Monday 29 March 2010

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥


jazakallahu khair kepada ustaz erfino atas input-input yang bermanfaat
semoga ilmu-ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain ini dapat menjadi saham kepada golongan-golongan pendakwah sebagai jaminan setelah terputusnya roh daripada jasad
setelah terputusnya hubungan di antara dunia dan akhirat

♥ ♥ ♥ ♥

kita seringkali menuding jari kepada orang lain apabila berlakunya suatu musibah dalam masyarakat
apabila kerajaan mulai longlai
nyaris-nyaris jatuh tersungkur sujud ke tanah
banyak pula kedengaran suara-suara sumbang yang mula menghentam pihak-pihak tertentu
masing-masing menolak kesalahan yang pada asalnya ada di bahu mereka kepada orang lain

kenapa kita menjadi manusia yang hina itu
bukankah segala-galanya berasal daripada kesalahan kita
tidak pernah mengenal erti sebenar sebuah kehidupan
tidak pernah meluangkan masa untuk merenung kembali saat-saat naik turunnya islam pada suatu ketika dahulu
mungkihkah jua kita seolah-olah menidakkan sunnatullah
menafikan bahawa islam akan tertegak jua pada akhirnya

jika difikir secara logik
bukankah seorang penulis skrip sesuatu drama itu akan menghasilkan penutup yang "happy ending" di setiap drama nya
supaya oenonton tidak lah terlalu jemu
setelah episod demi episod ditonton
akhirnya penyudahannya sangatlah tidak memuaskan
sudah semestinya akan kedengaran suara-suara sumbang yang akan mengkritik hasil kerja mereka itu lagi?
oleh kerana penulis skrip/pengarah memiliki sepenuhnya hak cipta terhadap karya yang dihasilkan nya, segala apa yang mereka inginkan adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan..
bukankah begitu?

jadi
adakah mustahil
apabila ALLAH telah menjanjikan kepada umat manusia sesungguhnya suatu ketika Islam akan tertegak kembali
keran ia adalah sunnatullah
peraturan ALLAH yang jatuh akan naik kembali
jadi..
mestikah kita ragu-ragu dengan kenyataan itu?
mahukah kita bergerak bersama-sama mereka yang sedang bertungkus lumus bekerja untuk melayakkan diri mereka mendaoat keberkatan itu

sesungguhnya dalam isu Palestine, apa yang terpenting bukanlah untuk mendapatkan keamanan itu
tapi
sebenarnya yang terpenting
adalah untuk meletakkan diri kita, diri umat Islam
sebagai orang yang layak untuk menerima keberkatan ALLAH itu
kerana
Palestine itu disebut berulang-ulang kali dalam risalah teragung ALLAH kepada umat nabi Muhammad SAW
(al-quran)
bahawa Palestine adalah sebuah negara yang diberkati ALLAH ( barakna )

tips-tips pintar telah diberikan dan diterangkan secara jelas oleh scholar islam ; Ibn Khaldun

♥ ♥ ♥ ♥

- The strength of the sovereign (al-mulk) does not materialize except through the implementation of the Shariah ….

- The Shariah cannot be implemented except by the sovereign (al-mulk).

- The sovereign cannot gain strength except through the people (al-rijal).

- The people cannot be sustained except by wealth (al-mal).

- Wealth cannot be acquired except through development (al-imarah).

- Development cannot be attained except through justice (al-adl).

- Justice is the criterion (al-mizan) by which God will evaluate mankind.

- The sovereign is charged with the responsibility of actualizing justice (Muqaddimah (M): 39; Rosenthal's translation (R): vol. 1, 80).


♥ ♥ ♥ ♥

sekiranya dilihat sekarang, di manakah level kita?
jika ana pandang kembali sejarah di negara ana sendiri,
ana tertanya-tanya di manakah kesilapan kita
bagaimana sesebuah negara itu ingin melayakkan diri untuk mendapatkan keberkatan ALLAH itu?
walau bagaimana pun tingginya ilmu di dada, namun jika tiada kuasa apalah gunanya
bagaimana untuk menegakkan syiar islam apabila tiada kuasa
kerana
setinggi-tinggi penilaian kepada sesebuah kerajaan itu adalah apabila tertegakkan syiar islam dalam segala apa urusannya
namun bagaimanakah untuk kita mendapat kuasa apabila semua orang bersikap acuh tak acuh?
apabila umat islam sendiri bertindak sebagai musuh kepada para ulama'
apabila umat islam sendiri memberi ruang kepada orang kafir untuk menang dalam perang psikologi mereka
umat islam, bangkitlah!!
ini bukan masa bermain-main
dunia ini sekadar ujian kepada kita
ia tidak lah sesuatu yang utama dalam hidup kita
sedangkan akhirat yang kekal selama-lamanya yang ingin kita tujui
sesungguhnya seorang musafir tidak dapat untuk berhenti berehat terlalu lama di suatu tempat persinggahan kerana pasti akan tiba jua saatnya dia perlu bangkit dan meneruskan perjalanannya menuju ke destinasi sebenarnya



♥ ♥ ♥ ♥

fikirkan lah apa sebenarnya destinasi yang anda ingin tujui?
mungkinkah ia suatu yang dapat dinilai dengan kebendaan?
dapat dicapai dengan pancaindera
ataupun
sesuatu yang nilainya tertinggi di pandangan ALLAH
(syurga)

wallahua'lam


♥ ♥ ♥ ♥

namun..
apalah guna nya ada sokongan ramai, jika tiadanya harta
tiadanya dana
berakhirlah kerajaan itu apabila dana-dana tidak mencukupi
adakah tinggi sesuatu kerajaan yang menang di hati rakyat namun tidak diiktiraf di mata semua kuasa-kuasa tertinggi dunia?
kerajaan itu cuma menunggu waktu jatuh sahaja
apabila tiba saat jatuh, maka jatuhlah ia

namun..
jangan bersedih
kun fayakun
apabila ALLAH mahukan sesuatu itu sebegitu, maka tiada apa jua lah yang dapat menghalangnya daripada terealisasi...
inshaALLAH
usaha yang dijalankan kini
adalah untuk melihat tertegaknya islam itu kelak
jika bukan dapat dilihat oleh pancaindera kita ini
mungkin jua ia akan terlihat pada pandangan mata generasi-generasi pewaris kita kelak
inshaALLAH generasi itu adalah generasi yang datangnya daripada kita...
dari seorang individu muslim
lahirlah keluarga muslim
jadi tidak mustahillah jika bukan kita yang berpeluang melihat kebangkitan Islam itu
doakan lah semoga anak-anak kita, cucu-cucu kita mampu melihatnya
bukan sekadar melihat
tetapi
bersama-sama turut serta di jalan ALLAH

AMIINNN...


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesu...ngguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu). (Al -Ahqaf [46] : 15)


Wallahua'lam


wassalam