Tuesday 23 March 2010

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥



bersua kembali kita
syukur ke hadrat Ilahi
setelah mata terpejam buat seberapa ketika
kita masih lagi mampu untuk melihat dunia yang fana ini
zarah-zarah kecil udara masih lagi mampu dihirup ke dalam ruang legar sistem pernafasan kita
sungguh indah ciptaan Ilahi
tidak pernah seketika pun sistem-sistem dalam badan kita ini pernah terhenti
meskipun ketika kita tidak sedar
badan kita sentiasa berfungsi
ibarat mesin yang tidak pernah tahu erti penat lelah
malah ia lebih handal daripada mesin-mesin yang tersohor di mata dunia
tiada seorang pun di dunia ini yang mampu menandingi ciptaan ALLAH Yang Maha Esa ini


tampillah ke hadapan
jika pernah engkau menyaksikan ketidaksempurnaan dalam penciptaan-Nya
ALLAH mencabar kita berulang-ulang kali
pada permulaan surah al-Mulk
yang bermaksud
pandanglah engkau berulang-ulang kali ke langit ciptaanALLAH itu
dan
carilah engkau apa-apa cacat cela padanya
jika engkau masih tidak menemuinya
pandangkanlah pandangan mu sekali lagi kepadanya
dan carilah kecacatan itu
kerana
mungkin jua pada pandangan mata yang pertama tadi
matamu tidak terlepas pandang
carilah lagi
masih tak dapat mencari??
pandanglah sekali lagi dan carilah
nescaya meskipun kamu mengalihkan pandangan mu berulang-ulang kali ke langit untuk mencari kecacatan pada ciptaan-Nya itu
kamu tidak akan mendapat apa-apa
melainkan lelah semata-mata

adakah logik
sesuatu yang diciptakan oleh ALLAH Yang Maha Teliti itu ada cacat celanya?
adakah dapat diterima dek akal kita yang cetek ini sekiranya ALLAH yang pada-Nya terkandung Kesempurnaan yang tiada tolok bandingnya ini
apabila tiba saat Dia menciptakan sesuatu,
hasilnya adalah sesuatu yang tidak sempurna?
sedangkan Dia lah pemilik seluruh Kerajaan (al-Mulk) ini

bagaimana pula Dia dapat menghasilkan hasil seni yang kurang sempurna?
tidak mungkin lah..

oleh itu, wajarkah sekiranya diri ini memuji sesuatu yang dicipta-Nya melebihi Pencipta-nya?
layakkah jika diri ini mengagumi ciptaan-Nya melebihi Pencipta-nya??


mungkin jua ayat-ayat sebelum ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya
kenapa diri ini seolah-olah mengagung-agungkan akh
dalam usaha mencari suatu permata dalam diri ini untuk digilapkan
ana cuma menjadikan post-post sebelum ini sebagai contoh
pembangkit semangat ana
jika makhluk ciptaan-Nya yang lain di usia muda mampu menjadikan karya sebagai jalan untuk membawa seseorang yang lain ke jalan ALLAH , kenapa tidak diri ku yang hina ini menggunakan kemahiran yang tak seberpaa ini untuk berdakwah ke jalan ALLAH juga

mungkin selama ini, blog ini berlumuran dengan bahasa-bahasa rojak
yang mencemarkan bahasa kebangsaan orang Malaysia
ya, saya minta maaf
saya cuma menjadikan akh itu sebagai pemberi semangat
tetapi untuk mengkagumi ia melebihi ALLAH
itu adalah suatu yang mustahil

saya anggap semua ini datang dari ALLAH
dan segala apa yang saya post kan di sini
semata-mata bertujuan untuk memberi peringatan kepada diri sendiri
sekiranya diri ini terlupa kelak
al-maklumlah, diri ini hanya insan kerdil
yang terkadang bisa sahaja lupa
bisa sahaja hanyut
ini cumalah langkah-langkah awal dalam usaha mengelakkan "down" yang berterusan sekiranya apa-apa terjadi

sesungguhnya ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba-hamba -Nya
yang sabar dan yakin dengan Nya

dan
sahabat-sahabatku
sesungguhnya umat Islam itu bersaudara
dan sentiasalah nasihat-menasihati apabila ada di antara saudara-saudara mu ini membuat kesilapan
tegurlah ia dengan berhemah
atas dasar cinta dan sayang kepada ALLAH

dan sekiranya engkau melihat diri ku ini
terlalu lalai dengan urusan duniawi semata-mata
tiada post untuk jangka masa yang lama
tegurlah kerana mungkin pada saat itu diriku dibuai mimpi indah
tawaran dunia yang segala-galanya berbentuk angan-angan mat jenin
jika terlalu diikutkan, segala-gala yang telah ada pada kita akan hilang sekelip mata
namun
untuk dilepaskan angan-angan itu, hati terasa berat
itulah manusia
sentiasa terbuai dengan alunan muzik-muzik indah buaian dunia
yang jangka hayatnya cumalah sementara


Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia,

maka curigailah ia mengenai agamanya,

kerana

orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

- saidina umar r.a-


aku tidak inginkan mimpi ini berlanjutan
ku dambakan alam setelah tiba kematian
alam yang apabila kita kekal selam-lamanya di dalamnya
saat taktala yang muda takkan bertambah-tambah usianya
saat ketika kita tidak perlu gusar akan hal yang remeh temeh lagi


oleh itu
persibukkan lah diri kita
dengan salah satu dari urusan di atas
kerana sudah pasti kita akan memilih antara dua
meskipun jika pemilihan itu tidaklah secara nyata
jika kita tidak memilih untuk dunia, kita akan sibuk untuk mencari redha ALLAH di akhirat bersesuaian dengan cara-cara tertentu
di mana kita akan gunakan dunia ini untuk menghasilkan hasil tuaian yang enak-enak untuk dituai di akhirat kelak
ataupun
jika kita tidak memilih akhirat sekarang, kita secara automatiknya akan sibuk dengan aktiviti-aktiviti dunia
itu sunnatullah
kerana jika kita tidak melakukan sesuatu kebaikan, sudahj pasti kita akan melakukan sesuatu yang sebaliknya; kejahatan/lagho
jika kita tidak mengimpikan syurga, di mana lagi destinasi terakhir kita
nauzubillah
kerana tiada pilihan lain selain syurga dan neraka
kedua-duanya adalah pasti



WALLAHUA'LAM