Friday 16 July 2010

Siapakah orang yang beruntung?ujian, ujian, ujian..apakah itu?

assalamualaikum wbt...

ALLAH nyatakan dalam surah al-Baqarah bahawa al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang yang bertaqwa; tahukah kita siapakah orang-orang yang bertaqwa itu?

Skema jawapan: [al-Baqarah:1-5]

Allah telah selitkan jawapan kepada persoalan itu menerusi ayat seterusnya dalam surah al-Baqarah (ayat 3-5) yang menceritakan ciri-ciri orang yang beroleh petunjuk itu..
Mahukah kita ketahui ciri-ciri mereka yang bertuah itu?
Adakah kita juga tergolong dalam golongan yang ALLAH Nyatakan itu?
ayuh kita bedah tafsir al-quran [2:3-5]

Ciri-ciri orang yang mendapat petunjuk Tuhan nya yakni orang-orang yang beruntung
1. Beriman kepada perkara ghaib
2. Melaksanakan solat
3. Menginfakkan harta ke jalan yang diredhai Nya
4. Beriman kepada al-Quran serta kitab-kitab terdahulu
5. Yakin akan kewujudan hari akhirat

So, sekarang guideline dah tersedia, adakah kita mahu terus terleka ataupun memilih untuk DIPILIH ALLAH sebagai orang-orang yang beruntung tersebut?
Tidakkah rugi jika membiarkan peluang keemasan sebegitu terlepas dari genggaman tangan kita?
Skema jawapan dah ada, tunggu nak laksanakan sahaja
InshaALLAH kita mampu melakukannya jika kita benar-benar bermujahaddah melawan nafsu kita

Sentiasalah peringatkan diri sendiri hakikat dunia itu yang hanyalah sebagai titian ke akhirat yang kekal selama-lamanya..Sekadar titian yang PERLU ke akhirat sahaja tidak lebih daripada itu.Jika kita ingin melintasi suatu jarak A ke B yang mana ada banyak halangan di antaranya, kita sangat perlukan titian supaya kita tidak tercedera ataupun terganggu perjalanan untuk ke destinasi sebenar kita. Samalah juga kiranya analogy ini seperti kehidupan dunia ini; ia PERLU kita manfaatkan seboleh-bolehnya untuk mendapatkan redha ALLAH di akhirat kelak. Jangan pula tinggalkan terus duniawi kerana terlalu kejarkan akhirat. Hakikatnya kita perlukan dunia sebagai laluan ke akhirat kelak; cuma persoalannya di manakah letaknya dunia pada diri kita, samada di tangan ataupun di hati. Jika di tangan, alhamdulillah; mudah-mudahan akhiratlah akan terletak dengan automatiknya di hatimu; maka tersusunlah perjalananmu ke akhirat kelak, moga-moga syurgalah destinasi terakhirmu. Namun, jika kita memilih untuk menjadi orang-orang yang rugi, letaklah dunia di hatimu, cintailah ia seperti kamu cintakan kehidupan yang kononnya boleh kekal selama-lamanya (seperti Firaun yang tidak mahu mati selama-lamanya, kini sudah ada generasi kita yang sanggup berbelanja besar semata-mata kerana 'takut mati' nauzubillah, mati itu adalah pasti dan ia pasti mejemput kita semua pada bila-bila masa sahaja), kelak takutilah kamu akan akhirat yang bakal diabaikan, oleh itu bersedialah kamu, dengan khabar gembira daripada ALLAH; kelak berteduhlah kamu di naungan neraka jahanam yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang ALLAH sediakan untuk orang-orang kafir (yang ingkar akan perintah ALLAH)

"Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina”
[Abu Sulaiman Ad Daroni]


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)"

[Al-Ankabut :64]


Namun, beringat-ingatlah kita semua dalam usaha untuk menjadi orang yang beruntung itu bukanlah senang, ia memerlukan pengorbanan yang pelbagai; ujian yang dalam pelbagai bentuk akan menimpamu, maka bersedialah dan bersabarlah dalam menempuhinya. Ujian dan dugaan Nya adalah salah satu proses penapisan untuk membezakan di antara hamba-hamba Nya yang benar-benar ikhlas di jalan Nya dan yang sedang berbuat dusta. Oleh itu, berusahalah untuk sentiasa memperbaharui niat dalam setiap urusan supaya hati kita sentiasa tekad untuk membantu agama Nya dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang sesuatupun sebagai balasannya.

