Wednesday 20 April 2011

"Aku sayangkan jahiliyyahku"

Bismillah ir-rahman ir-raheem..

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar iman kita semua pada saat ini? Moga antunna sekalian sentiasa berada kesejahteraan iman dan Islam, insyaALLAH..



Seronok rasanya melihat jiwa-jiwa muda yang berkobar-kobar, bermujahaddah demi menegakkan kalimah ALLAH yang suci ini. Subhanallah3, Maha Suci ALLAH yang Maha Menciptakan jiwa-jiwa ini dan Menyempurnakan pembersihan hati kami yang lemah lagi hina ini.





Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi pada kesempatan ini, kita semua masih beroleh kemanisan nikmat iman dan islam itu kerana masih ramai di luar sana sedang mencari-cari erti kehidupan sebenar.



Mereka, insyaALLAH bukanlah menolak Islam secara total tapi mungkin mereka masih belum faham akan urgensi dakwah itu sendiri, oleh itu, janganlah kita berfikir untuk memeluk tubuh semata-mata melihat keadaan mereka yang masih terkontang-kanting mencari sinar Islam itu sendiri. ALLAH Menciptakan kita tidak lain melainkan untuk beribadah dan memakmurkan bumi ALLAH ini dengan tertegaknya kalimah ALLAH. Sudah jelas menerusi firman ALLAH yang menciptakan kita semua berpuak-puak dan pelbagai bangsa supaya manusia lebih mengenali antara satu sama lain. Hidup kita tidak pernah bersendiri, kita takkan mampu hidup seorang diri kerana tanggungjawab di bahu ini sangat berat, ia perlulah dipikul bersama-sama orang yang faham (sebaik-baik kefahaman adalah kefahaman dalam ad-Deen). So, jika hari ini, ada di antara sahabat handai kita ataupun ahli keluarga kita yang masih belum faham, lihatlah ia sebagai peluang untuk diri ini mencari pahala ALLAH dengan cara membawa mereka lebih dekat dengan ALLAH. Santunilah mereka selagi mereka tidak memaksamu menyekutukan Ilahi, berlaku baiklah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka mempunyai hak-hak yang perlu kita penuhi.



Mahu berubah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ana mengakui hakikat kepayahan itu sebab ana sendiri merasakan kesakitan untuk meninggalkan jahiliyyah yang sudah sebati dalam diri ini. Menasihati orang untuk berubah itu sangat mudah, terlalu mudah seperti ABC, 123. Ia tidaklah semudah kata-kata. Bukanlah mudah untuk meninggalkan sesuatu yang ‘menyeronokkan’ yang telah lama sebati dengan kita, sebab itulah kot ada yang berpendapat belajar lebih mendalam Islam ini adalah sesuatu yang menyusahkan, payah. Akhirnya keluarlah kata-kata seperti IGNORANCE IS A BLISS.



Sungguh angkuh jiwa-jiwa ini apabila menidakkan Pemilihan ALLAH untuk mereka tahu lebih mendalam mengenai Islam. ALLAH sentiasa Memberi peluang kepada jiwa-jiwa ini untuk pembersihan jiwa dan menaiktarafkan kedudukan mereka di sisi ALLAH. Namun, ramai di antara kita menolak kerana terlalu sayangkan dunia, tidak mahu hilang sahabat handai. Banyak alas an yang mula dilontarkan; “mana boleh putuskan ukhuwwah”, “bukankah tiada paksaan dalam beragama” dan banyak lagi. Sungguh, manusia memang hebat dalam mencari 1001 alasan untuk membenarkan kebatilan yang mereka sukai. Astaghfighullah al-‘azim3…



"Belumkah datang masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka kerana mengingati Allah dan kebenaran yang diturunkan-Nya. Dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum ini, kemudian mereka melalui masa yang panjang (bertangguh) sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi fasiq"

[Al-Hadid:16]



Lupakah kita mengenai keratan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud

“Jika engkau tidak malu, lakukanlah sesuka hatimu”

[hadith riwayat Bukhari]

**Hadith 20 daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amru al-Anshari al-Badri r.a



Tidak malukah kita sehingga perlu ditegur berulang-ulang kali oleh ALLAH menerusi Al-Quran serta hadith-hadith sahih Rasulullah SAW? Bukankah ALLAH telah Menegah kita daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran kerana bimbang lama-kelamaan hati kita akan menjadi keras kerana terlalu banyak melakukan dosa sehingga hilangnya rasa malu itu. Bukankah malu itu juga perisai orang yang beriman?



Malu itu sendiri merupakan benteng iman seseorang mukmin itu. Apabila ia takut akan ALLAH, maka secara automatic nya akan lahirlah suatu perasaan yang dinamakan malu. Perasaan yang malu akan ALLAH, manusia, dan kepada diri sendiri mendorong kita menjauhi perbuatan-perbuatan mungkar serta segala perbuatan yang menzalimi diri sendiri. Adanya malu itu lah yang menghalang diri ini daripada menjatuhkan maruah diri sendiri dan mengaibkan diri sendiri di depan ALLAH taala, samada terbuka mahupun tersembunyi.



Ya akhwat,



Sedarkah kita menerusi hadith 20 tadi itu, ALLAH Mencela manusia yang tidak mempunyai rasa malu itu. Tahukah kita malu itu suatu nikmat yang bukannya ada dalam diri semua insane bergelar manusia? Hanya orang-orang yang beriman beroleh nikmat itu dan bersyukurlah kita sekiranya sejahat mana pun kita pada hari ini, kita masih merasakan malu sekiranya kejahatan itu diketahui umum. Yakinlah bahawa ALLAH sedang Menegur dan Mendidik kita ke arah jalan pembaikan.



