Thursday 7 April 2011

Zaman batu- Mitos ataupun fakta?

Assalamualaikum wbt

sekadar sharing di petang hari sambil minum-minum air teh



Zaman batu- Mitos ataupun fakta?



"Lalu keduanya memakannya, sehingga tampaklah aurat mereka dan mulailah

keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan telah derhakalah Adam kepada Tuhannya, dan sesatlah dia. "(QS Thaha (20): 120-121).


**setelah memakan buah tersebut, terlepaslah PAKAIAN mereka sehingga nampak auratnya.

** nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang Diciptakan ALLAH sudah berpakaian vs Paleolitik yang hidup di dalam gua dan bercawat?



[2:30-31]

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.

Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi….”

lalu para malaikat menjawab….

Adakah kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”

“….sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan

mensucikan Engkau…”

“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.”

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.



Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut?



--> “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat (golongan yang menumpahkan darah di muka bumi seperti golongan terdahulu sebelum nabi Adam a.s.diciptakan)



Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia yang kita belajar sejak kita di bangku sekolah :)


Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu.

Bila dengar zaman batu, secara automatiknya kita akan menjangkakan kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap. Tidak ada bahasa, Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang.Itulah sejarah yang dipercayai oleh

majoriti manusia. dan kita macam makin yakin yang hanya dengan kedatangan para penjajah esp Barat, kita makin maju dan menerajui peradaban dunia itu.. betul ke macam tu?



Everyone yang belajar sejarah di bangku sekolah, jika ditanya apakah itu zaman purba, sudah semestinya bayangan pertama yang muncul di benak pemikiranh mereka adalah mereka yang tinggal di gua, tidak berpakaian, hidup yang tiada peradabanlah senang cerita

tapi betul ke??


Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak tanduk seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.

Adakah Nabi Adam dan nabi-nabi seterusnya diturunkan dalam keadaan hina oleh Allah tanpa sebarang ilmu?



okay, kita dah banyak spend masa membaca buku-buku sejarah.

sudah bertahun-tahun kita percaya dan yakin zaman itu wujud, boleh tak kalau hari ini saya mintak satu je pertolongan

JOM kita balik semula kepada dalil-dalil yang ada dalam al-Quran dan hadith..plzzzzz sangat2!! :)

sama-sama kita, JOM!



Boleh ke orang yang tinggal di gua mempunyai kemahiran membina bangunan?


Kalau ada pun, tunggu neolitik la kot...


Ehhh... tapi ni cerita nabi Adam a.s. manusia pertama yang di Ciptakan ALLAH!!



Binaan kaabah oleh Nabi Adam a.s:

1. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam a.s serta Hawa membawa firman kepada keduanya: Binalah untukKu sebuah rumah. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam a.s menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata: Cukuplah wahai Adam!

2. Setelah selesai membinanya, Allah mewahyukan kepada beliau supaya tawaf mengelilinginya dan dikatakan kepada beliau: Engkau adalah manusia pertama. Inilah rumah pertama yang dibina sehinggalah setelah beberapa kurun, Nabi Ibrahim a.s telah meninggikan tapak Kaabah tersebut. Orang pertama yang mengasaskan Kaabah kemudian menunaikan sembahyang serta tawaf mengelilinginya ialah Nabi Adam a.s.


tu baru satu binaan, ni binaan bahtera nabi Nuh a.s macam mana pulak? zaman mana pula nabi Nuh wujud? neolitik jugak ke? hurmmm...



“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[surah Hud ayat 40 – 41]



banyak lagi dalil-dalil al-Quran dan hadith yang ada..

sekarang terserah kepada kita untuk menilainya..

tepuk dada tanya iman insyaALLAH


Wallahua'lam





Saya tiada jawapannya, sebab saya pun tidak ada lagi di muka bumi ini ketika semua ini terjadi..

tapi ALHAMDULILLAH, manusia dihadiahkan ALLAH al-quran serta rujukan hadith Rasulullah SAW..

so, masih belum terlewat untuk OYEAH!! (Open Your Eyes and Heart)



Saya cuma di sini untuk mengajukan persoalan supaya kita kembali semula kepada al-Quran dan hadith

yang mampu menjawabnya adalah diri kita sendiri insyaALLAH



Wallahua'lam


Wassalam



p/s: Mahu lebih jelas? boleh rujuk http://www.youtube.com/watch?v=JdyknPQpR1U

InsyaALLAH bermanfaat

JOM baca ayat-ayat chenta ALLAH!! ♥ ♥ ♥



Tapi perlu diingat..

setiap ilmu yang kita dapat bukan untuk kita absorb bulat-bulat sebab kita adalah makhluk ALLAH yg special..

Setiap orang ada akal untuk berfikir, JOM kita gunakan akal jugak..

sebab segala pengajaran ALLAH Hadiahkan kepada mereka yang berfikir ..


sentiasa ingat al-Quran dan hadith itu sentiasa bersama menenmanimu

sebagai

"SKEMA JAWAPAN"

how we should live our live..

so jangan sia-siakannya

"jangan sampai berhabuk dekat rak sudahlah"



:)

Musafir di bumi ALLAH