Saturday 28 August 2010

Nak makan daging saudara kita yang sudah mati?

Assalamualaikum wbt...

Bersua kembali kita pada hari ini dengan suatu topik yang ada kaitannya juga dengan entri yang sebelumnya, iaitu larangan untuk bersangka buruk serta mencari-cari keburukan seseorang yang lain. Apakah kaitannya dengan kehidupan seharian kita pada hari ini?

Kebanyakan daripada kita pada hari ini, majority memiliki akaun di laman web sosial Facebook yang amat tersohor dan terkenal di seantero dunia dewasa ini. Facebook itu ada baik buruknya samalah seperti apa-apa pun, sekiranya digunakan untuk tujuan kebaikan, benda yang terburuk pun boleh jadi yang paling mulia di sisi ALLAH.

Ingatkah kita pada suatu hadith logam yang bermaksud "Manusia itu umpama logam, jika ia baik semasa jahiliyah maka baik juga ia semasa Islamnya seandainya ia faham"

Oleh itu, sekiranya seseorang itu mempunyai sesuatu kemahiran ketika ia berada dalam keadaan jahiliyah nya (dalam keadaan ia tidak mengetahuinya), maka kelogamannya takkan hilang dek masa apabila ia telah mendapat kefahaman dalam Islam. Contoh yang paling nyata adalah Saidina Umar r.a yang mana ketika jahiliyah nya ia adalah seorang panglima perang yang sangat digeruni, pada ketika itu bakatnya sangat disanjungi dan disegani oleh semua pihak di kalangan masyarakat Arab pada ketika itu, namun setelah keislamannya, bakat serta kebolehannya bukan sahaja tidak luntur malah mendapat kedudukan yang lebih istimewa di sisi ALLAH taala.

Oleh itu, setiap kali kita nampak sesuatu kemungkaran, it's normal bagi setiap orang mukmin untuk merasa benci dan geram melihatkan kemungkaran tersebut serta sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah kemungkaran tersebut sekiranya kita mempunyai kuasa, namun sepertimana hadith Rasulullah SAW, selemah-lemah iman adalah dengan cara mendoakan supaya mereka mendapat hidayah ALLAH supaya mereka boleh menggunakan kelogaman mereka dengan cara yang betul menurut syariat Islam, InshaALLAH.

Kebencian melihat sesuatu kemungkaran itu adalah suatu kemanisan iman dan Islam yang nyata, namun tiada suatu alasan pun untuk menghalalkan sesuatu yang haram di sisi Islam itu. Apabila ALLAH berfirman perihal larangan untuk mencari-cari kesalahan orang lain serta mengumpat dan mengunjing-unjing sebahagian yang lain itu, ia adalah suatu kewajipan yang wajib kita patuhi sepanjang kehidupan kita di dunia ini.

Usahlah sesekali kita meletakkan diri kita lebih mulia daripada sebahagian yang lain sehinggakan membolehkan kita untuk mencari-cari kesalahan orang lain serta memberikan diri sendiri suatu credit palsu untuk membolehkan kita mengutuk perbuatan seseorang yang lain sekaligus menyangka diri sendiri itu lebih mulia daripada sebahagian yang lain.

" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. "
[al-Hujurat:12]


Kini, video-video yang menunjukkan keaiban saudara seagama dengan kita nampaknya sedang laris di pasaran Facebook yang dijaja secara percuma di merata-rata tempat. Banyak sungguh perbuatan "orang yang jahil agama" yang cuba dipamerkan dalam video-video tersebut, mungkin juga niat pemilik akaun yang meng-upload-kan video tersebut adalah untuk menyedarkan antara satu sama lain perihal kemungkaran yang sedang berleluasa di kalangan umat Islam dewasa ini. Namun begitu, kerap kali dilihat sahabat-sahabat peng-upload video itu yang tidak faham perihal niat murninya lantas mengherdik-herdik pelaku kesalahan dalam video tersebut; menghina mereka dengan perkataan-perkataan yang tidak elok serta dapat menjatuhkan maruah seseorang itu pada paras yang sungguh menghinakan.

Harus diingat, berdakwah itu ada banyak caranya oleh sebab itulah kita sepatutnya bersikap lebih kreatif mengharungi permasalahan ummah masa kini yang penuh dengan variasinya yang tersendiri. Kita tidak mahu jika kita tersalah ambil jalan yang mana bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan permasalahan ummah malah menyebabkan makin ramai yang bertanggapan negative pada Islam dan golongan pendakwah itu sendiri.

