Saturday 20 March 2010

sekadar berkongsi...

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥





apa tugas as seorang bijak pandai??

(inshaALLAH)



menulis-
jihad pena kendiri


A. bekalan akhirat


"apabila mati anak adam akan terputus lah semua amal ibadahnya kecuali
3pkara



1. sedekah jariah
2. ilmu yang berguna dan bermanfaat utk org laen
3. anak yg soleh"


so...
tidak hairan lah ulama' dulu
sentiasa menulis
sehingga kitab2 mereka dihadam
digunakan sebagai rujukan
oleh mereka2
yang dahagakan ilmu


ilmu yang berguna dan bermanfaat utk pengamalnya...

bayangkan:
1 cerpen/8 muka surat = 1800 patah perkataan
1novel/500 muka surat= 150 000 patah perkataan

Rasulullah pernah bersabda
"sampaikan lah daripada ku walaupun sepotong ayat"

lihatlah betapa banyak ganjaran yang dpt diterima
oleh seorang penulis
jika hasil penulisannya adalah sesuatu yang bermanfaat
yang dapat digunakan oleh orang2 laen
meskipun setelah ia mati,
ilmu nya masih dimanfaatkan
itulah bekalan utk akhirat yang berkekalan
inshaALLAH


MLM yang paling efisien adalah pulangan pahala daripada ALLAH
itulah sistem MLM yang berkekalan

cth pada waktu kini:

saifulislam

B.bekalan dunia, suatu kerjaya

menjadi hasil pendapatan yg sangat2 bernilai
dpt dijadikan sebagai
kerjaya sepenuh masa...
:)

ramai yang telah meninggalkan profession yang tinggi pada mata masyarakat
semata2 untuk menyelitkan mesej2 dakwah
melalui hasil penulisan mereka


kenapa pilih penulisan sebagai kerjaya??

ia suatu yang fleksibel
kita bisa menulis di mana2 sahaja
bagi suri rumah yang bosan di rumah,
mereka dapat memperkembang kemahiran mereka
dengan cara berkarya di rumah...
inshaALLAH


bagaimana mula menulis???

A. nak tulis apa??


1. cinta

2. agama

3. oversea



hasilkan travel log2 dakwah
esp daripada students oversea
bagaimana kita terpaksa berdepan dengan pancaroba di sini
dalam proses untuk
mendapatkan ilmu ALLAH

perjalanan dakwah kita
cinta...
cinta pada ALLAH


B. nak tulis kat mana???

kertas tisu?? YA??
kulit kayu?? mungkin??
tulang?? oh tIdaK!!

tulislah di mana2 sahaja

anda harus sentiasa menjadi ABU HURAIRAH


blog tu percuma!!
tulis lah
umpamanya blog ini bagi budak2 medik
adalah doctor pelatih
sebagai asas kepada kita untuk menulis
erti pokoknya menulis


A, Samad SAID pernah berkata antara ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu menjadi seorang penulis yang bagus adalah seperti berikut:

1.harus membaca
2. harus membaca
3. harus membaca
4.harus membaca
5.menulis

WOW!!! jadi, kita nak baca apa?
- bacalah segala bahan bacaan yg bermanfaat
- ilmu agama; al-quran, hadith, hukum hakam
- ilmu dunia

kemudian, bina lah watak2, plot2 utk hasilkan suatu cerpen
apabila kombinasi yang dibuat itu
adalah hasil pembacaan yang pelbagai
hasilnya adalah suatu yang sangat2 menarik

satukan segala apa yang anda baca
ilmu islam+ilmu teknologi+ilmu akademik anda
hasilkan suatu yang bermanfaat

kadang2 ilham datang bila2 masa
datang secara mendadak

oleh itu, sentiasalah praktis
sentiasalah membawa pena dan buku catatan bersama2 anda
mungkin hari ini anda tidak berasa ralat
jika tidak menulis
jika tidak mencatat
namun
apabila kita telah meninggalkan tempat kita sekarang
apabila kita sudah tidak bisa menoleh kembali
untuk melalui pengalaman itu
kita akan berasa sangat2 menyesal

kongsikanlah memori2 indah itu
untuk masyarakat
melalui penulisan hasil kreatif kita

semoga apa yang ditulis sentiasa bermanfaat kepada orang lain

* gunakan lah tatabahasa yang betul


setelah kita telah menulis nota2 kecil
apa yang boleh kita lakukan??

- pindahkan
- hasilkan penulisan yang kreatif
- dan suatu yang sastera

kemudian
pindahkan ia ke dalam suatu medium yang paling mudah untuk kita sebarkan kepada orang lain

mungkin kita boleh memindahkan nya ke ruang blogspot ataupun wordpress...

C. siapa yang dapat tolong kita??

1. Group KARYAWAN luar negara (GKLN)
2. Website E-Sasterawan
3. facebook :)
4. Ilham Hamdani


A. baca
B. tulis
C. cari guru



♥ ♥ ♥ ♥

aku suka sangat menulis
namun aku tidak mempunyai kemahiran itu
aku tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan karya yang berguna
untuk diriku
untuk tantapan orang lain..
bagaimana aku nak menulis?
tidak mengapa..jika aku tidak menulis, mungkin orang lain dapat menyebarkannya kepada orang lain
mungkin mereka mempunyai kepakaran itu..
bukan aku...


ingatlah petua ini...