Terimalah pelawaan ALLAH itu dan sama-samalah melakukan pembaharuan pada diri ini.



Jadikan kesilapan lalu sebagai titik tolak untuk kita terus ke depan. Bersyukurlah kita kerana sehingga saat ini, ALLAH masih Menutup aib kita daripada pengetahuan umum, kerana ALLAH terlalu sayangkan hamba-hambaNya. Tapi, janganlah terus menangguh masa untuk bertaubat kerana khuatir jika suatu hari nanti, hatimu menjadi keras dan ALLAH bertindak seadilnya dengan membiarkan orang lain mengetahui aibmu. Na’uzubillah



Moga kesilapan lepas hanya menjadi rahsia hati antara kita dan ALLAH. Janganlah kita berlengah-lengah lagi sehinggalah tibanya suatu masa yang kita tidak mampu untuk u-turn kembali. First of all, kita perlu yakin bahawasanya ALLAH itu Maha Adil, Dia takkan Menghukum hambaNya berdasarkan masa silamnya sesudah dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Tapi, ingatlah juga keadilan itu bererti meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya. So, adakah layak untuk kita meminta itu dan ini jika kita sendiri tidak melakukan selari dengan yang ALLAH telah Gariskan? Adakah layak untuk kita mengeluh dan marahkan ALLAH sekiranya ALLAH Membalas perbuatan keji mu terhadap ALLAH?



Jika ALLAH mampu mengadili orang-orang yang beriman dengan menjanjikan ganjaran pahala dan syurga yang berkekalan, usahlah lupa bahawasanya janji ALLAH itu jua pasti kepada mereka yang mengingkari kalimah ALLAH.



Ada salah suatu hadith yang membuktikan Keadilan ALLAH ini teramat jelas yang bererti:

“Barangsiapa berdusta kepada Aku, maka dia hendaklah menyediakan tempatnya di dalam neraka”

Hadith yang simple tapi penuh dengan ancaman oleh ALLAH yang Maha Berkuasa.



So, perlukah lagi kita terus menunggu seperti menunggu buah durian jatuh jika kita sendiri tidak menanam pokok durian itu terlebih dahulu? Be relevant saying, jika mahukan buah durian, tanamlah pohonnya terlebih dahulu J


Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud:

“Manusia itu tidaklah diciptakan sia-sia melainkan untuk beribadah menyembahKu” [ad-Dzariyat:56]



So, kalau rasa mahu hidup enjoy sana sini, mungkin kita boleh try figure out macam mana nak hidup di suatu tempat yang bukan ciptaan ALLAH. Keluarlah dari bumi ALLAH ini, keluarlah dari alam semesta ini, keluarlah dari dunia ini, sekiranya kita mampu.



Janganlah kita mungkiri lagi janji kita kepada ALLAH untuk taat dan patuh hanya kepadaNya.





Dan..



Ingatlah jika dahulu didikan ibu bapamu tidaklah sehebat didikan Lukman terhadap anak-anaknya, janganlah jadikan ia sebagai alasan kenapa diri ini memilih jalan kekufuran kerana yakinlah bahawasanya segala-gala yang ditakdirkan ke atas mu, sudah semestinya ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya sekiranya kita mengerti.



Mungkin juga jika kita dilahirkan Islam yang sempurna, kita kurang menghargai Islam sepertimana kita menghargai Islam pada hari ini. Sesuatu yang diperoleh sesudah kepayahan itu biasanya sesuatu yang lebih bernilai dan nikmat.



Usahlah mencari alasan untuk tidak mahu berubah. ALLAH Mentakdirkan jiwa-jiwa ini sedar dan faham akan Islam pada hari ini bukanlah sia-sia. Ini semua sudah tertulis di Luth Mahfudz lagi bahawasanya kita akan bertemu kembali dengan nikmat Islam itu tapi sehingga bila wallahua’lam. So, apa-apa pun TERPAKSA, WAJIB hargai setiap detik yang ALLAH Kurniakan pada kita hari ini. Takmo tangguh-tangguh lagi sebab ye, semalam maybe kita kurang baik, tapi hari ini ALLAH telah Memilih kita untuk jadi lebih baik, esok lusa, wallahua’lam. So, tugas kita sekarang untuk menambahkan usaha untuk kekal dalam tapisan ALLAH untuk menjadi muslim yang lebih baik.



Jangan terlalu fikir pasal soal-soal yang telah berlalu kerana ia hanya akan memakan usia mudamu sedikit demi sedikit. Tapi, rancanglah untuk hari pengakhiranmu kerana itulah yang masih belum pasti di manakah tempatmu.



Wallahua’lam



P/S: gambar hak milik






Jom Beristighfar dan sentiasa memperbaharui taubat!



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud

"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"

(Hadis Riwayat Muslim)



Kalaulah Rasulullah yang maksum beristighfar pada setiap hari dan malam sekurang-kurangnya 70 kali, maka manusia yang tidak maksum ini dan tidak pula dapat mengelakkan diri daripada buruan dosa, amat wajarlah beristighfar lebih daripada 70 kali berbanding dengan Rasulullah.



Wallahua’lam

Wassalam :)