jugak yang datang approach kami yang dah bertudung litup ni ajak ke church.. *Sabo je lahhhh*
Okay.. pasal isu kasut TUMIT TINGGI ni. Nak dijadikan cerita, memang pernah dengar ada orang cakap sampai tahap HARAM pakai. Sebab memang kalau pakai high heels, hanya orang-orang yang hebat sangat je boleh jalan tanpa bunyi. Majoriti yang pakai kasut camni memang akan hasilkan bunyi. TUP TAP TUP TAP, everytime we walk, akan bunyi camtulah (sort of la...).



Al-kisahnya, sebab terikut nafsu beli, and godaan syaitan suruh pakai kasut camtu, I’ve tried. Syaitan won over me (that time). Pakailah kasut tu (walaupun sakit sebab jalan jauh-jauh.. tu la siapa suruh degil sangat kan? Huhu… Allah Marah la tu…)

Jalan-jalan, kawan tak tegur. So consider okay je la.. Jalan lagi. Sampai lah kitorang pergi satu kedai ni. Muslim brothers yang manage bookstore ni. Cari buku, takde pulak yang berkenan di hati, so, nak keluarlah. Tiba-tiba seorang brother ni panggil kitorang. Dia bagi salam. “As salam wbt sisters!”. Kami pun menyahut la. Salamnya kami balas. Dia pun sambung percakapannya, “Sisters, may I advise you something? Please do not ever wear this type of shoes again. They are not for muslims. We, as a muslim, cannot wear high heels. THEY ARE HARAAM! (Sambil menjelaskan kenapa haram)”.


Tak dinafikan, memang tebal jugak muka ni sekejap. Tapi sesaat dua je la malunya. Kemudian, tersenyum and say thanks for his advice. Say ‘Alhamdulillah’, finally ada jugak yang tegur and sudi bagi explanation to me yang masih jahil ni.
Islam ni banyak mazhab. Ada mazhab yang sangat strict. Sebenarnya ada banyak jugak kebaikan kalau kita follow ajaran yang macam ni. Sebab, mereka strict bukan sesuka hati mereka je. Mereka strict bertempat kot. Mereka takut, kalau tersalah ambil mudah, nanti neraka pulak destinasi terakhir ramai umat Islam. So mereka ambil jalan yang lebih selamat, ambil pendekatan yang lebih strict tapi masih ikut syarak.


Okay, ni penulis nak based on satu buku yang bertajuk “290 Nasihat untuk Muslimah” hasil tulisan Saudara Muhammad Najib dan Saudari Nur Yasmin Zulaikha (Terbitan Jasmin). Buku ni jelaskan kenapa dihukumkan HARAM pakai KASUT TUMIT TINGGI ni (m/s 59).

    • Dikhuatiri boleh timbulkan fitnah bagi kaum lelaki dan merosakkan agamanya
    •  Kasut TUMIT TINGGI mengeluarkan bunyi yang dapat menarik perhatian kaum lelaki

Diriwayatkan oleh Abdurraziq (5115) dan yang lain, daripada Ibnu Mas’ud ra, beliau berkata, “Pada waktu kaum lelaki dan perempuan Bani Israil sedang mendirikan solat, ada seorang wanita yang memiliki kekasih lalu sambil memakai kasut yang tinggi agar dapat melihat kekasihnya, maka dikirimkan haid kepadanya”.

Oleh itu, nasihat penulis buku tersebut, “berhati-hatilah wahai ukhti Muslimah untuk tidak menggunakannya (KASUT TUMIT TINGGI) di hadapan lelaki yang dapat menjerumuskan kamu pada dosa”.


Yang baik, kita ikut. Yang salah, kita perbetulkan. Biar dikata ‘tak up-to-date’ asalkan Allah tak murka. Jangan dipuji manusia, tapi dicela Allah dan malaikat-malaikatNya.

Wallahua’lam.