Thursday 5 August 2010

"Aku meminta lapar 1hari dan kenyang 1hari..."


assalamualaikum wbt...

"Aku meminta lapar 1hari dan kenyang 1hari..."

Pernahkan kita mendengarkan banyak kisah-kisah riwayat hidup Rasulullah SAW yang membuktikan betapa hebatnya zuhud Baginda sepanjang kehidupannya sebagai seorang hamba ALLAH yang taat dan sentiasa patuh akan suruhan Nya. Meskipun Baginda layak untuk mendambakan balasan yang hebat daripada ALLAH SWT di dunia ini namun tidak pernah sesekali pun duniawi menguasai dirinya. Kecintaannya terhadap dunia adalah semata-mata untuk dijadikan sebagai titian untuk ke akhirat kelak. Tidak pernah Baginda letakkan dunia di hati bahkan Baginda sentiasa besederhana dalam kehidupannya, Baginda adalah contoh teladan yang terbaik dalam mempraktiskan Islam dalam kehidupannya sehingga menjadi ikutan oleh sahabat-sahabat Baginda yang turut mempraktiskan zuhud dalam kehidupan sehariannya seperti Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab

Jika Baginda mahu, ALLAH ingin mengubah Bukit Uhud menjadi segunung emas untuk Baginda

"Tuhan-ku menawarkan untuk menjadikan Batha Makkah menjadi emas untukku, namun aku berkata 'TIDAK! Wahai Tuhanku. Akan tetapi, (aku meminta) lapar satu hari dan kenyang satu hari,; jika aku lapar, aku mengingati dan menatap kepada Mu, jika aku kenyang, aku memuji dan bertasbih kepada Mu"
[hadith riwayat at-Tardmizi]

wahhh...betapa hebatnya keutuhan akhlak Rasulullah SAW; Baginda menolak segala kemewahan duniawi yang telah ALLAH Tawarkan kepadanya malah memohon sesuatu yang lebih payah dan jerih untuk dilalui smeata-mata untuk menjadi hamba Nya yang kebih bersyukur kepada Nya...Subhanallah..
Muhasabah diri kembali melihatkan apa yang telah terjadi apda diri kita selama ini, mungkin juga kita mengakui diri kita mengikuti jejak langkah dan sorot-sorot kehidupan Rasulullah SAW tapi adakah kita menyerah diri kepada ALLAH sepenuhnya ataupun hanya mengambil sesuatu yangh menjanjikan seribu satu kemudahan kepada kita? Para da'ie perlu sedar bahawa pentingnya zuhud ini kerana terdapat jutaan maksud tersirat yang tersembunyi di celah-celah setiap tingkah laku nabi Muhammad SAW itu. Contohi dan teladanilah akhlak Rasulullah SAW ini kerana ia lah sebaik-baik Qudawah kepada kita semua sebagai umat Islam dalam menyelusuri coretan kehidupan di dunia yang fana ini..InshaALLAH

Bagaimana pula agaknya keadaan Baginda ketika Baginda tidur? Adakah Baginda tidur dalam keadaan yang selesa beralaskan tilam yang empuk memendangkan Baginda mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat pada suatu ketika dahulu?

Siti Aisyah r.a berkata bahawa alas tidur Rasulullah SAW adalah daripada kulit yang diisi dengan serabut
[hadith riwayat Bukhari]

Dalam soal makanan, Baginda makan apa sahaja yang disajikan kepada Baginda, tanpa menanyakan sesuatu yang tidak ada

Baginda tidak mempunyai meja makan. Makanan diletak di atas lantai. Baginda menyuap makanan yang ada dengan 3 jari. Baginda tidak pernah mencela makanan.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

“Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan. Jika menyukai makanan itu, Baginda memakannya.Jika tidak, Baginda meninggalkannya.”

[Riwayat Abu Hurairah]

Aisyah r.a berkata, "Kadangkala sebulan berlalu namun kami tidak menyalakan api di dapur,. Kami hanya makan kurma dan air sahaja kecuali jika ada seseorang yang menghadiahkan sedikit daging kepada kami"

[hadith riwayat Bukhari]

Wallahua'alam