Realiti nya, tiada seorang pun yang suka dirinya diherdik dan dihina-hina sebegitu rupa. Ini akan menyebabkan mereka yang sedang hanyut dalam permainan duniawi akan makin hanyut, seterusnya mungkin akan terus lemas bergelumang dengan daki-daki serta kekotoran lumpur jahiliyah yang datang dalam bentuk yang pelbagai. Masing-masih seakan-akan sudah resistant dengan penawar yang ada di dunia ini. Namun, yakinlah jika kita menolong agama ALLAH, ALLAH akan Mempermudahkan urusanmu itu, inshaALLAH

Oleh itu, diharap sangat bagi sahabat serta sahabiyah sekalian untuk tidak sesekali mencari-cari kesalahan orang lain; ayuh kita perbetulkan diri kita dahulu, perlengkapkan diri kita apa adanya untuk melawan segala arus perubahan yang sedang melanda dunia masa kini. Seharusnya kita membenci kemungkaran yang mereka lakukan, tetapi tidak wajarlah untuk kita untuk menyisihkan serta mengherdik-herdik mereka. Mungkin juga mereka melakukan sesuatu kesalahan itu dalam keadaan yang mereka masih jahil sedar tidka faham dengan tuntutan ALLAH ke atas mereka. Namun, berasa malu serta hinalah kita, orang-orang yang mengaku diri sebagai seorang da'ie yang hakikatnya lebih faham dan arif perihal perkara-perkara yang ALLAH larang itu, sekiranya kita pula yang melakukan dosa serta kesalahan itu dalam keadaan kita telah sedar dan faham agama itu sendiri. Bukankah itu lebih hina nilainya di mata ALLAH?

ALLAH hanya akan menghukum mereka yang melakukan sesuatu kesalahan itu dalam keadaan mereka sedar serta mempunyai kefahaman dalam Islam, oleh itu, berasa takutlah kita semua yang telah diberikan hidayah ini, sekiranya kita melakukan kesalahan itu. Sungguh, tiada sebarang kehinaan yang lebih hina daripada mengakui diri lebih mulia daripada sebahagian yang lain pada masa yang sama sedang melakukan kesalahan kepada ALLAH swt.
Nauzubillahi minzalik..


Diharapkan juga supaya kita tidaklah lagi mengintai-intai kesalahan orang lain untuk dikutuk serta diherdik kerana walau apapun alasan serta niat kita, tapi sekiranya perbuatan itu tidak disukai oleh orang tersebut, maka kita telah dikira sebagai mengumpat dan ingatlah mengumpat itu balasannya adalah makan daging saudara kita sendiri yang telah mati ataupun lebih dikenali sebagai bangkai. Untuk memakan daging saudara kita sendiri pun, kita tidak mahu, inikan pula untuk memakan bangkai yang dilarang keras oleh ALLAH, sungguh, ia sungguh hina lagi menghinakan.



Banyak lagi cara untuk menegakkan yang haq serta menegah kebatilan di atas muka bumi ini, oleh itu bersikap kreatiflah wahai sahabatku.
Usahlah kita sentiasa bersangka buruk kepada orang lain tapi sentiasalah berasa takut jika diri ini masih belum cukup amal ibadah ketika nyawa pinjaman ini diambil kembali oleh ALLAH taala kelak. Takutilah balasan ALLAH, cintailah kematian kerana hanya melalui itulah, kita akan merasa rendah diri dan sentiasa merasakan diri masih belum cukup berbuat amal kebajikan. Bukankah dalam entri sebelum ini, ana pernah share perihal perasaan tamak orang mukmin itu. Seorang mukmin tidak akan pernah merasa puas dalam membuat kebaikan selagi kedua-dua tapak kakinya masih belum melangkah masuk dan menyentuh lantai syurga. Sesudah itu, orang mukmin tidak akan merasa puas lagi sehinggalah ia dapat merasakan nikmat syurga tertinggi, al-Firdaus.


Subhanallah..

Ayuh!!
Jauhilah prasangka buruk kepada orang lain mahupun kepada ALLAH..
Orang yang paling layak kita ragui adalah diri kita sendiri sehingga ia mendorong diri untuk melakukan lebih banyak kebaikan serta melakukannya dengan lebih khusyuk
itulah yang sewajarnya


wallahua'lam

wassalam wbt