Sunday 21 March 2010

tatapan di pagi hari ♥ ♥ ♥ ♥

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

sekarang jam menunjukkan angka 0518am
saat ini mungkin ada yang masih lena dibuai mimpi indah
mungkin juga ada yang sedang khusyuk studi
atau mungkin jua ada yang dah bersiap sedia untuk solat subuh
menjadi hamba yang taat kepada Pencipta nya

macam-macam dapat kita lakukan di keheningan pagi ini
jika diberi pilihan mungkin jua pada ketika ini, ramai yang sedang bermimpi pulang ke malaysia sejenak menjenguk ahli keluarga yang dirindui
mungkin sahaja kedengaran agak tak relevan
namun
hanya mimpi dan doa yang mendekatkan ahli keluarga yang terpisah jauh di seberang laut..
melihat harga tiket penerbangan yang makin hari makin mahal
hati bertambah gusar
hati bertanya-tanya
bilakah harga itu akan turun di bawah paras "merbahaya" itu?
mungkin juga harga itu sudah statik
tidak akan turun lagi...
mungkin jua
jadi, kami perlu bersedia dengan apa jua kemungkinan
inshaALLAH
setiap ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan kita dalam menanganinya..
inshaALLAH kami di sini kuat... :)

♥ ♥ ♥ ♥

sebenarnya dalam dingin pagi ini,
diriku menulis bukan kerana mengigau di siang hari
ataupun bukan kerana alasan-alasan lain yang tidak dapat kufikirkan pada waktu ketika ini
mungkin jua ALLAH tidurkan diriku awal malam semalam ada hikmahnya
dapatlah mata ini lebih awal melihat dunia
alhamdulillah
hari ini masih lagi mata ini dapat melihat keindahan alam ciptaan Ilahi
dapat lagi kaki ini berpijak di atas tanah-tanah yang sentiasa taat kepada ALLAH
menyatakan taat setianya dengan merelakan dirinya dipijak oleh manusia-manusia yang terkadang lalai dalam permainan hidup
tanah yang sentiasa bertasbih kepada-Nya
dalam kepekatan dan kedinginan di subuh hari
aku bangun
perut terasa lapar
jasad masih malas untuk bangun dari katil tempat jasadku terbujur sendirian semalaman

fikiran merewang-rewang memikirkan aktiviti-aktiviti yang ingin ku lakukan kelak
"nak makan, malas bangun..sekejap lagi lah"

RINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG......



alamak...
fire alarm berbunyi
aku tersenyum sendirian
selalu kejadian ini berlaku
taktala aku berasa amat malas untuk bangun dari lenaku
ya ALLAH
Engkau selalu memberikan aku kekuatan untuk bangun
keluar menghirup udara pagi
supaya aku kembali segar
bangun mengisi ruangan dingin pagi ini dengan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diriku ini
pertama-tama kali, sudah semestinya MAKAN!!
haha...
:p

♥ ♥ ♥ ♥

terasa bahagia di pagi hari
dapat bertemu dengan teman-teman Malaysia ku
dapat berbual-bual di lobi sementara menunggu hostel kami diperiksa
seorang ukhti london pun ada bersama-sama kami
kebetulan pagi ini
universiti kami ada menganjurkan satu program
Kursus Pengurusan Jenazah
ceramah akan diberikan oleh seorang tokoh terkenal
yang suka menyakat
yang bijak berceloteh
yang merdu mengalunkan lagu-lagu indah memuji keindahan ALLAH

ustaz erfino johari

♥ ♥ ♥ ♥

terasa seperti ada yang belum selesai
tugasku sebagai seorang pelajar masih belum kulangsaikan
mungkin jua waktu ini dapat kumanfaatkan untuk sesuatu yang lebih bermakna
kerana kita adalah selama-lamanya seorang pelajar
sentiasa perlu mempelajari ilmu-ilmu dalam mengenali ALLAH
dan
gunakan ilmu itu untuk membuktikan kualiti seorang individu muslim di mata dunia
yang lebih mulia
pada pandangan Pencipta kita
yang sentiasa mengharapkan kita sedar akan tujuan asal penciptaan kita
ayuh rijal-rijal sekalian
bangkitlah, sedarilah tujuan kita hidup
dan
bekerjalah ke arah itu


inshaALLAH


WALLAHUA'LAM

Sekian sahaja buat tatapan di pagi hari
kini tiba lah saat yang ditunggu-tunggu ku
selesai menatap laptop
mencurahkan apa yang terbuku di fikiranku
kini
tibalah waktunya untuk diriku "santap"

:)

salam ukhuwah

ukhtimu
syairah shamri