Tuesday 23 March 2010

mati, hidup, persinggahan sementara

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

mati adalah suatu yang pasti
mati akan hadir jua dalam diari hidup kelak
samada kita mahukannya
ataupun kita bersungguh-sungguh cuba untuk menjauhinya
kerana
sunnatullah
sesuatu yang hidup akan mati jua akhirnya

tahukah kita kenapa ALLAH menyebut mati terlebih dahulu sebelum hidup dalam verse 2 surah al-mulk [2:67]

yang menciptakan mati dan hidup untuk Menguji kamu...

kenapa perlu mati dahulu barulah diungkapkan perkataan hidup?
adakah ALLAH silap?
ataipun penafsir itu salah tafsir?
tidak!!
sesungguhnya ayat-ayat al-quran tidak pernah silap
kerana ia datang secara langsung dari ALLAH
ini adalah kata-kata ALLAH
mungkinkah ALLAH yang Maha Teliti itu bisa melakukan kesilapan??

tidak

ALLAH menyebut sedemikian kerana sesungguhnya sebelum kita ditiupkan roh ke dalam jasad kita, ketika kita masih janin, kita pernah berada di suatu fasa yang dikenali mati
kerana taktala itu,
tiada lagi roh dalam jasad itu
kita mati ketika itu
kronologi itu terbukti jua dengan penemuan ahli-ahli sains
sesudah al-Quran turunnya beribu-ribu tahun yang lampau

kemudian kita dihidupkan kembali setelah ditiupkan roh itu
dan bagi mereka yang diizinkan ALLAH mengenal dunia ini,
bagi mereka yang ALLAH yakin mereka mampu mengharungi ujian terbesar yakni dunia
ALLAH benarkan ia dilahirkan
mengenal dunia
membesar
dan sehingga suatu batasan waktu
jasad-jasad ini akan kembali kepada ALLAH
roh akan dicabut kembali dari jasad-jasad itu
kemudian
bakal datang kembali fasa dihidupkan
yang kekal selama-lamanya
yakni
di alam akhirat


kronologi yang tidak pernah silap
Maha Suci ALLAH yang sentiasa Teliti dalam perancangan-Nya
tiada siapa pun dapat menjangkakan bilakah datangnya kematian
bilakah akan datangnya hari pembalasan
wallahua'lam

sesungguhnya
sudah pasti kita akan menempuh 2 kali kehidupan
dan 2kali kematian sepanjang kita bergelar makhluk ciptaan-Nya

:)

dan yakinlah bahawa ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya
yang sentiasa mencari keredhaan-Nya

cintailah mati seolah-olah anda akan mati pada saat ini
elakkan diri daripada mencintai dunia
kerana
dunia hanyalah tempat persinggahan yang sementara
setelah tiba waktunya, kita akan meninggalkan nya
kerana destinasi utama kita adalah akhirat sana
dunia diibaratkan Rasulullah SAW
umpama sepohon pokok tamar di tengah-tengah padang pasir
akan ku manfaatkan ia untuk berlindung daripada kepanasan
dan menghilangkan letih setelah penat berjalan
namun
aku tidak bisa melupakan destinasi utamaku
habis penat, kaki perlulah digagahkan kembali untuk menuju ke destinasi asal
meskipun seselesa mana pun tawaran yang dijanjikan oleh pohon tamar itu, namun aku perlu segera sedar bahawa pohon tamar itu tidak bisa meneduhkanku buat selama-lamanya
aku perlu keluar daripada zon selesa itu
dan meneruskan perjalananku di tengah-tengah panas itu
untuk tiba ke destinasi ku yang SATU

wallahua'lam