Friday 27 August 2010

matawang syariah..dulu dan kini :)

assalamualaikum wbt...

:)

Jika suatu masa dahulu, pada tanggal 24 Julai 2007, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan, selaku Mursyidul Am PAS pernah menyuarakan pendapatnya untuk menggunakan Dinar Emas ketika mengikuti 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Beliau pernah menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya merenung cadangannya itu dalam usaha untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi dari terus menguasai ekonomi dunia

Beliau juga mempersoalkan sekiranya Kesatuan Eropah boleh memilih untuk menggunakan matawang sendiri, mengapa pula tidak dipraktikkan perkara yang sama di kalangan negara OIC.

Tegas beliau, penggunaan dinar itu boleh menjadi teras penyatuan di kalangan negara umat Islam terutamanya dari segi pembangunan ekonomi agar kita semua dapat bangkit kembali dari pembulian serta penjajahan yang telah berterusan oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti US.

Mursyidul Am PAS itu sendiri bersetuju dengan cadangan serta usul awal yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Seri Mahathir Mohamad yang ingin menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC. Oleh itu, beliau, mengesyorkan supaya Malaysia di bawah kuasa pimpinan Pak Lah pada ketika itu untuk meneruskan usaha untuk merealisasikan idea yang dirasakan bermanfaat itu.

Bagi Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Parti Pembangkang ini juga menegaskan bahawasanya penguatkasaan urusan ini bukanlah semata-mata bersandarkan kepentingan ekonomi semata-mata malah ia lebih daripada itu.

Memandangkan kesedaran beliau itu, kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya mulai tahun lalu. (2006) Usaha kerajaan Kelantan yang dikenali sebagai negeri Serambi Makkah ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat kelantan secara amnya dan para pelancong yang datang berkunjung ke negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari tersebut turut menampilkan Tun Dr Mahathir sebagai pemidato utama selain beberapa tokoh Islam antarabangsa seperti Profesor Madya Dr Ahamed Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choundry, Shekih Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo dan ramai lagi. Turut hadir memeriahkan majlis itu termasuklah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood

Kini tiga tahun telah berlalu...
Apakah yang diimpikan oleh Tuan Guru dan beberapa tokoh terkemuka yang terdahulu itu sudah mampu direalisasikan secara global?

Ayuh kita merentas masa ke suatu detik masa pada tanggal 12 Ogos 2010..
3 tahun sesudah selesainya persidangan tersebut
setelah 4 tahun Dinar Kelantan dilancarkan, what's next?


Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, kini Kelantan di bawah teraju kepimpinan ulama' sekali lagi mencetus sejarah apabila telah berjaya melancarkan matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan
ALLAHU AKBAR!!

Majlis bermakna ini mencatatkan rentetan sejarahnya apabila dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Besar Kelantan itu sendiri di Kelantan Trade Centre (KTC) anjuran bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

Dinar Emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan penggunaannya di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam. Penggunaan Dinar emas ini adalah berteraskan penggunaan dinar sebagai mata wang Islam di negara Madinah al-Munawarah pada zaman Nabi Muhammad SAW suatu masa dahulu.

Penggunaan mata wang dinar dan emas ini terpaksa diberhentikan apabila kemerosotan empayar Islam pada abad ke 13-M yang lalu. Kehadiran golongan penjajah yang bermisikan 3G [Gold, Gospel,and Glory] membawa satu era perubahan dalam kehidupan umat Islam sehinggakan ramai yang terpedaya dengan tipu daya serta corak lakonan yang sedang di-teater-kan oleh golongan penjajah itu sendiri. Akibatnya makin ramai yang 'menjual' aqidah mereka untuk mendapatkan kemewahan duniawi tanpa menyedari bahawasanya itu adalah agenda pihak penjajah untuk melemahkan pegangan umat Islam pada agama Islam. Lalu, Islam seseorang telah menjadi Islam warisan, tinggallah Islam sebagai agama yang disebut di masjid-masijd serta rumah ALLAH semata-mata dan tidak lagi didaulatkan sebagai syariat yang memerintah. Sekularisme mula menguasai pemikiran umat Islam, maka berjayalah agenda jahat dan licik pihak penjajah sehinggakan mereka berjaya menjajah bukan sahaja kawasan pemerintahan yang dahulunya berada di bawah kuasa Khalifah Islamiyah, malah mereka juga berjaya menghapuskan pegangan umat Islam sehingga ke akar umbi.

