Tuesday 19 April 2011

Perlu Berdakwah dengan Cara yang HALAL (ONLY!) :)

Assalamualaikum wbt

Sudah lama rasanya ana mendiamkan diri daripada menulis, moga ALLAH Ampunkan kekurangan diri ini dalam pengurusan masa dalam meniti hari yang sentiasa memerlukan kesungguhan dan ketabahan hati. Sepatutnya apabila diri telah sedar akan tanggungjawab diri dan telah bersedia memikul tanggungjawab yang semakin memberat di bahu ini, rasanya pengurusan masa itu adalah sesuatu yang WAJIB perlu settle awal-awal supaya diri ini tidak menjadi fitnah kepada dakwah Islam yang dibawa, insyaALLAH. Bolehlah sama-sama kita muhasabah diri dan saling menasihati kerana manusia itu sering berada dalam keadaan alpa dan memerlukan sokongan meskipun kita tahu ALLAH sentiasa ada bersama kita. Ya ALLAH, moga jiwa-jiwa ini akan terus tsabat di jalan Mu ya ALLAH..AMIIN :)



Dalam keadaan serba kekurangan ilmu dan skills, ana sekadar mencuba untuk terus berada di jalan ini insyaALLAH. Banyak rasanya pengalaman hidup sehari-hari yang menjadikan diri seorang da'ie menjadi kuat tapi usah lupa, makin kuat seseorang itu, makin banyak juga ujian dan dugaan ALLAH yang menanti kerana sesungguhnya ujianNya itu bukanlah suatu penyeksaan tapi sekadar untuk MEMBANTU kita UPGRADE ke suatu tahap yang lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya. Bukankah ujian ALLAH itu bersesuaian dengan kemampuan kita untuk menghadapinya? Subhanallah, Hebat nya ALLAH, diberiNya ujian kepada hamba-hamba bukan untuk menjadikan kita lemah tapi untuk menjadikan kita lebih HEBAt dan KUAT..




Ya akhwat,


"..kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, AJALnya, AMALANnya dan adakah dia CELAKA atau BAHAGIA"



Sememangnya ajal maut, rezeki, amal, dan kebahagian serta kesengsaraan itu telah tertulis di Luth Mahfudz Nya (refer hadith 4) , tapi janganlah kita jadikan itu sebagai suatu alasan untuk tidak mahu berubah kepada kebaikan. Bukankah ALLAH telah Berfirman bahawa ALLAH tidak akan sesekali Mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubahnya terlebih dahulu. Setiap yang berlaku itu perlukan usaha kita kerana usaha seseorang itulah yang mencorakkan jalan yang dipilihnya samada ia mahu beramal dengan amalan ahli syurga ataupun sebaliknya ahli neraka. Bukankah berkali-kali ALLAH Mengingatkan kita hanya ada 2 jalan dalam kehidupan ini, ISLAM ataupun JAHILIYYAH.. Maka, pilihlah yang terbaik untuk hari Pembalasanmu






"...Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahlisyurga lalu dia memasuki syurga."

[ Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim ]



Ana sungguh tertarik dengan intipati hadith 4 ini kerana ia sangat-sangat menekankan bahawasanyaMANUSIA ITU TIDAK DIBOLEHKAN UNTUK BERPUTUS ASA. Seringkali juga mendengar jika ingin diuji betapa hebatnya iman seseorang itu, lihatlah ketika ia menghadapi kesusahan dan kepayahan hidup, adakah ia akan terus bersama-sama di jalan ALLAH ataupun sebaliknya mengambil cuti daripada jalan dakwah. Waallahua'lam



Rasanya diri ini terasa sangat "muda" dari segi pengalaman untuk berkongsi perihal ini, kerana mungkin ana sendiri masih belum menghadapi dugaan sehebat para sahabat Rasulullah SAW yang sanggu mati syahid demi menegakkan kalimah AHAD, ujian ana selama ini ana yakin ia hanyalah umpama sebutir debu di padang pasir yang tiada nilainya sedikitpun jika ana ingin terus berada di jalan ini. Kerana, seorang da'ie itu sendiri adalah seorang FULL-TIME MUSLIM yang tiada waktu rehat dan berfoya-foya dengan hiburan dunia apatah lagi untuk berputus asa. Moga ALLAH terus Memberi kekutaan kepada jiwa-jiwa ini untuk terus tsabat di jalanNya.. Siapalah kita untuk mengeluh SUSAH, PAYAH jika ingin dibandingkan dengan akhwat-akhwat lain yang betul-betul all out dalam FASTABIQUL KHAIRAT. Jika untuk offer pertolongan pun, ana seringkali menjadi orang kedua, ketiga dan seterusnya, astaghfighullah al-'azim, it's still long journey untuk mengaku ana sudah all out .. T

_T

Tapi, tak boleh PUTUS ASA.. :)



InsyaALLAH..


