Saturday 20 March 2010

pantun dari teman untuk teman

Align Centreassalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

hari ini mencurah-curah pula post di blog ana kan?
kenapa?
ana terkesan dengan kata-kata akh din dari australia
akh berkata "kalau ada input-input untuk dikaryakan zahirkan ia dengan segera, usahlah bertangguh kerana idea mungkin datang pada saat itu sahaja dan ia akan pergi meninggalkan kita sejurus itu"

teman berbual melalui pantun
macam orang dulu-dulu kan?
tapi itulah indahnya persahabatan
ada suatu keindahan terselit di celah-celah persahabatan itu
diriku terkesima melihat keindahan alunan bahasa yang dilayangkan kepada ku
sungguh aku masih amatur dalam bidang ini
sungguh aku masih memerlukan didikan sahabat-sahabatku ini


subhanallah
adakah ini kebahagiaan yang Engkau berikan kepada ku
senyuman yang membahagiakan
mungkin jua aku telah lupa bagaiman untuk senyum
mungkin jua senyuman yang ku corakkan di wajah polos ku selama ini sudah semakin pudar detik demi detik
namun alhamdulillah senyuman yang membahagiakan itu datang kembali
singgah kembali bertamu di wajah kacukan melayu-india-cina ini

kembali menghiasi taman indah di wajah seorang manusia ciptaan Ilahi ini
betullah
hati kami Engkau yang pegang
di sebalik tangisan ku, kini Engkau kurniakan aku perasaan untuk bahagia
mengamati keindahan alam
dengan alunan pantun-pantun yang menghiasi halwa telinga ku
dengan suatu karya yang mendamaikan
alhamdulillah


♥ ♥ ♥ ♥
slot pantun dari teman untuk teman

akh: salam

ana: wsalam

akh: jzkyr atas perkongsian

akh: join la gkln

ana :waiyyaka..
GKLN?hurm baru tahu tadi psl glkn..inshaALLAH
TP how?

akh:OWH...ade dekat web die

ana: ok alhamdulillah da sign in..
jazakallahu khair atas saranan..
apa2 pun mintak tunjuk ajar jugak...
i luv ur status...
semoga ia bermanfaat utk semua

status YM akh:

Banyak benar ikan di laut,

Dualah ekor di tapak dulang;

Banyak benar malaikat maut,

Di dalam kubur rasa nak pulang.


akh: biiznillah alhamdulillah belaka

mari mengejar pahala agar dosa terhapus segera!

ana: inshaALLAH ....AMIIIIIIN

ana: kagum nya berteman dengan orang yang bersastera
akh: tiadalah kamu tanpa bonda,
tiadalah bonda tanpa nenda,
tiadalah ilmu tanpa bijaksana,
tiadalah bijaksana tanpa mencuba

Dilipat dan dilentur molek besi nan gagah,
tidak terlawan keluli disagat,
dilihat dibuat baik miliknya Allah,
padaNya pujian terserah bulat
alhamdulillah~

ana: huhu nak pinjam pantun2 ni letak kat blog ana boleh?

akh: tarik-menarik berilah salam,
jangan mengungkit berhasta-hasta,
Tuan menilik tintanya alam,
kami mengait kalam bahasa~

adapun kembara lamalah sampai,
darinya perjalanan bengkak kakinya,
adapun hamba hanya penyampai,
dariNya Tuhan ilham hakNya.

silalah~ bukan milik hamba, milikNya belaka~
kita hanya menyampai~


ana: jazakallahu khair...
betul lah kata orang kan...
berkawan dengan orang yang memakai bau-bauan
kita akan terpalit sekali bauan itu..
alhamdulillah s
ahabat-sahabat baru yang saya dapat hari ini,
kesemuanya membahagiakan..
alhamdulillah jazakallah


akh: alhamdulillah

cantik berserban rupanya molek,
sukar bertemu akhlak penyayang,
sahabat peneman jalan yang pendek,
moga bertemu di syurga yang panjang.

alhamdulillah~
43:67
akh: ada sebuah pantun pengingat

adapun rambutan tak sama durian,
tak enak dijamah dengan melulu,
adapun syukran akhir-akhirkan,
zikir alhamdulillah mari dahulu

.

ana: nak menangis pun ada bila ALLAH bg semua ini..
alhamdulillah

akh: merenjis-renjis mawar yang segah,
berpeti-peti tak larat nak bawa,
adapun menangis dariNya Allah,
sama seperti datangnya ketawa!

rujuk 53:43

Dan bahawa sesungguhnya,
Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa,
dan
menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

ana:
waahh pantun yang disulami kata-kata al-QURAN


akh: biiznillah alhamdulillah

duduk bersimpuh sungguh majlis,
penuh rencam masih bersantun,
melayu membunuh dengannya keris,
melayu menikam dengannya pantun

tapi
maaflah...


Lari ke Punjab mengikut arus,
Arus melengkok di Sungai Gangga,
Melayu menjawab tidaknya terus,
Jawabnya bengkok tersirat makna.
ana melayu


ana: haha..ok2 faham..

sorry bercakap dgn org yg bahasa rojak
sakit hati orang sastera ni kan??

akh:
berbeda rasa sungguh masakan,
berbeda-beda sungguh istimewa,
apalah beza sasterawan dan tuan,
dua-dua hambaNya semata.



Pucuk palas si daun palas,
Tetak mari beranti-ranti;
Bukan berbudi minta balas,
Asal ingat terus berkongsi

now suke status fb akh yang latest

air gelegak di tempatnya pancur,

tiada terasa enak bermandi,

kalau tidak tadi terlanjur,

pasti terasa manisnya lagi

~ astaghfirullah~ (TT)

tetapi....

berbunga-bunga kelopak menjengah,

cantik tersemat hantaran raja,

jangan kecewa padanya Allah

, besarlah rahmat berbanding murka!

(^^) subhanallah~





wallahua'lam... :)