" selagi anda boleh bercakap dan percakapan anda boleh difahami,
bererti anda sebetulnya boleh menulis;
cumanya sesuatu itu boleh menjadikan ia tajam, haruslah diasah perlahan"


♥ ♥ ♥ ♥

setiap apa-apa ilmu itu perlukan praktis untuk menjadikannya sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain
jika parang yang tumpul itu tidak diasah, parang itu akan sentiasa kekal tumpul selama-lamanya
tapi
apabila sesuatu yang pada zahirnya seolah-olah mustahil
untuk direalisasikan
namun usaha yang berterusan dilaksanakan
inshaALLAH suatu yang mustahil itu dapat direalisasikan

jika kita tidak tahu ilmu medik,
bukankah kita akan mendapat kemahiran yang lebih lagi
setelah kita cuba untuk membedah buku-buku berkaitan dengan nya
sesuatu itu perlukan usaha untuk kita mencapainya
dan
bukankah ALLAH menilai sesuatu itu pada usahanya
bukan pada hasilnya
mungkin juga setelah berulang-ulang kali kita praktis,
kita masih tidak mampu menulis sebagus A.Samad Said
ataupun tokoh-tokoh terkenal yang lain

namun ingatlah kata-kata Syed Quttub
kita bukanlah pemula rantaian-rantaian ini
malah kita bukan jua sebagai pengakhir perjuangan ini
kita sekadar penyambung yang menguatkan rantaian dakwah ini


♥ ♥ ♥ ♥

penulisan jua adalah suatu medium yang terbaik dalam menunaskan pucuk-pucuk
cinta kepada ALLAH dan Rasulullah
membajakan iman dalam hati
memberikan harapan kepada taqwa dalam hati ini untuk berkembang biak

ingatlah
shahadatul haq yang telah kita terima ini bukanlah antara kita dengan ALLAH semata-mata
kalimah shahadah yang kita lafazkan adalah suatu janji yang akan dituntut ALLAH kelak
adakah kita telah siapkan diri untuk berdepan dengan ALLAH jika kita masih goyah dalam segala sesuatu
ingatlah ketika kita mati kelak
setelah jasad kita bersemadi
setelah tanah kembali ke tempat asal nya
akan datang pula malaikat-malaikat yang akan berdiskusi dengan kita
sungguh indah diskusi itu
kerana kita telah mendapat soalan-soalan bocor itu sejak azali lagi
tapi
persoalannya mampukah kita menjawabnya dengan mudah kelak??
mampukah kita mengenali Rasulullah SAW sebaik sahaja kita melihat Baginda tampil di hadapan kita kelak?
atau mungkinkah kita akan terdiam membisu
tidak kenal langsung siapakah Baginda??

dahulu mungkin saya terikut-ikut dengan kata-kata
para sahabat
"cintailah ALLAH...cintailah Rasulullah SAW"

namun kini baru saya mendapat gambarannya
kenapa kita perlu mencintai ALLAH dan RASULULLAH
supaya kelak kita tidak teraba-raba mencari jawapan
tidak takut apabila berdepan dengan soalan-soalan Mungkar dan Nakir
supaya kelak kita akan mudah mengenali baginda

mungkin kita merasakan mustahil untuk mengenali seseorang yang kita tidak pernah bersua muka
namun kebimbangan itu dapat dirawat
sekiranya kita mula menanam benih-benih cinta kepada Rasulullah SAW mulai sekarang
kerana
apabila kita mencintai Rasulullah SAW secara tak lansung kita akan mencontohi segala perbuatan Baginda
sentiasa menjadikan sunnah-sunnah Rasulullah sebagai ikutan

secara logiknya apabila kita menjadikan sesuatu itu idola kita, di saat pertama kali kita menemui nya
sudah pasti kita akan teruja apabila menemui nya
lantas tanpa perlu berfikir panjang
hati kita akan mengenalinya..
dan
segera mendampinginya

begitu juga dalam kes ini
kita perlu mengambil inisiatif untuk mengenali Baginda terlebih dahulu di saat jasad masih bercantum dengan roh
kerana ingatlah dunia ini diciptakan untuk kita menanam seberapa banyak tanaman untuk kita tuai di akhirat kelak

dan inshaALLAH apabila kita mencintai Rasulullah SAW secara tak langsung perasaan tauhid, cinta akan ALLAHA kan lebih mendalam
inshaALLAH






bagaimana pula dengan hasil karya muzik??

- kenapa kita tidak menggunakan muzik untuk menyelitkan mesej2 agama
bukan nya lagu-lagu yang menyesatkan
kitalah yang memainkan peranan itu
janganlah sentiasa menuding jari kepada orang lain sekiranya
lagu-lagu yang terhasil
bukanlah sesuatu yang mempunyai sentuhan islamik
kerana
dunia hiburan ketandusan pengkarya-pengkarya yang dapat mencetuskan mesej2 islamik dalam karya mereka
jadi..mungkin juga kerana kita sendiri yang menidakkan kebolehan diri kita
bukankah setiap orang dilahirkan dengan kebolehan bercakap
jika dilihat petua tadi,
seseorang itu selagi ia mampu berkata-kata
gunakanlah idea itu untuk berkarya
jangan lah sekadar menjadi pemerhati bebas
yang hanya mencari kesalahan orang
namun
diri sendiri tidak pernah cuba untuk mengambil inisiatif untuk
menceburkan diri secara serius
dalam bidang penulisan itu



wallahua'lam


♥ ♥ ♥ ♥