Pernah tak kita dengar kisah seorang pelacur yang telah lama melacurkan diri dan bergelumang dengan dosa yang mendatangkan Kemurkaan Ilahi tapi atas Kurnia dan Kasih Sayang ALLAH, ia masuk syurga atas amalannya yang memberi anjing yang kehausan minum. Sebenarnya kasih sayang ALLAH itu sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering lupa..Tapi jangan putus asa, kerana jalan taubat itu sentiasa terbuka luas, tapi ya akhwat, pesanan untuk diri sendiri juga insyaALLAH, usah menunggu sehingga tiba suatu saat, hati ini telah terlalu keras untuk menerima cahaya kasih sayang ALLAH itu. Bukan salah ALLAH untuk "GIVE UP" memberi peluang kepada kita, tapi salahkan diri sendiri yang membiarkan hati ini terlalu keras untuk menerimanya. Nauzubillah


Ya akhwat,


Ana yakin akhwat-akhwat yang sudi membaca artikel ana ini terdiri daripada golongan yang bersungguh-sungguh dalam jalan dakwah, ALHAMDULILLAH moga ALLAH Ganjarkan ganjaran yang selayaknya atas usaha kalian. Sekadar ingin berkongsi, seorang da'ie itu adalah musuh kepada syaitan. So, jangan terkejut apabila syaitan itu sentiasa mencari peluang untuk mencucuk-cucuk ideologi-ideologi yang tidak elok kepada kalian (refer tafsir surah an-Nas)


Adakalanya ada yang beramal dengan amalan yang melayakkan ia untuk berada di syurga atas kasih sayang dan limpah Nya, namun disebabkan niatnya yang bukan semata-mata untuk mencapai Mardhatillah Nya, ia lebih layak untuk diazab di neraka selama-lamanya. Bukankah amal perbuatan itu bergantung pada niat dan setiap orang mendapat balasan amalnya mengikut niatnya. (refer hadith 1)



So, seharusnya kita sentiasa REFRESH OUR NIAT dan MEMPERBAHARUI TAUBAT jugak insyaALLAH


Kita maybe tahu dosa-dosa nyata yang kita lakukan, tapi susahnya kita kerana kita tak tahu dosa-dosa kecil apakah yang kita lakukan.



Kadangkala kita seringkali mengendahkan perkara-perkara kecil dan tidak memohon keampunan ALLAH atas perbuatan itu kerana kita sendiri tidak tahu itu adalah sebenarnya dosa.



Sebab itulah mungkin ada sesetengah mazhab yang sangat-sangat particular dengan segala amal perbuatan kita di dunia ini terutamanya Imam Syafie kerana beliau takut perbuatan-perbuatan kecil seperti itulah yang mengundang kemurkaan ALLAH dan menjauhkan kita daripada nikmat syurga. Na'uzubillah



Janganlah pula kita menjadi orang yang melakukan amalan ahli syurga hanya kerana ingin dilihat oleh orang lain semata-mata dan sengaja menampakkannya kepada umum.



Perbuatan ini sangat dicela ALLAH dan ingatlah ya akhwat, niat amalan mereka yang berperilaku sedemikian rosak sehingga niat yang rodak itu diakhiri dengan su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk-NERAKA), Na'uzubillah



Ya akhwat,



Semua orang ingin berdakwah, tapi kita kena sentiasa peka dan sensitif dengan segala yang kita perlakukan kerana bimbang ia mengundang Kemurkaan ALLAH


Perlu ingat..

Benda haram itu akan tetap haram walaupun niatnya baik. Niat yang baik tidak menghalalkan cara kita berdakwah

Tiada sebarang keburukan yang boleh dialternatifkan dengan perkara yang haram juga

Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )



Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja clubbing dan bersosial, minum arak kerana ingin mendakwah rakannya bahawa arak itu buruk.



Nabi SAW bersabda :

إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya"

( Riwayat Al-Bukhari )



Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )



Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah sebagai alasan kita untuk terus mengikut kemahuan hawa nafsu kita. Ingatlah ketika ALLAH Berfirman mengingatkan Rasulullah SAW jika Baginda menuruti semua kemahuan hati manusia ini, maka punahlah usaha dakwah Islam dan hancurlah kesucian Islam itu sendiri.





Wallahua'lam

:)


:D

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

FULL-TIME MUSLIMAH (insyaALLAH)


Uhibbuki fillah insyaALLAH