Tuesday 1 October 2013

Dunia sebagai Jambatan Menuju Ahirat



Jadikan Dunia sebagai Jambatan Menuju Akhirat

Dunia ini adalah harta milik Allah dan makhluk-makhluk yang dicipta oleh-Nya adalah para hamba-Nya.
Apabila harta itu (dunia) jatuh ke tangan PENGKHIANAT, harta itu menjadi PENYEBAB KEHANCURAN DUNIA.

Sebaliknya, apabila harta itu berada pada tangan individu yang AMANAH, harta itu MENYELAMATKAN DUNIA dan MENDATANGKAN KEMULIAAN.

Sebanyak mana harta yang kita miliki, harta itu tidak akan bernilai sedikit pun melainkan sekiranya DIGUNAKAN BAGI MERAIH KEMULIAAN dan KESELAMATAN DI SISI ALLAH.

Jangan menyalahkan harta, tetapi yang SALAH dan BERDOSA adalah INDIVIDU YANG GAGAL MENYALURKAN HARTANYA KE JALAN YANG ALLAH REDHAI.

Perlakuan individu pada hartanya yang menjadikan mereka MULIA ataupun HINA pada pandangan Allah, bukan harta yang dimilikinya.

PERBUATAN itu menemani mereka sampai ke dalam kubur dan pengadilan Allah, bukan harta mereka.
Perbuatan mereka yang akan ditimbang pada hari penimbangan, bukan harta mereka.

Bagi individu yang beriman, hati mereka yang mensyukuri rezeki yang dikurniakan Allah dan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki sebagai bekalan menuju akhirat.



Jadikan dunia ini sebagai jambatan menuju akhirat.
Jangan pula kamu bina bangunan-bangunan DI TENGAH jambatan tersebut.
Ini kerana bangunan-bangunan tersebut bakal melengahkan kamu bagi meneruskan langkah kaki menuju ke akhirat.

RUJUKAN:
Buku 'Cara Terindah untuk Mati'
hasil nukilan Saudara Rachmar Ramadhana al-Banjari