Friday 6 August 2010

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS...?

assalamualaikum wbt...

Kebetulan makin ramai adik-adik yang akan menjejakkan kaki ke bumi UK/Ireland/negara-negara lain di seluruh dunia menjelang September/October mendatang; inshaALLAH ingin ana mencuri kesempatan ini untuk share sedikit pengalaman ana sendiri serta sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang telah ana ceduk sepanjang sesi bersama Journey of a Muslim(JOM) 2010 yang lalu. InshaALLAH bermanfaat untuk adik-adik serta diri ana sendiri yang masih banyak kekurangan dalam ilmu di dada perihal fiqh luar negara ini.. InshaALLAH sedetik masa yang diluangkan dalam mencari ilmu ALLAH banyak ganjaran pahala yang dapat kita peroleh daripada al-Rabb yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu. InshaALLAH



Fastabiqul Khairat..JOM!!



FREQUENTLY ASKED QUESTIONS...?

1. Sharing the kitchen with non-muslims
- Apa pandangan adik-adik perihal ini? Kebanyakan daripada adik-adik dan orang tua; ibu bapa akan merasa sangat bimbang perihal ini memandangkan cara pemakanan non-muslims yang ada bertentangan dengan syariat serta cara hidup kita sbeagai seorang Muslim. Kebimbangan dan kegusaran yang bersarang di hati adik-adik itu adalah tersangatlah normal dan perlu bagi setiap muslim yang ingin menjejakkan kaki ke suatu fasa baru dalam kehidupan mereka ini, lebih-lebih lagi jika destinasi kita kelak adalah di bumi di mana majoritinya adalah golongan non-muslims.
- Kadangkala kita tak dapat mengelak daripada barang-barang kegunaan kita di dapur dikongsi ataupun dipinjam oleh flatmate kita di dapur; ia tidak menimbulkan sebarang permasalahan jika yangh meminjam itu sama-sama Islam ataupun bagi yang vegetarian (inshaALLAH) tapi ia akan mula menimbulkan konflik jika si peminjamnya adalah beragamakan Kristian, Budha, dan sebagainya selain Islam. Persoalan yang timbul; "adakah saya perlu untuk membersihkan serta menyucikan utensils tersebut menggunakan 1bilasan air tanah bersama-sama 6bilasan air mutlak sebagaimana rukun untuk samak?"
- Basically, jawapan yang simple dan safe untuk permasalahan ini adalah seperti berikut; It is not wrong or sinful for us to utilize kitchen utensils such as pans, bowls, amd knives, etc that have been used by non-muslims; with a condition that they have been washed first :) Islam is SIMPLE!!


-Tidak semestinya kita perlu membilasnya dengan 7basuhan air sepertimana yang dinyatakan tadi; cukuplah sekiranya kita membasuhnya dengan air mutlak dan washing liquid to one extent that basuhan itu dapat eliminate bau, warna, dan rasa sesuatu bahan makanan tersebut.

-Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – Hadis no. 3839 (Kitab pemakanan, Bab makan dalam perkakas Ahl-al-Kitab) menjadi rujukan:

“Abi Tsa’labah al-Khusyaini radhiallahu ‘anh berkata, saya bertanya epada Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas mereka?)”

“Rasulullah S.A.W. menjawab : “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah di dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain, maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.”

Jawapan Rasulullah SAW menjelaskan kesahihan bahawa perkakas dapur yang pernah digunakan atas tujuan memasak daging khinzir ataupun pernah bersentuhan dengan segala apa-apa pun yang berkaitan dengan binatang yang diharamkan ALLAH kepada setiap umat manusia daripada menyentuhnya itu adalah memadai dengan basuhan air mutlak semata-mata tanpa ada keperluan untuk samak. Berdasarkan hadith sahih di atas, pendapat yang mewajibkan samak sebagai metode penyucian setiap kali perkakas yang kita gunakan itu bersentuhan dengan daging khinzir, ataupun khinzir pada keseluruhannya adalah suatu pendapat yang tiada hujah untuk menyokongnya. Namun, sebagaimana kata Ustaz Alias Othman, jika kita inginkan sesuatu yang lagi pasti, apalah salahnya jika sediakan sahaja air basuhan tanah dan air mutlak itu untuk kegunaan apabila perlu. Tapi bukankah lebih elok jika adik-adik simpan elok-elok pinggan mangkuk dan segala perkakas dapur dalam almari ataupun jika terdesak bawa terus masuk bilik, itu lebih selamat :)

RELATED PROBLEM

Apabila berbicara perihal khinzir, mesti akan muncul di kotak fikiran sejenis lagi binatang yang tergolong dalam kategori najis yang berat sebagaimana khinzir juga; iaitu anjing. Sudah menjadi kebiasaan serta lumrah hidup western untuk membawa anjing bersama-sama mereka sebagai 'man's best friend'

Ustaz Alias menjelaskan bahawa keperluan untuk menyamak ataupun membersihkan pakaian kita ataupun mana-mana anggota badan yang bersentuhan dengan haiwan tersebut ataupun jika kita terpijak najis anjing kecualilah apabila seseorang itu came into contact with a dog's lick. Jilatan serta air liur anjing itulah sebenarnya najis mughalazah yang perlu kita sucikan melalui penyamakan ataupun pembersihan 7bilasan air termasuk 1bilasan air tanah.
“Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.”
(Sahih Bukhari, hadis no.: 173)

To the majority of Islamic scholars, this hadith is regarding the method of purifying the impureness of dogs only; not other than it. On the other hand, Imam Hanafi dan Hanbali berpendapat bahawa hanya saliva anjing tersebut yang membawa maksud kepada najis yang dimaksudkan sebagai mughalazah itu bukanlah mana-mana bahagian lain pada anggota badan haiwan tersebut.

Namun begitu, di sebalik khilaf di antara ulama-ulama Islam ini, yang pastinya, ijtima' ulama' menyatakan bahawasanya hukum makan anjing dan khinzir itu adalah jelas-jelas HARAM



Wallahua'alam