"Jika kamu menolong agama Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
[Surah Muhammad:7]

Syeikh Mustafa Sabri iaitu ulama' sewaktu pemerintahan Othmaniah berkata:
“Barang siapa yang berasa aman dari cubaan Allah nescaya akan hina.”



Barangkali kita kadang-kadang terlalu mudah terlupa lantas rebah seketika, apabila ujian bertubi-tubi yang menimpa kita, lantas mengeluarkan kata-kata yang berbaur keluhan padahal ketika kita senang, kita bersungguh-sungguh berdakwah kepada orang lain ke jalan ALLAH. Namun sebaliknya terjadi sesudah 'musibah' melanda diri. Sebenarnya tiada suatu pun yang ALLAH Kurniakan kepada hamba Nya berbentuk musibah; cuma kita sebagai manusia selalu melihat buruk perkara-perkara yang ALLAH Kurniakan kepada kita sedangkan barangkali melalui ujian itulah ALLAH ingin mengangkat darjat kita ke tahap yang lebih mulia di sisi Nya (Wallahua'lam)

Bersabarlah dalam menempuhi segala ujian ini :)
Fikirkan sejenak kata-kat Syeikh Mustafa Sabri di atas, seharusnya kita lebih gentar apabila hidup kita terlalu senang, tiada suatu pun menghalangi urusan seharian kita, kesemuanya berjalan lancar sedangkan orang lain sedang dilanda kesusahan serta ujian yang pelbagai. Takutlah kita sekiranya kita dihinakan oleh ALLAH sedemikian rupa.. Kita seharusnya tidak pernah menginginkan rasa aman sebegitu kecualilah sesudah jasad yang dipinjam ini dipulangkan kembali kepada Pemiliknya. Selagi diri ini meminjam jasad ini daripada Mu Ya ALLAH, Engkau ujilah aku supaya aku tidak pernah lalai dan terleka ya ALLAH. Angkatlah darjat kami para da'ie di sebalik ujian-ujian Mu, moga kami tabah dan sabar dalam menghadapinya inshaALLAH :)


Lagipun, ujian yang kita peroleh kini tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada nabi-nabi terdahulu; ada yang berabad-abad tahun lamanya perjalanan dakwahnya tapi hasilnya hanya mampu mengislamkan segelintir kecil daripada golongannya. Ada yang sehingga dilemparkan najis pada dirinya ketika ia ingin beribadah, ada yang dilayan dengan layanan yang sangat hina dalam pelbagai cara lagi. Namun, key word nya: mereka sabar. Meskipun pada pandangan mata manusia, usaha dakwah mereka gagal namun bagi ALLAH, mereka adalah orang-orang yang berjaya. Itulah sunnatullah dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah, ia bukanlah senang tapi ia adalah tanggungjawab setiap individu, yang wajib kita laksanakan selagi kita masih menumpang hidup di bumi ALLAH ini

"Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk MENANGKAP SERTA MEMENJARAKANMU, atau MEMBUNUHMU, atau MENGUSIRMU. Mereka membuat tipu daya sedangkan ALLAH adalah sebaik-baik Pembalas tipu daya "

[8:30]


Sesungguhnya untuk mendapatkan kemanisan syurga ALLAH itu sungguh payah, kerana harganya terlalu mahal.. Tapi itulah perdagangan terbaik yang ALLAH janjikan kepada kita, syurga yang tiada tolok bandingnya. Tapi untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai seperti biasalah, pasti akan datang banyak dugaan dan ujian yang perlu kita lalui

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?'Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

[2:214]




Wallahua'lam