Wednesday 5 January 2011

achik dan atok..~~ tudung oh tudung

a: tok tok...
assalamualaikum wbt..ade org x?

b: wsalam,..masuklah..
ade ape cu?

a: tok, achik nk tanya lah..kenapa perempuan kena pakai tudung erk?

b: tu kan syariat agama.. ALLAH yang tetapkan hukum tu utk kaum hawa menutup aurat. achik tahu kan kita laki pun ade aurat jugak?

a: a'ah tahu tok..dari pusat ke lutut kan? achik dah belajar waktu kelas agama tahun lepas..terer tak achik tok? haha

b: pandai cucu atok sorang ni.. achik tahu tak tudung tu memelihara kaum hawa daripada sebarang fitnah dunia ni. Islam sgt menjaga maruah kaum Hawa ni sbb macam2 fitnah mereka dpt. kawen lambat, dicop andartu, kawen awal lagilah susah, org cakap mereka dah ditebuk tupai pulak.

a: eh...manusia boleh ditebuk tupai ke tok??

b: eishhh ke situ pulak cucu atok ni..maksud atok, org kite ni suke sgt bawak mulut pasal keburukan org lain.. Islam pulak bg precaution methods supaya kite tak tsalah jalan. Tudung tu sepatutnya bertindak sebagai hijab daripada segala kejahatan. Syariat ALLAH mesti ada hikmahnya kalau kita org yg berfikir. Achik faham tak?

a: achik faham tok..tapi tok, achik tengok perempuan sekarang tudung sume nak chantek2, kadang-kadang baju ketat, seluar pun sendat2, takkan tutup aurat cukup dengan tutup kepala je??

b: alhamdulillah cu..kamu dah mula faham konsep menutup aurat yg sebenar inshaALLAH. Sepatutnya cu, pakaian bagi seorang mukmin tu bukan sahaja menutup auratnya, tapi seharusnyalah menutup maruahnya sebagai seorang wanita. seorang wanita mukmin itu pakaiannya tidak menampakkan bentuk tubuh badannya sebagai seorang wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.
Itulah pakaian yang boleh melindungi dirinya dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Itulah sikap kehambaan yang kita nak dalam mengikut syariat ALLAH bukan buat sebab dah jadi ikutan tapi konsep paling basic pun kita tak faham.


a: atok..maksudnya kalau berfesyen tu boleh jugak menghilangkan rasa kehambaan kita pada ALLAH ke?

b: hurmm...dalam 1 konteks, atok setuju. Sebabnya bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
a: A'ah...achik perasan kat facebook ade gambar perempuan bertudung, tapi pakai sexy2..pedih mate achik ni tok..yang achik paling tak suke, ade yang bertudung pastu upload gambar yang free hair sane sini..ingatkan internet tu album gambar peribadi diorang ke? huhu..achik tengok macam tu, achik jadi takut nak kahwin..

b: hahaha cucu atok ni..kamu mude lagi lah..haha tapi bagus jugak kamu fikir camtu..didiklah diri kamu dengan keindahan Islam.mulalah berdoa untuk diberikan pasangan yang baik2. nanti achik dah besar, ade isteri, jaga dia betul2...isteri tu tanggungjawab sepenuhnya seorang suami. dia buka aurat, achiklah yang berdosa jika tak melarangnya..tapi achik jangan sampai takut nak kawen..kawen tu sunnah Rasulullah SAW,. achik nak ke Rasulullah SAW tak nak mengaku achik sebagai umatnya

a: heishh tok, ape pulak camtu...mestilah achik xnak...ok2 achik belajar rajen2 jadi budak baek2, nanti achik kawen, bagi cucu ramai2 kat atok ok?? hahahaha

(ketawa bersama-sama)


p/s; Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

So, xperlu la bangga bila diri tu dah bertudung sebab tu cuma satu amalan kecil dalam Islam yang telah kita sempurnakan, banyak lagi syariat Nya yang perlu kita sempurnakan jugak !!~~!