Sebagai negeri yang diperintah oleh Ulama' selama bertahun-tahun lamanya, Kerajaan Negeri Kelantan sedar akan betapa pentingnya mengembalikan kembali ekonomi umat Islam ini bukan sahaja bermatlamatkan untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam malah untuk mendapatkan redha Ilahi serta untuk melahirkan kesejahteraan seluruh umat manusia agar hidup aman damai tanpa perlu ada lagi sebarang penidasan dari segi ekonomi oleh kuasa-kuasa besar dunia yang bersifat zalim terutamanya kepada negara-negara yang berpendudukan umat Islam.

Perluasan penggunaan mata wang syariah ini akan dimulakan dengan membolehkan pembayaran zakat dalam bentuk dinar dan dirham. Di samping itu, dimaklumkan terdapat lebih 1000 buah kedai di sekitar bandar Kota Bharu telah mengambil inisiatif awal untuk menyokong hasrat murni Menteri Besar Kelantan itu dengan membolehkan para pelanggan untuk berurus niaga dengan menggunakan mata wang syariah dinar emas dan dirham perak tersebut. Selain itu, pihak kerajaan akan melantik agen jual beli yang beroperasi seperti money changer bagi memudahkan urusan tukaran mata wang ringgit dan mata wang syariah yang diperkenalkan baru-baru ini

Namun begitu, harus diperingatkan bahawasanya matawang syariah ini BUKANLAH SEBAGAI MATAWANG NEGERI KELANTAN

Exco Kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan sekeras-kerasnya mengenai laporan Bernama berhubung penggunaan emas dinar dan dirham perak yang telah dilancarkan baru-baru ini sebagai matawang rasmi negeri Kelantan

Menurut beliau, pihak Kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menguar-uarkan perihal penggunaan emas dinar dan dirham perak itu adalah sebagai matawang Kelantan namun dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang kerana ia sememangnya mempunyai nilai jika diperdagangkan.

Beliau menjelaskan tujuan pengeluaran dinar dan dirham tersebut adalah untuk digunakan sebagai pertukaran barangan. Memandangkan situasi di setiap negara di dunia ini yang membenarkan sistem barter untuk mendapatkan sesuatu barang keperluan, oleh itu secara relevannya, emas dan perak ini juga dijadikan barang tukaran untuk mendapatkan barang dagangan yang lain.

Sebagai membidas hujah yang dikemukakan oleh Awang Adek seperti dilaporkan Berita Harian pada Ogos 13, yang sekeras-kerasnya membantah pengeluaran dinar dan dirham untuk digunakan di Kelantan. Menurutnya lagi, hanya kerajaan Persekutuan melalui Bank Negara Malaysia mempunyai hak mutlak dalam pengeluaran matawang. Tambahnya lagi, kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang yang membolehkannya mengeluarkan matawang sendiri tanpa persetujuan kerajaan Persekutuan

Menjawab persoalan ini, Husam Musa sekali lagi menegaskan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah sesekali bermotifkan untuk menjadikan dinar emas dan dirham perak itu sebagai matawang, sekaligus mematikan hujah yang dinyatakan oleh Awang Adek itu

Tambahnya lagi, fungsi Bank Islam dan Tabung Haji sebagai agen untuk menerima matawang syariah itu dalam urusniaga tidak dilaprokan secara tepat oleh Bernama
Jelas beliau, emas dan perak itu sebenarnya boleh disimpan di Bank Islam melalui skim ar-Rahnu [gadaian], selain itu, kerajaan negeri dalam perancangan untuk mencadangkan supaya ia boleh digunakan sebagai bayaran untuk mengerjakan haji kepada Tabung Haji





i-Reference:

1. Harakah Daily

2. Portal DUN Limbongan

3. MalaysiaKini


Mahukan more info??

Click on this video..

InshaALLAH bermanfaat :D




Wallahua'lam


Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini

:)

Wassalam