Monday 30 September 2013

Malaikat juga MATI?

PROSES PENCABUTAN ROH PARA MALAIKAT

Hakikatnya, bukan manusia sahaja yang tidak dapat mengelak daripada kedatangan maut apabila telah tiba saat yang ditentukan Allah swt, para malaikat turut berdepan dengan situasi yang sama, kecualilah mereka yang Allah mahukan.

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW ada menyatakan bahawasanya "Kemudian Allah memerintahkan Israfil supaya meniupkan tiupan yang mematikan. Israfil pun meniupkannya dan menyebabkan SEMUA YANG ADA DI LANGIT dan DI BUMI INI MATI"

Allah azza wajalla turut berfirman dalam surah az-Zumar, ayat 68, yang bermaksud;
"Sangkakala sudah pasti ditiup. Pada masa itu, MAKHLUK-MAKHLUK yang ada DI LANGIT DAN DI BUMI AKAN MATI, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. 
Kemudian, sangkakala ditiup sekali lagi dan dengan serta-merta mereka bangun berdiri bagi menunggu kesudahan masing-masing"

Sebahagian ulama' mentafsirkan, PENGECUALIAN yang dimaksudkan di atas dikhususkan kepada
Jibrail, Mikail, Israfil, Malaikat Maut (Izrail), dan lapan malaikat pemikul Arasy.
Wallahua'lam. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui  maksud yang sebenar-benarnya. 

Kemudian, Allah memerintahkan pula Malaikat Maut bagi mencabut nyawa para malaikat (sesudah kematian semua makhluk lain di bumi).
Selepas itu, Allah Menyatakan,
"Hai Malaikat Maut, siapa yang MASIH HIDUP antara makhluk-makhluk Ku?"

Jawab Malaikat Maut
"Ya Tuhanku, tinggal HAMBA-MU YANG LEMAH ini, iaitu MALAIKAT MAUT"

Allah menyatakan dalam surah Ali- Imran, ayat 185, yang bermaksud,
"Wahai Malaikat Maut, tidakkah engkau mendengar pernyataan-Ku?
SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MERASAI MATI"





Allah lantas memerintahkan Malaikat Maut,
"CABUTLAH NYAWAMU SENDIRI"

Oleh itu, Malaikat Maut pergi ke tempat antara syurga dan neraka.
Dengan memfokuskan penglihatannya ke langit, 
dia MENCABUT ROHNYA SENDIRI dan MENJERIT DENGAN BEGITU KUAT.

Sekiranya pada ketika itu, seluruh makhluk lain masih hidup, sudah pasti mereka akan mati disebabkan kuatnya jeritan tersebut.
Dia lantas berkata, 
"Sekiranya aku tahu kedasyhatan dan kepedihan maut, sudah pasti aku tidak mencabut nyawa individu-individu berimana kecuali dengan lebih lembut"

Kemudian, MALAIKAT MAUT MATI dan TIDAK ADA SATU MAKHLUK PUN YANG TINGGAL.

Wallahua'lam


Rujukan: Buku 'Cara Terindah untuk MATI"
hasil nukilan Saudara Rachmat Ramadhana al-Banjari




Pandang Atas, Pandang Bawah.

"Dalam hal keduniaan, pandang orang yang di bawah, nescaya kita akan menjadi manusia yang bersyukur"
• Misalnya, jika kita sedih mempunyai rumah yang kecil, pandanglah kepada orang yang langsung tidak mempunyai rumah

• Jika kita tidak pernah puas dengan kereta yang kita miliki, maka perhatilah pada insan yang hanya ada motosikal
• Jika kita malu bermotosikal, lihatlah pada insan yang hanya mampu membeli basikal
• Jika kita penat berjalan kaki, renunglah pada insan yang lumpuh kedua kaki




"Dalam hal keagamaan, lihatlah orang yang di atas, maka kita akan terpelihara dari sifat-sifat keji seperti sombong, bongkak, bangga diri, dan sebagainya"
• Apabila kita sudah merasa cukup dengan khatam al-Quran, cuba lihat orang yang mahir tajwid al-Quran
• Apabila kita sudah mendabik dada dengan hukum-hukum tajwid, lihatlah pula pada insan yang menghafaz 30 juzuk al-Quran
• Andai kita berasa bangga apabila menghafaz al-Quran, maka lihatlah pula pada insan yang mahir setiap isi makna ayat-ayat al-Quran 

[Ibnu Rijal, buku 'Khutbah Terakhir Rasulullah']

TAUBAT

"Apakah insan-insan yang sudah terlanjur melakukan dosa seperti kita ini masih sempat bertemu Allah SWT dalam suasana romantis? Jawapannya? "Ya!"





"Hai anak Adam, sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharap ampunanKu, nescaya Aku ampuni dosa yang telah kamu perbuat dan Aku tak peduli. 
Hai anak Adam, andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon ampunanKu, nescaya Aku ampuni dan Aku tak peduli.
Hai anak Adam, jika kamu menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi pun lalu kamu tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan sepenuh bumi pula"
[Hadis Qudsi, HR Tirmidzi]



~ Petikan buku 'Khutbah Terakhir Rasulullah' oleh Ibnu Rijal

SYAITAN - KECIL JANGAN DISANGKA ANAK

"Sepandai-pandai syaitan melompat, akhirnya jatuh ke neraka juga"

".. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara KECIL..."
~ Petikan khutbah terakhir Rasulullah SAW

KECIL JANGAN DISANGKA ANAK



"Contohnya, mungkin syaitan tidak menghasut supaya membuka tudung, tetapi ia akan menghasut supaya disilangkan tudung bagi menampakkan perhiasan tubuh, leher, dan sebagainya."


** HOT TIPS! **
Syaitan AMAT TAKUT kepada manusia-manusia yang kuat ketaqwaan kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW
"Seorang Faqih adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang abid"
[HR at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

• Faqih: orang yang sentiasa menuntut ilmu untuk meningkatkan kualiti ibadahnya
• abid: orang yang rajin beribadah

So, what's next? JOM upgrade kualiti ibadah kita dengan cara menuntut ilmu! InshaAllah 

[Ibnu Rijal, Penulis buku "Khutbah Terakhir Rasulullah SAW"]

Friday 27 September 2013

POLIGAMI OR MONOGAMI? :)

POLIGAMI OR MONOGAMI? :)


"Poligami itu suatu KEHARUSAN yang sepatutnya menjadi RAHMAH kepada golongan wanita seperti wanita sakit, gila, dan tidak bernafsu. Ia suatu keringanan ketika DARURAT bukannya alat untuk menjamu nafsu"


"MONOGAMI adalah sunnah Nabi, sebagaimana POLIGAMI adalah sunnah Nabi"

"Jika dikatakan poligami adalah sunnah Nabi, penyataan ini benar, kerana Nabi melakukan poligami dengan beberapa isteri. Sebagaimana pula apabila dikatakan MONOGAMI adalah SUNNAH NABI, ini pun seratus peratus benar kerana Nabi melakukan monogami dalam penggal terbesar kehidupan berkeluarga Baginda"

***Kisah Fatimah dan Saidina Ali ra***

"Pengajaran yang sangat penting dalam peristiwa Fatimah dan Ali adalah bahawa POLIGAMI TIDAK BOLEH menyebabkan isteri pertama DISAKITI HATI dan PERASAANnya. Jika isteri pertama sakit hati kerana suami melakukan poligami, cukup alasan bagi suami untuk tidak boleh melakukan poligami"





Rujukan:
Novel "Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu" hasil nukilan Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi