Wednesday 18 August 2010

uhibbukafillah

assalamualaikum wbt...

kini, makin banyak pula kes buang bayi bertebaran di dada-dada akhbar serta menghiasi kaca televisyen, seolah-olah wabak virus yang dilaknat ALLAH ini sudah menjadi suatu kebiasaan yang teramat di kalangan penduduk Islam di tanah air kita.


Kerap kali diri ini sendiri merasakan bahang tersebut, apabila melihat makin ramai bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang di sana di sini oleh si ibu dan si ayah yang berperangai zalim, sedangkan sang haiwan juga masih punya pri-ke'manusia'-an. Mereka tidak sesuka hati membuang anak yang mereka bersusah-payah mengandungkannya, yang berbulan-bulan lamanya mengambil masa untuk mengeramkan telurnya. Tidaklah bodoh untuk mereka mensia-siakan masa yang panjang itu dan mengakhirinya dengan membuang jasad itu ke suatu tempat yang tidak sepatutnya. Adakah pantas bagi seorang bayi yang masih belum sempat mengenali apakah erti dunia ini, diletakkan di tempat-tempat keji seperti di lubang tandas, di dalam longkang, di dalam tong sampah dan sebagainya.


Persoalannya,
adakah tempat-tempat yang dipandang jijik itu lebih keji ataupun perangai si ibu dan bapa yang sudah tidak bermoral itu lebih keji?


Ana tidak mengerti...


Adakah wajah-wajah suci bayi-bayi itu tidak sedikitpun menggentarkan hati si ibu? Tiada sedikitpun kah belas kasihan apabila melihat si bayi itu menangis teresak-esak kesakitan apabila jasad kecilnya itu digigit semut api dan dihurungi lalat dalam keadaan yang tragis yang teramat?
ya ALLAH..

Jika diri ku ini sendiri ditempatkan di tempat sebegitu, ditambah pula dengan gigitan semut api yang bertalu-talu, sungguh, ana tak mampu menghadapinya.
Sedangkan setelah memasuki alam dewasa kini pun, gigitan semut api itu ana rasakan sakit yang teramat, inikan pula bagi si bayi yang kulitnya masih terlalu sensitive untuk semua kesakitan itu...

Ya ALLAH...

Aku takut ya ALLAH...
Aku takut jika aku sendiri yang terleka dan melakukan kesemua itu kelak
ya ALLAH
peliharalah hati-hati ini ya ALLAH
janganlah Engkau bolak balikkan hati ini setelah hati-hati ini mula mengenali makrifat Mu ya ALLAH


Tidak sesekali diri ini layak untuk menghina serta mencela mereka yang berbuat sedemikian
tapi
layaklah untuk seorang mukmin untuk mencela serta membenci perbuatan terkutuk itu kerana perbuatan itu jua adalah sesuatu yang Engkau Murkai..
Kami membenci sesuatu yang Engkau Murkai semata-mata
tidaklah layak bagi diri ini untuk membenci sesuatu kerana nafsu kita semata-mata
tiadalah layak bagi satu-satu jiwa itu untuk membenci seseorang itu lantas menyisihkannya
kerana
Dakwah is Amazing right??

:)

Dekatilah mereka, berbaiklah dengan mereka...
semoga melalui akhlak serta hikmahmu, mereka yang baru-baru mahu berjinak-jinak dengan muqadimmah zina itu dapat segera insaf dan bertaubat kepada Mu..

Bagi mereka yang terlanjur,
doakanlah supaya mereka dapat beroleh hidayah dan taufiq Nya
Hidayah itu milik ALLAH
dan
layaklah kiranya untuk ALLAH Mengurniakannya kepada sesiapa pun yang Dia Kehendaki
menerusi apa-apa cara dan bila-bila waktu yang Dia Kehendaki..
inshaALLAH


namun..
alangkah best jika hukum serta peraturan ALLAH itu dilaksanakan di muka bumi ini
tiadalah orang yang berbuat kesalahan itu merasakan dirinya tidak berdosa even sedikitpun lalu makin bertambah-tambah dosanya kepada ALLAH
tiadalah pula orang akan berani untuk melakukan kemungkaran secara terang-terangan
maka inshaALLAH akan makin berkuranglah muqadimmah-muqadimmah zina yang sedang melanda masyarakat kita kini

encik pemerintah,
kami sayang kamu...
kami tak mahu kamu dilaknat ALLAH kerana menggantikan hukum ALLAH itu dengan hukum ciptaan manusia..
kami sayang kamu
sebagai saudara seagama kami..
kami tak mahu di akhirat kelak banyak tangan-tangan yang menuntut hak-hak mereka daripada kamu
kami terlalu sayang kamu
sehingga kami tak sanggup melihat kamu terus membenarkan maksiat berleluasa di muka bumi ini

bukankah seorang pemimpin itu perlu menguatkuasakan hukum serta peraturan ALLAH di muka bumi ini..?

Kami mahu tolong ALLAH
Kami mahu tolong kamu melakukannya
tapi..
kami tak mampu...
kami tiada kuasa...
oleh sebab itu, kamu yang diundi serta dilantik rakyat,
itulah tanggungjawab mu..
kami yakin, kamu sedar

ayuh...
bangkitlah semangat Islam dalam dirimu...
ayuh sama-sama kita naikkan Islam kembali...


adakalanya pelaku-pelaku kesalahan terhadap ALLAH itu berasa takut yang teramat
meskipun
sesudah ia bertaubat kepada ALLAH..
kerana
ia takut
ia tidak pernah menerima hukuman yang ALLAH tetapkan kepadanya di dunia ini
ia takut pula
jika dirinya dimalukan di depan manusia-manusia di akhirat kelak
lebih rela rasanya jika diri ini dihukum di dunia ini daripada menerima hukuman di akhirat kelak...

namun..
teringat pula kisah Kartika Sari pada tahun sudah
subhanallah...
bermati-mati ia mahukan dirinya dihukum menurut hukum hakam Islam
kerana
ia sudah insaf akan perbuatannya yang terdahulu
bermati-mati ia berjuang untuk mendapatkan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya yang dilaknat ALLAH itu..
namun, apa yang mampu dibuat apabila kuasa bukannya pada tangan yang betul-betul layak
akhirnya...
undang-undang dunia berjaya mengalahkan hukum ALLAH taala

wahai encik pemerintah..
tahukah dikau,
ALLAH itu Maha Berkuasa
apakah layak bagi dirimu untuk mengatakan bahawa hukum ALLAH itu sudah tidak relevan untuk masa kini?
hurm...
untuk menjaga perasaan orang bukan Islam yang nyata-nyata memusuhi agama ALLAH?
ya ALLAH...
Berikanlah kefahaman bagi jiwa-jiwa ini ya ALLAH
sungguh ALLAH tidak akan melaknat seseorang yang melakukan dosa dalam keadaan ia tidak sedar/faham

kami sayang kamu encik pemerintah
kerana itulah
kami tidak jemu-jemu berusaha untuk memberikan kefahaman kepadamu menerusi setiap usaha kami
tidak pernah terniat di hati kecil ini untuk menyakiti hati mana-mana pihak
cuma diri ini cuba untuk menyatakan yang haq
yang kami sayangkan saudara seagama kami
kerana ALLAH...

uhibbukafillah
sungguh
Aku cinta kamu semua kerana ALLAH


namun..
ingatlah bahawa setiap daripada kita ini diciptakan sebagai seorang khalifah
fitrahnya, setiap jiwa-jiwa ini diciptakan ALLAH sebagai seorang pemimpin
oleh itu
setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan kembali Islam di atas muka bumi ini
maka,
tiada lagilah dalil serta hujah yang dapat kita kemukakan untuk menidakkan tanggungjawab itu
secara rela atau paksa
kita perlu men-volunteer-kan diri kita dalam mengembalikan zaman kegemilangan Islam seperti suatu zaman terdahulu
jika pada hari ini, saat ini, kuasa masih belum ada pada kita, berusahalah sentiasa
Bukankah secara lahiriah kita mempunyai kuasa tersebut?
paling basic pun, kita adalah pemimpin kepada diri sendiri
kerana
diri ini perlu dipimpin supaya ia tidak lari dari jalan ALLAH



inshaALLAH


wallahua'lam