Monday 21 February 2011

JOM Berubah!!~~

Assalamualaikum wbt


As one person I cannot change the world, but I can change the world of one person.

Paul Shane Spear

So jika sekarang kita masih beria-ria mencari alasan untuk cakap kita masih tak mampu berubah, wallahua'lam.. Moga ALLAH Berikan kita hidayah dan petunjuk itu kepada kita, tapi jangan menunggu hidayah itu datang bergolek ke arah kita kerana indeed it's impossible to happen. ALLAH hanya ubah suatu kaum setelah kaum itu mengubahnya terlebih dahulu. We have to initiate the change, or else no one in the world can help u. Kalau tak nak juga, tak apa lah, kami cuma menyampaikan kalimah ALLAH, yang decide itu bukan saya, dia, ataupun mereka tapi it's u urself. Kami boleh cuba yang terbaik tapi usahanya takkan berjaya tanpa usaha daripada diri sendiri. Kita lebih kenal diri kita tapi jangan lupa ALLAH lebih Maha Memahami serta Mengetahui apa yang tersembunyi, apakah masa hadapanmu. Mungkin suatu hari kelak ALLAH telah takdirkan kamu yang memegang tampuk pimpinan ummah tapi bagaimana ia boleh direalisasikan jika sehingga hari ini, kamu masih mahu mengatakan kamu tidak mampu untuk berubah. U seem to react as u do not have faith in ALLAH. Nauzubillah

P/s: ini bukan untuk kamu, kamu, dan kamu semata-mata tapi untuk muhasabah diri yang menulisnya serta yang meng-sharekan nya. Btw, bukankah sesuatu yang baik itu perlu sentiasa dikongsi supaya masing-masing akan dapat mencari saham untuk ke akhirat kelak. Kadangkala ada yang tak suka apabila ditegur dengan kalimah ALLAH, wallahua'alam tapi bagi diri sendiri, suatu nasihat sahaja, janganlah jadi seperti Bani Israel yang dihinakan ALLAH di merata-rata tempat di al-Quran. Ahli-ahli kitab mereka bukanlah terlalu jahil dan bodoh untuk faham agama ALLAH itu tapi mereka memilih untuk menyembunyikan kebenaran dan memilih yang batil itu. Akhirnya, mereka menegakkan kalimah kebatilan itu di seluruh dunia dan menjadi sekutu syaitan secara sengaja ataupun sebaliknya.

Janganlah nak tunggu azab ALLAH barulah nak berubah. Kami menasihati diri dan sahabat-sahabat bukanlah untuk tunjuk baik atau kami lebih alim, insyaALLAH, tapi sebab kami takut kalau kami tak bawak risalah ALLAH ini, bilamana ALLAH nak bagi bala kepada orang yang zalim, ALLAH takkanlah bagi azab itu kepada mereka sahaja, kita juga akan kena. So apa solution untuk tak nak turut diazab sekali? JOM lah kita berusaha bersungguh-sungguh, berjiad dengan sepenuhnya supaya ALLAH Mengizinkan kita berusaha untuk menegakkan kembali kalimah ALLAH di muka bumi ini. Supaya one day, makin ramai golongan Mukminin dan semakin kurang golongan yang jahil itu. Maka kurangnya kezaliman berlaku di muka bumi ALLAH ini sekaligus menghapuskan fitnah yang terjadi di kalangan umat ISLAM itu sendiri. Kami tidak mampu untuk berdakwah kepada seluruh lapisan masyarakat jika orang kafir masih melihat orang Islam yang hanya pada nama, yakni mereka yang masih mampu menebalkan muka berjalan berdua-duaan di shopping mall, berzina sana sini, mengumpat yang itu mengumpat yang ini..dan banyak lagi.

Mereka inilah yang menjadi fitnah kepada pergerakan dakwah hari ini. Jika golongan ini dapat dikurangkan kepada bilangan yang seminimum yang mungkin insyaALLAH fitnah atas agama Islam ini dapat dihapuskan sekaligus memudahkan kerja-kerja dakwah itu.

So, hari ini kita sudah tahu banyak benda, tak nak berubah lagi ke?

Cukuplah menjadi beban kepada para pendakwah kerana sepatutnya pada hari ini, mereka sudah mampu menyerahkan sebahagian tugas itu kepada kita semua, cuma kenapa kita masih mahu menjadi pendengar dan penonton sahaja. Entah umur kita sampai bila, entah esok lusa dah nak pergi kembali kepada ALLAH, takkanlah still nak jadi beban? Tak nak ke kita sama-sama menjadi pemikul beban dakwah itu.

DAKWAH bukanlah suatu optional, u have no choice, u have to do that.. as simple as that. Tak perlu pilih sebab itu memang sudah sedia termaktub sebagai tanggungjawab seorang manusia sesudahia selesai mengucapkan kalimah agung Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh ALLAH...

Dah dah dah...

waktu berselimutmu sudah berlalu, ayuh.. tolong jadi pemikul beban dakwah ini bersama-sama kami..

:)

“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

JOM ya ukhti :)

Jangan pernah rapuh sebab kita adalah penyambung mata rantai perjuangan Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini.

jalan dakwah itu sememangnya bukanlah sesuatu yang dijanjikan jalan yang mudah tapi semestinya ia menjanjikan ganjaran yang ultimate di akhirat kelak

Wallahua’lam

Wassalam