Friday 19 March 2010

haid.... boleh sentuh/mengaji al-quran tak??

Assalamualaikum wbt



ada 2 pendapat berkaitan dengan permasalahan ini:


[A] Pendapat Yang Melarang Sentuh dan Baca*

Pendapat yang melarang perempuan dalam keadaan haid menyentuh atau membaca
al-Qur’an mengqiyaskan [1] keadaan perempuan sedang haid sama seperti
keadaan berjunub.

Berdasarkan hujah bahawa wanita yang berjubub diharamkan baginya menyentuh al-Quran , maka hokum wanita yang dalam haid dianggap sama seperti di atas. Dilarang menyentuh al-quran

Selain itu, hujah ini diperkuat dengan firman Allah:

“Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci”
(al-Mutatahharun).
[al-Waqiah 56:79]

Dan juga berdasarkan hadis-hadis antaranya Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang
suci.”

"Tidak boleh membaca sesuatu ayat al-Quran bagi orang junub dan tidak pula bagi perempuan2 haid"


[B] Pendapat Yang Membolehkan*

Berpegang kepada kaedah bahawa perempuan yang haid boleh melakukan apa
sahaja kecuali terdapat dalil qath’i (tepat) melarangnya.

Terdapat dalil-dalil jelas melarang perempuan haid bersolat, bersetubuh, berpuasa dan
melakukan tawaf.

Namun tidak terdapat dalil jelas melarang perempuan haid
daripada menyentuh dan membaca al-Quran.

Selain itu, mereka yang berpendapat boleh perempuan haid membaca dan
menyentuh al-Quran menyatakan dalil yang menjadi pendokong hujah melarang
perempuan dalam keadaan haid menyentuh atau membaca al-Quran juga tidak
cukup kuat untuk dijadikan hujah. Antaranya:

Tidak boleh diqiyaskan keadaan haid dengan keadaan junub.

a. Qiyas hanya untuk mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak
terdapat di zaman turunya wahyu. Perkara baru yang wujud selepas kewafatan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (tiada pada zaman Nabi), maka
disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada
zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Manakala haid
bukanlah perkara baru. Haid sememangnya wujud zaman Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam. Sekiranya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak
melarang perempuan haid daripada menyentuh dan membaca al-Quran maka tidak
perlu diwujudkan larangan tersebut.

b. Haid dan junub adalah dua perkara berbeza. Seseorang yang berada dalam
keadaan junub boleh membuat pilihan samada untuk berada dalam keadaan junub
ataupun tidak. Boleh juga memilih untuk keluar daripadanya (dengan mandi
wajib) pada bila-bila masa. Sedangkan haid bermula dan berakhir tanpa
pilihan.

2. Al-Mutatahharun di dalam Surah al-Waqiah, ayat 79 merujuk kepada
Malaikat.

Seperti mana dapat dilihat pada keseluruhan ayat:

"Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam
Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh
makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (al-Mutatahharun); Al-Quran itu
diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. "
[al-Waqiah 56:77-80]

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di
langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para
malaikat yang suci. Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi‘in
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jami’
al-Bayan.

3. Perkataansuci’ (al-Taharun) di dalam hadis “Tidaklah menyentuh
al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.” memiliki banyak
makna.

Mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak
boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang
dapat mendokongi pembatasan tersebut.

Perkataan suci tersebut boleh bererti suci daripada najis seperti tahi atau
air kencing.

4. Kelemahan Hadis “Tidak boleh membaca sesuatu ayat Al-Quran bagi orang
junub dan tidak pula perempuan-perempuan haid.”

Hadis ini dha’if kerana perawinya yang bernama Ismail bin 'Ayasy, ia
dipercayai oleh penduduk Syam (Syria) tapi dha'if di sisi ahli Hadis di Iraq
dan Madinah-Mekah.

Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah:

Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada
al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan
oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang
dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan
yang terdapat padanya adalah jelas.

Hadis tersebut memiliki tiga jalan periwayatan yang semuanya dha’if. Syaikh
al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain. Beliau juga
mengatakan hadis-hadis dalam bab orang junub/haid tidak boleh membaca
al-Quran semuanya tidak sah dijadikan dalil termasuk hadis Ibn Umar ini.

Kesimpulan

Secara peribadi saya melihat pendapat B, iaitu boleh sentuh dan baca Quran
ketika haid lebih jelas . Pendapat ini turut disokong oleh Imam
As-Syaukani rahimahullah dan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah rahimahullah .
Selain itu ia juga praktikal dan tidak memberatkan mereka yang suka untuk
menelaah al-Quran. Allah telah berfirman:

Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[al-Baqarah 2:1-2]

Individu Muslim yang bertakwa memerlukan al-Quran sebagai petunjuk dan
panduan, ini tentunya merangkumi setiap masa dan keadaan termasuklah ketika
haid. Maka dengan itu al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang
perempuan haid daripada menyentuh maupun membaca al-Quran ketika haid.

Secara peribadi saya melihat pendapat B, iaitu boleh sentuh dan baca Quran
ketika haid lebih rajih (jelas). Pendapat ini turut disokong oleh Imam
As-Syaukani rahimahullah dan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah rahimahullah.
Selain itu ia juga praktikal dan tidak memberatkan mereka yang suka untuk
menelaah al-Quran. Allah telah berfirman:

Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]

Individu Muslim yang bertakwa memerlukan al-Quran sebagai petunjuk dan
panduan, ini tentunya merangkumi setiap masa dan keadaan termasuklah ketika
haid. Maka dengan itu al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang
perempuan haid daripada menyentuh maupun membaca al-Quran ketika haid.


wallahua'lam