Monday 30 September 2013

Malaikat juga MATI?

PROSES PENCABUTAN ROH PARA MALAIKAT

Hakikatnya, bukan manusia sahaja yang tidak dapat mengelak daripada kedatangan maut apabila telah tiba saat yang ditentukan Allah swt, para malaikat turut berdepan dengan situasi yang sama, kecualilah mereka yang Allah mahukan.

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW ada menyatakan bahawasanya "Kemudian Allah memerintahkan Israfil supaya meniupkan tiupan yang mematikan. Israfil pun meniupkannya dan menyebabkan SEMUA YANG ADA DI LANGIT dan DI BUMI INI MATI"

Allah azza wajalla turut berfirman dalam surah az-Zumar, ayat 68, yang bermaksud;
"Sangkakala sudah pasti ditiup. Pada masa itu, MAKHLUK-MAKHLUK yang ada DI LANGIT DAN DI BUMI AKAN MATI, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. 
Kemudian, sangkakala ditiup sekali lagi dan dengan serta-merta mereka bangun berdiri bagi menunggu kesudahan masing-masing"

Sebahagian ulama' mentafsirkan, PENGECUALIAN yang dimaksudkan di atas dikhususkan kepada
Jibrail, Mikail, Israfil, Malaikat Maut (Izrail), dan lapan malaikat pemikul Arasy.
Wallahua'lam. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui  maksud yang sebenar-benarnya. 

Kemudian, Allah memerintahkan pula Malaikat Maut bagi mencabut nyawa para malaikat (sesudah kematian semua makhluk lain di bumi).
Selepas itu, Allah Menyatakan,
"Hai Malaikat Maut, siapa yang MASIH HIDUP antara makhluk-makhluk Ku?"

Jawab Malaikat Maut
"Ya Tuhanku, tinggal HAMBA-MU YANG LEMAH ini, iaitu MALAIKAT MAUT"

Allah menyatakan dalam surah Ali- Imran, ayat 185, yang bermaksud,
"Wahai Malaikat Maut, tidakkah engkau mendengar pernyataan-Ku?
SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MERASAI MATI"





Allah lantas memerintahkan Malaikat Maut,
"CABUTLAH NYAWAMU SENDIRI"

Oleh itu, Malaikat Maut pergi ke tempat antara syurga dan neraka.
Dengan memfokuskan penglihatannya ke langit, 
dia MENCABUT ROHNYA SENDIRI dan MENJERIT DENGAN BEGITU KUAT.

Sekiranya pada ketika itu, seluruh makhluk lain masih hidup, sudah pasti mereka akan mati disebabkan kuatnya jeritan tersebut.
Dia lantas berkata, 
"Sekiranya aku tahu kedasyhatan dan kepedihan maut, sudah pasti aku tidak mencabut nyawa individu-individu berimana kecuali dengan lebih lembut"

Kemudian, MALAIKAT MAUT MATI dan TIDAK ADA SATU MAKHLUK PUN YANG TINGGAL.

Wallahua'lam


Rujukan: Buku 'Cara Terindah untuk MATI"
hasil nukilan Saudara Rachmat Ramadhana al-Banjari