Monday 16 August 2010

Aura Iman

assalamualaikum wbt...

:)

A:Cikgu, saya jealous lah...

B:Kenapa ni?

A: Sy jealous...
cikgu dah banyak berdakwah.. dah banyak juga buku, artikel serta skrip cg siapkan dalam usaha cikgu tu..
Saya? [memandang diri sendiri dengan muka hampa...]
Saya? Saya tak buat apa-apa pun lagi cg..
Saya tak mahu cuma jealous..
I wanna do something for Islam as well...

B: [tersengih]
syairah, syairah...
jom, cg bagi awak link untuk awak contact kalau awak berminat nak menulis..nak tak?

A: opppss...bahasa saya tunggang-langgang la cg..
cg jadi juru edit boleh?
[tersenyum]

B: boleh ;)

one month later...
Handphone berdering, ada mesej menjengah masuk ke ruangan inbox ku..

B: salam syairah..
saya sekarang tengah buat manuskrip ke-4, ada idea mengenai tema isi perbincangan yang boleh saya kupaskan dalam next issue tak? Boleh saya muatkan dalam buku terbaru saya nanti. Buku kedua saya inshaALLAH akan berada di pasaran akhir Sept ini terbitan Galeri Ilmu; tajuk masih dalam perbincangan
(actually, I think I should keep it secret first because it would not be appropriate if I tell u guys about it earlier, or else my teacher will 'kill' me straight away if he knows about it :P)
InshaALLAH buku ketiga saya nanti terbitan PTS, tajuk masih belum pasti..
(this time, my teacher really haven't decide a suitable topic for it, so it remains secret for everyone, should be a nice one as well inshaALLAH)

A+B: berbincang perihal tema perbincangan yang mungkin menarik hati dan minat para pembaca..mudah-mudahan (inshaALLAH) :D

** I really love the way he attract my attention to get involved in writing even though via indirect way.. Even though, I am no longer his formal student, but indirect ways, he will always be my teacher..
:)
** Skrip telah diubahsuai dan disunting supaya hanya yang perlu sahaja dimasukkan dalam entri ini


Cikgu...
saya doakan hasil kerja cikgu,
titik peluh cikgu di jalan ALLAH akan dilihat ALLAH sebagai baja untuk tanaman yang akan cikgu tuai di akhirat kelak..
InshaALLAH... :D

Di kesempatan ini, ingin sekali diri ini mempromosikan hasil karya pertama seorang guru yang diekspresikan menerusi penghasilan sebuah buku yang bertajuk
Aura Iman; Membongkar Ibrah di Sebalik Sunnatullah
hasil terbitan Galeri Ilmu

dan

identiti sebenar si B kini akan saya dedahkan

penulisnya adalah.....

....


Wan Ruzlan Wan Omar

Beliau juga turut aktif menulis artikel dan makalah untuk siaran akhbar dan majalah seperti Berita Harian, Metro, Sinar Harian, Majalah Solusi, Majalah Bicara, Majalah Pendidik, Majalah Nur, Majalah Pelita Bahasa, dan Majalah Aniqah.

Jika antum/antunna mempunyai kelapangan google terus nama beliau inshaALLAH akan ada contoh-contoh artikel yang pernah beliau karangkan akan muncul dalam enjin carian google itu ;)
termasuklah beberapa yang dapat diselitkan di sini

Portal E-Syariah Komuniti Islam: Kerja Secara Jemaah Memperkasa Kemajuan Ummah

dan banyak lagi :)


Mahukan details buku beliau?
Okay....

Refer link ini untuk maklumat tambahan


AURA IMAN
ISBN: 978-983-097- 258-9
PENULIS: WAN MOHD RUZLAN WAN OMAR
TEBAL: 248 m.s

HARGA: RM22/ RM24*
KOD: GB0085

SINOPSIS

Saban hari, pelbagai peristiwa berlaku. Ada yang mencipta suka dan bahagia, dan tidak kurang juga yang mengundang sedih dan derita. Namun bagaimanakah kita mengambil pengajaran darinya?

Adakah kita pernah terfikir bahawa segala yang berlaku itu adalah peringatan daripada Allah SWT untuk me
ngejutkan kita daripada terus leka dan terlena?

Kupasan 40 tajuk yang disandarkan dengan pelbagai peristiwa semasa mengajak kita bermuhasabah dengan kejadian alam.

Dengan bahasa yang mudah berserta sokongan fakta-fakta yang diadun kemas, menjadikan naskhah ini sesuai dijadikan bahan rujukan buat mereka yang suka berfikir.

Fikir dan zikir...


Antara kandungan:

* Iktibar daripada Mala Petaka Alam * Mata Anugerah Ar-Rahman * Ingat Mati Menambah Jernih Mata Hati * Mukmin Cemerlang Bijak Mengurus Masa * Integriti Seorang Khalifah * Akhirnya Suamiku Insaf... * Mufti Hati... Carilah Bekal Menghadap Tuhanmu * Wasiat Buat Kita * Dan banyak lagi…

Wallahua'alam